RSS
 

Posts Tagged ‘Berpantang’

Pati Ikan Haruan masa pantang


07 Apr 2010

Bila sebut pati ikan haruan mesti you all rasa loya. Naik juling kalau dok hidu bau dia. Bau macam longkang lah.. tapi itulah ubat terbaik. I minum pati ikan haruan setiap kali lepas bersalin.

Kenapa? sebab

  • nak kasi luka dalam dan luar cepat sembuh
  • kasi kuatkan otot-otot dalaman
  • tambahkan tenaga
  • senagkan tidurku

Dulu cukup tak suka pati ikan haruan, tapi bila dah selalu minum dah jadi biasa jer. Macam minum ubat batuk plak. Bukan ubat gastrik ok, kalau ubat gastrik banyak yang keluar dari yang masuk.

Bagi yang baru belajar nak minum, cara nak elakkan muntah minum pati ikan haruan ialah:

  • tahan nafas, jangan hidu bau pati ikan haruan
  • sediakan air secukupnye, contoh air yang boleh hilangkan rasa hanyir
  • atau lepas telan pati ikan haruan tu, cepat-cepat makan benda lain, contohnye buah kurma ke, jelly ke or roti manis
  • tapi my fav is, lepas telan pati ikan tuh , I terus minum air suam.
 
 

Tags:

Masakan semasa berpantang


31 Mar 2010

Dah malas dah nak tulis pasal menu berpantang nih.. tapi cerita pasal makan.. mesti nak gaks share…..

Antara menu yang boleh dijadikan pilihan semasa berpantang nih adalah:

Ikan Bawal Putih Steam

Ikan bawal putih steam nih.. lawan dia ngan Sayur Bayam Rebus….

selain drp tu….  Sup Ikan Merah pon sedap gaks untuk dijadikan lauk utama semasa berpantang

hah.. kalu pekener sup ikan merah ni lawan dia ngan sayur kobis….

kalu nak resepi.. pepandai ler search resepi kat sini yer….. nun ada kat hujung atas sebelah kanan blog nih

 
 

Tags:

Lagi Menu Berpantang Yang Best!!


26 Mar 2010

Ni satu lagi menu orang berpantang yang best… Namanya Ayam Masak Madu… Cara penyediaanye sangat mudah…

Sediakan ayam… gaulkan halia, kunyit hidup, serai hiris, sedikit lada hitam, garam secukop raser, dan madu lebah asli dalam 3 sudu besor….  takde madu… belasah ngan gula aja… gaul dan biarkan dalam 15 minit…..

gunakan periuk aja.. masak sehingga ayam keemasan….

dah masak.. apa lagi…makan ajalah…

Kalau nak Resepi Ayam Madu cucuk sini

 

Tags: ,

Ni Dia Lauk Pantang Orang Laki Masak….


24 Mar 2010

Hah nih dia bila tukang masak terkejut menyediakan masakkan berpantang…. Menunye… Ikan Siakap Steam Terkejut…..

Nak resepi Ikan Siakap Steam terkejut nih baca seterusnye…..

Mula-mula… sediakan ikan siakap…. ikan lain pon boleh seperti ikan bawal putih, ikan merah or any ikan isi putih…… <– nih orang2 tua cakap… petua nih…

then gaulkan dengan bahan-bahan seperti halia, bawang putih, lobak merah, lada hitam, lada putih, serbuk ikan bilis, dan garam ikut suka….. bahan tu semua.. ikut suka ler nak taruk banyak mana pon.. janji secukop raser…..

lepas tuh kukus aja….

Halfway kukus…. taburkan sayur-sayuran seperti daun bawang, daun sup, celery dan sebagainya…… then kukus lagi dalam 10 minit… or paling senang cakap .. sampai ikan itu masak ler…

lepas tu… apa lagi belasah ler…. oh ya.. itu telur dadar orang pompuan berpantang kene tengok aja.. takbleh makan………

nak tahu kenapa nama dia terkejut…. sebab terkejut ngan raser dia ada skit masin sebab terlebih serbuk ikan bilis.. cara penyelesaiannye mudah aja…. tambah air panas aja kasi kurangkan skit raser masin tu.. muahahhahaha

 

Tags: , , ,

Cara pantang dengan diet yang sihat


09 Dec 2009

Citer pasal pantang lagi. Yela I have another 3 months to go and will do the pantang. This time round ,macam biasa, i will pantang kat KL not in Kampung.Saja tak nak menyusahkan my mum.

Well , berbalik pasa berpantang cara sihat? Macam mana nak pantang cara sihat? Pada pandangan dan pengalaman saya,berpantang amat penting lebih-lebih lagi dari segi makan dan minum.Kalau cakap pasal makan, I remember when I was young, during my mom’s punya pantang. She only can eat rice and ikan kering bakar. It’s look tasty for once but apa zat yang ada.Takde zat pun dalam tu except carbohidrat.So I pikirlah jugak kenapa kenapa kena makan ikan kering jer???

But when time flies after ceramah from Doktor, my mum tukat diet during pantang. So masa pantang ada fruits, vegie and meat.Back to my pantang experience.

Apa Lauk saya makan - I had white meat chicken, White meat fish and sometimes daging. Selalunya ayam akan di masak sup with lot of ginger and rempah ataupun dibakar dengan garam+kunyit+halia.While for Ikan, I always prefer to have Ikan bakar. Ikan dibakar dengan kunyit yang byk dan sedikit garam.But I make sure cara masakan ditukar dalam seminggu. Kadang-kadang ikan tu , akan dimasak singgang , kukus atau masak sup.Kena tengok ikan jenis apa yang boleh dimakan. Mostly ikan daging putih sepert Haruan,i ikan Selar, Ikan Kerisi, senangin,Merah, Siakap dan sebagainya. tap jangan makan ikan kembung atau terubuk. Gatal beb.r

Sayur Apa yang saya makan – Jangan lupa makan sayur. Sayur penting sebab masa baru lepas bersalin, ada pertukaran hormon juak. Jadi sembelit senang sangat. I pernah rasa macam mana sembelit. Sayur yang jadi favourite saya ialah sayur sawi, bayam, kubis, carrot dan kentang. Semua tu saya buat masak sup jer. Agak-agak dah boring, saya makan ulam pegaga atau ulam raja. layan jer dengan lada hitam. Kunyit muda and halia muda pun sedap buat ulam.Sayur kekacang atau terung dan kangkung, saya tak makan sebab tu sayur sejuk. Normally, masa not pregnant pun my body will tell yang setengah sayur tuh buat datang angin.

Buah apa saya makan – Kalau orang dulu-dulu, dorang tak kasi makan buah langsung. Dorang kata angin. Betul tu. Kebanyakan buah angin.Badan kita akan tau buah apa yang anginkan. Tapi masa pantang saya tak lupa makan buah 3 kali sehari. Saya cuma makan buah epal merah,kiwi,anggur,buah kurma dan dried fruit contoh prune, raisin, aprikot dan sebagainya. Most of the Citrus fruit memang saya tak makan sebab angin.

Lain-lain makanan – I will have bread for breakfast everyday, preferbaly raisin bread and toast. I enjoyed them with Horlick. Sometime wholegrain biskut. Desert, normally dapat makan jelly jer .No cake or oily food untill 60 days.And no ice and other seafood untill 100 days.Pati ikan haruan is a MUST for me masa pantang sbb nak tambah tenaga and supaya luka cepat sembuh.FYI, I did not take any cafein drink sbb menyusu badan.

Ingat pantang bukan satu penyiksaan, sepatutnya menjadi minggu-minggu yang merehatkan dan mendapat layanan istimewa sebabb kita dah susah payah berjuanng untuk hidup. Nanti I share my experience mengurut dan yang lain-lain.

 

Tags:

Menu untuk berpantang


13 Nov 2009

Lagi 4 bulan bersalin lah saya. Tak sabar. Ada rasa excited, takut dan macam-macam lagi. Dok terbayang jarum nak kena inject. Next month nak kena buat birthplan. Nak bersalin camna, bersalin dalam air ker hahaha(tak kuasa dah dalam air) atas katil pun dah tak tertanggung.Nak amik ubat ker.

Kena bincang dulu dengan suami tersayang.Ha ni nak share menu yang akan dihidangkan masa berpantang.Ikan singgang. Sedapnye. Tapi kalau pantang kena lah pakai ikan yang tak gatal. Ikan apa ek boleh makan masa berpantang??? dah lupa lah..

tenggiri-singgang

And off course no-no to chili kalau berpantang. Nanti I tepek resepi for ikan singgang. But I guess everybody know the resepikan…

I memang suka ikan singgang. Layan beb mkn ikan singgang, ulam timun cicah budu…

Opps dalam pantang no budu.

Pantang 100 hari beb…

 

Tags: