RSS
 

Posts Tagged ‘DSLR’

Memilih Bag DSLR


21 Jan 2011

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin membincangkan tentang bag DSLR. Tentu ramai dikalangan anda yang masih tertanya-tanya bag DSLR yang mana paling sesuai? Jawapannya mari kita rungkaikan satu per satu. Mari kita tengok kategori-kategori bag DSLR yang ada dipasaran sekarang…

Rollers Bags

Bag jenis Rollers atau sorong ini sesuai digunakan oleh golongan professional photographer yang ingin menyimpan banyak barang dan selalu travel jejauh. So…. sumbat jer semua barang dalam bag tu dan you are good to go. Biasanya beg jenis nih boleh menyimpan paling kurang 2 body dan 4 lens bersaiz sederhana. Kalu nak simpan lens serombong kapal pon boleh cuma kene korbankan ruangan yang lain ler. Disamping itu, gadget-gadget lain seperti flash, charger, dan lain-lain lagi dalam satu beg.

Kelemahannya cuma satu jer… Bulky. Besor ya amat dan berat pon boleh tahan gaks.. Sendiri mau ingat la kan.. semua barang sumbat dalam satu beg.. Satu lagi…ciri-ciri keselamatan pon kene jaga gaks beb… kalau ler beg tu hilang tgh jalan.. huhuhuhuh… nangis tak berlagu beb…

Shoulder Bags

Shoulder bags or saya suka guna nama “beg pion” nih selalu diorang kasi free semasa beli kamera. Beg ni oklah untuk digunakan oleh photog newbie or baru starts menembak. Barang-barang boleh disimpan dan dicapai dengan senang. Beg sandang nih pon ada banyak jenis dan bergantung kepada saiz dia… ada yang besar dan ada yang cinonet…

Kelemahan dia cuma satu jer… bahu terasa sangat sakit.. so terpaksa tukar-tukar.. kejap bahu kiri.. then bila sakit.. tukar sebelah kanan plak… Lepas tu plak.. kalu kita berjalan, beg nih bergoyang-goyang or berayun-ayun sekali… sangat tidak sesuai untuk perahu-perahu kecil yang ada kat dalam beg tu.. takut peralatan dalam beg tu raser pening dan cepat ghosakkk…. Secara peribadi saya pernah guna shoulder beg ni sehari jer.

Bagpacks Bags

Hah!…. Bagpacks or beg galas nih yang paling famous sekali dan paling banyak digunakan. Saya sangat syorkan untuk simpan satu bag yang ni jika anda seorang photographer.. tak kiralah photog sekadar hobi or cari makan.. Mesti simpan satu.

Bag jenis ni sangat sesuai untuk simpan banyak barang dan peralatan. Senang untuk dibawa kemana-mana… galas jer letak kat belakang n you’re good to go. Lepas tu plak.. ada jenis begpack yang tersedia slot notebook.. so boleh sumbat notebook terus dlm bagpack nih. takyah ada beg lain untuk notebook.

Kelemahan beg jenis ni cuma satu jer.. mengganggu perahu-perahu lain semasa menjalankan tugas.. Maksud saya… contohnye semasa menembak kalu pakai beg nih kat belakang.. ia sangat mengganggu orang lain dan persekitaran.. kekadang tu kawasan menembak tu sempit… sure eksiden punye terlanggar tu la terseret ni la kalu pakai begpack ni kat belakang… so ada skit menyusahkan ler semasa buat kerja….

Sling Bags

Sling bag nih seakan-akan backpacks cuma sling bag nih ada satu tali galas aja berbanding dua untuk bagpacks. Tujuan diorang design satu tali galas tu sebabnya untuk memudahkan mencapai barang dalam bag dengan meletakkan beg kat tepi. Saya pernah pakai beg jenis ni… memang senang nak capai barang dan boleh simpan banyak barang dalam satu beg… Beg ini saya katakan memang sesuai sangat untuk menembak di kawasan outdoor.

Cuma kelemahannya, bahu terasa sakit bila bawak kehulu dan kehilir. Selain drp tu… memang mengganggu perahu-perahu lain semasa menembak dikawasan yang sempit dan sibuk… so masa menembak tu.. terpaksa berhati-hati la…

Belt Packs

Kepada yang suka travel dan tak perlu bawa banyak barang.. beg pingggang si tersangat-sangat-sangat sesuai. Macam saya yang selalu travel nih.. kejap terbang sana.. kejap terbang sini… saya gunakan belt packs aja.. apa yang saya perlukan hanyalah satu body, satu lens malas (18-200mm), satu lens wajib (50mm) dan charger.. so beg ni sangat sesuai digunakan. Pas tu plak.. tak risau dan tidak membahayakan perahu-perahu lain… ikat jer kat pinggang then terus jalan… kerja menembak pon senang sbb tiada halangan untuk bergerak…. Capaian barang-barang sangat-sangat senang…. tak perlu letak beg… tengah berjalan pon boleh amik dan simpan barang

kelemahan dia ada gaks… Takbleh nak simpan banyak barang… dan kalau ada lens serombong kapal tu.. takbleh dah nak simpan……

Modular

The ultimate bag adalam jenis modular… Tanya lah semua photog otai semua… beg apa yang paling sesuai.. dorang mesti cakap ko pi cari Modular Harness seketul pas tu Modular belt satu… then cari modular packs untuk barang-barang lain.

Tujuan utama adalah ianya sangat-sangat 1000 kali sangat senang nak capai barang-barang. Pas tu plak.. modular tu memang sesuai untuk peralatan.. contohnye… untuk flash.. cari modular untuk flash.. ikat modular tu pada harness or belt.. selesai… Nak bawa apa barang pon ada.. just sangkut jer kat mana-mana… sekali saya pakai modular nih.. rasernye taknak lagi pakai beg lain ler masa menembak…… Kalu pakai benda nih.. memang tak raser sakit langsung… selesa jer.. raser sengal bahu pon takde walaupon dan menembak 8-10 jam… stedi jer…

Kelemahannye ada gaks… sapa kata takde… modular nih hanya sesuai digunakan semasa menembak.. tapi kalu nak travel naik kapal torbang ko.. orang cakap ko orang gila… sbb barang bergantung macam Din Beramboi dlm majalah Ujang tu…. So kene bawak gaks la beg sampingan kalu nak travel……..

Kesimpulan

Memang ada macam-macam jenis bag untuk DSLR terchinta tu dipasaran.. apa yang kita perlu tahu adalah…

  1. kegunaan beg tu
  2. barang yang kita ada
  3. keselesaan kita

dan yang lain-lain tu….. tepuk dada tanya selera………

Sekian….

 

Tags: , ,

Photo Moment is Priceless


27 Oct 2009

Assalamualaikum,

Sudah banyak kali saya diajukan soalan cam gini.. “Saya dah beli DSLR tapi gambar masih lagi tak menarik… camne yerk???”

Soalan cepu mas cam ni pon pernah saya alami dulu semasa bebaru pakai DSLR. Maklumlah.. mula-mula pakai DSLR tu semuanya ikut default.., program mode pon pakai AUTO aja… tahu main picit aja… Namun hasil gambar masih lagi tak berapa puas hati…. sampai lah sekarang ni pon sama…

Dalam 100 keping saya ambil cuma 1 atau 2 keping gambar aja yang boleh dikatakan betul-betul puas hati… mesti adalah yang tak kena… ada yang kelam, malap, pudarlah.. ada yang out of focus la… macam-macam lah….tapi semua itu boleh diperbaiki secara teknikal… yakni boleh memain dengan setting pada kamera dan boleh perbaiki hasilnya.

Ramai orang cakap “A good picture tells by itself”…. Betul tu… satu gambar yang bagus akan menceritakan apa yang nak disampaikan dengan sendirinya dalam sekeping gambar.

Pics by Kheirul : Cameron : D300 : AF-S 18-200mm f/3.5-5.6G ED DX VR: ISO200 : 1/125 : F6.3 : Sepia

Kali ni saya malas nak sentuh bab teknikal nih sebab dah terlampau banyak sentuh dah sebelum nih dan kali ni saya nak sentuh element bukan teknikal yang mempengaruhi hasil satu-satu gambar.

Saya cuma nak sentuh bab Photographic Moment kali nih…. Photographic Moment nih adalah element yang paling sukar untuk diperolehi. Ia juga susah untuk diajar dan dipelajari. Secara amnya, ia datang secara natural dan tersendiri. Kekadang tu moment tu datang tanpa disedari dan selepas ambil gambar baru kita perasan faktor moment tu ada dalam gambar kita. Ia juga satu kerugian apabila kita terlepas moment tu dan ia susah untuk diulangi dan nak bina semula moment tu.

Pics by Kheirul : Cherating : D300 : AF-S 18-200mm f/3.5-5.6G ED DX VR: ISO200 : 1/640 : F9 : Custom

So, camne kita taknak bagi terlepas moment tu?.. soalan ni susah saya nak jawab tetapi kita boleh buat persiapan untuk capture moment tu. Antara persiapan yang boleh kita buat adalah:

1. Composition.

Apabila kita bercakap tentang composition, kita perlu ambil kira element berikut seperti background, foreground, framing dan placement.

2. Lighting/pencahayaan

Keadaan pencahayaan mesti diambil kira. Antara element lighting yang perlu diketahui adalah High Noon, Sidelighting, backlighting dan sebagainya.

3. Technical Aspects

Lain-lain technical aspect yang perlu disiapsediakan adalah seperti focus, depth of field, white balance dan sebagainya.

Akhir sekali, apabila semuanya sudah kita persiapkan, ia menjadi lebih mudah untuk kita merakamkan moment-moment atau detik-detik menarik itu keatas sekeping gambar……..

Sekian…

 

Tags: , ,

Kelas Foto – Shooting Angle


18 May 2009

Ok… oleh kerana ada mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kelas darjah satu dalam fotografi ni… saya tambah skit topik pasal shooting angle plak… Shooting angle nih ada bermacam-macam.. dia ikut creativity tukang gambor… Shooting angle atau “Sudut Jendela”.. kakakakka… tergelak plak term dalam Bahasa Melayu ni, memainkan peranan dalam sesuatu komposisi gambar…..Saya maleh nak cerita pasal Shooting angle dan kaitannye dengan photo composition.. nanti penin paler…

Ok.. bahasa mudahnye… Shooting angle nih ada banyak.. antaranya:

  1. Wide-Angle
  2. Normal Angle
  3. High Angle
  4. Low Angle
  5. Close Up
  6. Perspective
  7. dan macam-macam lagi.. ikut suka.. <

Ni adalah contohnye:

Wide Angle Normal Angle
High Angle Low Angle

Close up

*Sorry Mie.. gambor ko jadik sample

Perspective

lepeh ni plak… kalu ada yang nak tahu lagi… saya boleh ceritakan skit pasal horizon line… cara yang paling cun untuk letak garisan horizon dalam gambor…..

tunggguuuuu……………….

 

Tags: , ,

Nak Terjun dalam Dunia DSLR?


12 Nov 2008

Assalamualaikum semua…

Korang selalu terpandang or terdengar dengan DSLR… apa tu DSLR??? DSLR tu maksudnye Digital Single Lens Reflex… dia adalah sejenis spesis kamera yang diupgrade dari model SLR sebelomnye yang pakai film 35mm tu.. kelebihan DSLR berbanding ngan SLR tu banyak.. tak payah nak terangkan sebab semua orang dah tahu…. tapi yang paling utama… DSLR dah tak pakai film dah so kos operasi dah jadi murah…. jadi… snap aja gambar.. tak suka DELETE…..

Kekadang tu orang tanya lagi… abis yang satu lagi jenis kamera digital yang cinonet tu dipanggil apa plak… ok ni penjelasannye…

Digital kamera ada banyak jenis… yang biasa orang awam tahu ada 2 jenis aja… 1- point n shoot digital camera dan satu lagi jenis DSLR… biasanya harga digital camera point n shoot nih murah berbanding ngan DSLR.. tetapi kat sini DSLR lebih main peranan dalam focus, depth of field, zoom, dan macam macam lagi…

Apa semua tu????… ok focus… kalu DSLR tu dia dapat focus dengan lebih jelas dan tepat pada subject…. depth of field … ni susah skit nak terang… secara ringkasnye… ia adalah range jarak in focus (range of distance in focus).. macam mata kita tengok bende la.. kan kita focus mata kita kat benda tu then yang lain tu blur blur gitu.. heheheh

contoh depth of field cam gambor kat sebelah tu…

Antara kelebihan lain DSLR adalah.. lens dia boleh main tukor-tukor aja… ikut suka nak jenis lens yang camne…ada wide-angle lens… ada potrait lens… ada telephoto lens… ada macam-macam lagi…. lens ikut kesesuaian keadaan, tempat dan apa yang kita nak amik…

huh…. tu baru intro baru.. belom masok dalam DSLR lagi.. hehehe…

ok la.. make it short…. kalu orang tanya.. apa model yang sesuai untuk saya untuk start dalam dunis SLR? huh ni soalan cepu mas ni…..


ok sambung lagi.. bagi saya.. saya dapat kelaskan (classification) untuk DSLR ni kepada 4 range… (ni range saya sendiri… takde dalam buku punye)

  1. Baru nak start (newbie).
  2. Amature (nak feature lagi)
  3. Expert
  4. Pro gilos…

Kalu nak tengok perbandingan model yang ada kat pasaran.. saya banding Nikon ngan Canon aja.. sbb tu aja yang famous kat market….

Nikon Canon
Baru nak start D40, D40x, D60 EOS 1000D
Amature D80, D90 EOS 400D, EOS 450D
Expert D200, D300, D700(FF) EOS 40D, 50D, 5D(FF)
Pro D2Xs, D3(FF) 1D MarkIII(FF)

*FF- Full Frame

Alamak.. terbubuh plak FF tu.. FF tu maksud dia Full Frame… bagi kebanyakkan DSLR yang kurang power.. cam untuk starter and amatur body… gambornye masih belom full frame. Gambor yang diambil tu akan dicrop skit dekat edge gambor dia dan aspect ratio dia ada skit lari daripada apa yang kita lihat…kalu full frame… gambor yang kita amik sebijik apa yang kita lihat kat dalam kamera tu….. full frame ni penting untuk Pro photographer…kalu baru nak start tu takyah tahu bende ni pon takpe….

tapi harus diingat.. FF kamera lens dia kene pakai lens khusus untuk FF aja…. takblem pakai DX lens….

Citer pasal harga plak… untuk DSLR ni.. harga body aja… start paling murah dalam RM1000 dan yang boleh cecah RM30000 utk body aja.. tu belom masok lens lagi.. hehehehhe

Tips untuk bakal-bakal yang nak terjun dalam DSLR ni

  • camera body. beli model yang paling mampu…. supaya takde tersangkut dalam masalah nak upgrade. Sebab kebanyakkan starter DSLR banyak features dia takde.. disyorkan untuk start ngan model D80 or D90…. D60 boleh.. tapi semua orang yang saya kenal start ngan D40, D60 semua upgrade to higher model
  • lens. Jangan terperangkap dengan lens-lens karut… cari kombinasi lens yang sesuai… lens yang wajib ada .. 50mm. Kombinasi lens yang paling cun 17-55mm, 70-200mm.. amik lens yang apeture 2.8 (kalau boleh) sbb boleh dapat effect DoF (depth of field) yang cun dan boleh amik dalam keadaan kurang cahaya.. kalau ada duit lebih tu boleh la buat collection untuk wide-angle ka, fish-eye lens ka… super tele-photo lens ker…..ikut suka…
  • Flash. Bang… kat body kamera tu kan dah ada flash.. takkan nak beli lagi flash?? tu soalan yang biasa saya dapat.. takde le… flash yang ada kat body kamera tu tak cukop power… so kalau selalu amik gambor malam ker… dalam bangunan ker… dalam dewan ker… kene le pakai flash…. tips dia.. beli flash yang paling mampu gaks.. syorkan untuk nikon amik SB800 or SB900… kalu Canon..amik 430EX or 580EX..
  • Tips untuk simpanan barangan kamera… cuaca kat Malaysia ni panas dan lembab.. so kemungkinan untuk fungus membiak kat kaca or body kamera tu adalah tinggi… so disyorkan untuk simpan kamera kat tempat kering or beli satu dry box… kalu tak tahu apa tu dry box tu.. boleh tanya kat kedai kamera…

panjang lebor plak posting lagi ni…..

ok la….cukop setakat ni.. any Q boleh post aja kat comment

 

Tags: , ,

Apa Yang Ku Idamkan….


11 Nov 2008

huh…. tadi masa lunch kat Pavillion… on the way back to the office.. kaki ni macam ada remote control plak terus jer singgah kat kedai photo PIXEL.. Mula-mula sajer jer jenguk-jenguk kat luar.. at last masok gaks ke dalam kedai…

Pas tu bila dah usha barang dalam kedai tu.. berkenan ler plak pada dua barang…. maklom ler… sekarang ni I gila photo so apa saja barang photo mesti nak usha.. cuma masalah sekarang its a very expensive hobby.. nasib baik takde orang racun suh beli jer tadi…. kalu tak botak paler..

Bendenye yang berkenan tu adalah satu battery pack ngan satu telephoto lens aja..

Ni ler ghuper bendenye…

MB-D10 Multipower Battery Pack for Nikon D300

Bende ni gunernye utk tambahkan kuasa bateri kamera tu.. so takde la kene recharge selalu.. dan dia boleh tambahkan performance kamera tu lagi dari segi captured frame per seconds… kalu pakai bende ni dia boleh cecah 8fps

kalu pakai bende ni…. baru nampak cam pro photographer… kamera D300 tu akan jadi cam gini la..

Huh citer pasal reger plak.. kat kedai tu reger tampalnye RM988 tunaaaiiii or credit card….. tapi pasal uncle tokey kat kedai tu peramah sangat tadi.. dia bagi RM700 tunaaaiiiiiiiiiii or credit card….. pastu ada plak hidden charges plak tu.. kene beli bateri rechargeable plak 8 ketul dalam RM180…..(RM90 untuk 4 ketul)…….. so semua sekali kalu nak beli dalam RM880 ler…….

Secondly, mender ni memang aku idamkan dari tahun lepas lagi.. cuma rezeki aja yang takde lagi.. maklom la.. belom cukop budget untuk aku memiliki telephoto lens ni…

namanya AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200mm f/2.8G IF-ED

tanya ler kaki photo semua.. apa kata diorang kalu dapat mende ni.. sure tak terkata punye…. this is the most superb telephoto lens (affordable) available in the market….

Oleh kerana most of the digital slr sekarang ni dah menjurus kepada Full-Frame camera.. so I’ve to prepare the lense that can support full frame ler… not DX lens anymore if I want to add into my collections.

Reger untuk lens ni agak mahal skit… RM6988 AJA… <— tokey kedai tu cakap.. hampeh.. AJA tu yang tak sanggup dengar tu… tapi dia after less gedebuk-gedebak uncle kedai tu kasik RM5800 which is a good deal…..

Last last tak beli gaks dua-dua barang tu cuma just asking for the quotes…. kesian….

Maybe kalau dimurahkan rezeki, teringin gaks nak beli those items and upgrade camera boly to full frame body dslr.. tapi tunggu la dulu.. D300 tu pon baru aja beli awal tahun ni…

 

Tags: , ,