RSS
 

Posts Tagged ‘Kids’

Sakit Perut


01 Apr 2011

Semalam tak hapdet pun blog. Tak larat. Sakit perut giler, biasalah period pain. First time period pain since July 2009. Kirakan ni baru mcm betul period. Sebab selalu period satu hari jer, Now dah back to normal. Rupanya menyusu badan sepenuh masa period dia tak normal kot. Alhamdulillah susu banyak lagi.

Actually tak tahu nak hapdet apa sebab ni pun sakit perut walaupun dah makan ubat. Rasa nak tidur je tapi kang terridur sampai petang lupa nak amik bebudak plak.

Kita layan gambar Rayyan dulu, pepagi bangun suruh orang amik gambar dia. Tau plak dia nak senyum. heheheh esok nak kena inject budak ni.Budak yang tak dok diam nih. Bukak pintu je amik kasut nak keluar. Nampak air je nak bukak baju. Nampak buku je nak baca.

Ni plak gambar masa kat Extreme park masa Kheirul pergi main paintball. Kiterang lepak sekejap sebab panasla. Balik rumah makan pizza lagi best.

Nak gak Afriena suruh tunjuk princess dia. Versi kecik beli kat Ho Chi Minh hari tuh.

Ni Ashraff punya.

Oklah ciao dulu. sakit perut giler dah ni.Saya kesempatan ni nak cakap pada yang click LIKE kat entry dalam Mas Travel tu terima kasih ye. Pada yang belum silalah LIKE. Click gambar ni

 

Tags:

Done the follow up


02 Mar 2011

Fuh tadi macam biasalah bangun pepagi sbb alarm clock bangun dulu. Sapa lagi si Rayyan yang very hensem nih.Bngun je menggagau nak susu. Percubaan memberi susu formula masih tidak berjaya. Tapi masih mencuba sebab nanti nak pi keluar tinggal ngan papa dia. Kang susah plak. Tak minum kang. Tapi takdelah risau sangat sbb dia kuat makan and suka air masak.

Bangun jer, buat apa yang patut then pergi kejut my little diva, suruh mandi. Kena kejut dia dulu sebab dia lambat siap. Nak sikat rambut lah, nak ikat rambut la, nak pakai losyen la… gua pening. Bila dia dah settle baru boleh kejut anak teruna plak. Hari ni tak pi sekolah. No sekolah agama and sekolah cina sebab dia ada appointment dengan ENT.

So dalam kul 8 gitu after Afriena and Kheirul off to tempat memasing, I pun siapkan budak 2 orang nih. Then kena harung jem untuk ke opis Kheirul. Kena amik dia dulu then ke hospital. Punyalah jalan jem, memang mulut tak habis dok pot pet kalau jalan jam. camnerlah you all yang kena harung jem hari-hari ek?? Nama je ada lorong CERDIK tapi tak secerdik yang dirancang. 45 minutes gaklah baru sampai his opis then terus ke Bangsar plak. Sampai jer terus register and menunggu.Nasib baik waiting time cuma 15 minutes jer. Masuk jer, I dah ala-ala cakap hindi sebab doktor tu cakap English ada bunyi hindustan hay. Doktor check cakap telinga ok, gegendang ok. Takde luka apa. dah. Ubat pun tak payah makan. Boleh mandi macam biasa. Cuma tak boleh pergi swimming lagi kena tunggu lagi seminggu baru boleh swimming. Oh I dah lama tak pi swimming dah dekat sebulan kot.

Masa nak keluar dari bilik doktor, doktor siap cakap ” Nanti hati-hati kawan sama itu budak” stay away from the kid. (sila baca slang hindustan). And habis je kiterang pi makan. Dah lama tak pekena Ikan bakar tangling.Tapi taste dia dah tak kick macam dulu lah….After makan hantar Kheirul then terus balik rumah. Pehh rasa semacam jer pecut kereta kat highway tadi.

 

IKLAN HARI INI:

 

Tags:

Malasnya nak hapdet


28 Feb 2011

heheheh baru nak ngadap blog hari ni. Alasannye malas. apa dah dah pakai UNIFI pun malas  ke? Hari ni macam MOnday blue macam malas nak ngadap PC. Macam masuk opis je kan. Nak citer apa ek? Oh ya

Ashraff

nampak dah ok, next Rabu kena jumpa ENT lagi, pastu tengok apa dia kata. Dah siap pesan dah, jangan kawan ngan budak tuh. Budak tuh nanti akan ke Kaunseling so as Ashraff sebab tak nak kasi dia trauma ke apa ke kan. And juga pesan kat dia, jangan sesekali buli / pukul kawan. Be good to people.

Afriena

She being like a diva. mengada-ngada. Semua benda nak kena siap. Kalau ngan papa dia takpelah but kalau ngan I, berpada-pada ok. Nanti sampai besar nak mendivakan diri susah gak.

Rayyan

My comel dah mula berjalan. Jalan macam sleepwalking robot. Kejap-kejap jalan. cute jer. Geram nak gigit dia pun ada. Now, I baru ajar minum FM tapi tak nak minum. Dah 5 hari ajar tapi tak nak minum. 30ml pun tak habis.Kasi pakai cawan pun tak nak. Dia rela minum air kosong. how eh? What should I do? Susahlah nak tinggalkan dengan papa nya macam ni incase I kena keluar meeting ke apa ke kan.

Lagi nak hapdet apa ek? Oh ya, sapa yang nak order Monavie, boleh click di bawah.For those yang order dah tu, nanti kita jumpa ek. Will SMS you.

ORDER YOUR MONAVIE NOW

 

Tags:

Update:Budak bertiga


12 Jan 2011

Dari jauh nampak dia jalan macam papa dia pulak. Hari ni dia cakap ” Mama u no need to fetch me home, wait for me at home. I’ll come back with Adam by bus” Excited dia since dah naik bas sekolah.Nampak independent sikit. Adam is his new friend and senior kat sekolah. Mak dia was my housemate dulu.Duduk satu apartment sama plak  tuh.

Kesian Afriena, since Abang dia dah sekolah, so dia macam boring. Dah 2 hari janji nak buat kek ngan dia tapi tak terbuat lagi. Asyik busy dengan kain baju nak kena lipat. Lipat baju selalu amik masa 15 minutes tapi selalu dragged to an hour sebab Rayyan suka tolong.

Ni budak banyak action. Tengok citer agent OSo je mesti nak berdiri. Fav cartoon now is Agent Oso, Pocoyo and lagu mickey mouse Club House. Pastu montaj TV3 and time keluar pasal cuaca. bersungguh dia tengok. Mesti nak berdiri. Nampak cam bagus tapi sebenarnya manja teramat. Sanggup nih kalau I mandi tunggu depan pintu toilet, Kalau I sembahyang, dia tunggu kat belakang. Abis salam jer, sengih jer dia.

Frankly, busy giler sekarang.Nak ngadap komputer pun susah. semua benda kena buat.Maklumlah sekarang dah promoted jadi driverkan.

 

Tags:

Update citer anak-anak


26 Aug 2010

Saja jer nak larik dari cerita psal makanan. Nampak sangat I takde aktiviti lainkan. Now baru ada masa nak cite pasal anak-anak.Alamak Rayyan bangun pulak baru tidur :(. Biarkan dia dalam kot tunggu dia nangis tak.

Ashraff
Masih manja lagi tapi dah pandai malu. Kalau keluar pergi memana masa bulan puasa and dia tak puasa tapi nak makan, dia mesti makan sorok-sorok. Hari tuh kat Tesco, Belikan kek tuk dorang and Afriena yang sentiasa tak tahan lapar makan la dulu, so Ashraff tengok dia pun nak. Tau tak macam mana dia makan? Dia masukkan kek cecepat dalam mulut, tutup mulut dengan tangan tutup mata and kunyah. Pastu cakap, mama Ashraff puasa today. hahahaha. Kat sekolah pun dia puasa balik bukak puasa. So far memang manjang half day. Takpelah slowly.

Afriena
Ha yang ni lagi manja. Sikit-sikit nangis. Hilang barang nangis. Geram tau kekadang. Kalau mandi 10 jam. Nasib baik takde bathtub macam rumah lama dulu. Pilih baju 5 jam.Kalau main dengan Rayyan, Rayyan tarik rambut pun nangis. Baru lepas 20 minutes makan dah lapar. Paling kelakar kalau ngantuk dia cakap ” Mama I’m so sleepy and my eyes small” hahah maksudnya mata takleh nak bukak. Rajin buat homework tapi handwriting dia, kalah cakar rimau. Tak lawa langsung.

Rayyan
Sikecik ni very suka bermain. Suka tarik rambut kakak dia. SUka di agah oleh abang dia. Paling best suka main air. Kalau pergi swimming pool, melompat lompat nak masuk dalam air. LEtak jer dalam air, kaki dah tolak-tolak air. Kalau time mandi plak suka sangat na meniarap konon dia swimming. Semalam ingat nak snap gambar tapi susah le. Dia meniarap dalam tub and kaki macam nak berenang gitu. Dah boleh angkat dada and bontot esp kalau nampak I lalu depan dia. Dia nak ikut. So bersungguh dia nak datang tapi yang kelakr dia reverse plak. Selalu je jumpa dia tepi sofa or bawah meja TV. So far toys baru 3,sepatutnya 4 tapi hilang. Rugi beli toys mahal. Now beli je yang murah, ada yang gigit-gigit, rattle and buku. Tapi dia still suka nak main dgn remote control.

Sekian lah citer pasal-pasal anak-anak… Looking forward for hari Raya. Baju raya tak beli lagi. Nantilah last minute. But as usual everytime raya kiterang selalu bersederhana. Takde membazir.

Note: Tak sabar nak bercuti-cutian

 

Tags: