RSS
 

Posts Tagged ‘Ayam’

Ramadhan 14- simple menu


25 Aug 2010

Berbuka semalam adalah antara yang tersedap. Habis nasi seperiuk. Selalu masak 2 cup tak abis tapi semalam abis. Adakah kerana I masak sambal udang? Oh kuih di atas adalah dibeli dari gerai biasa. Tapi semalam kuih dia tak sedap. Karipap je yang sedap

For the first time since bersalin barulah dapat merasa sambal udang yang di masak sendiri. Sedap….

And juga ada ayam goreng. Macam biasa my ayam goreng selalu diperap dengan halia, bawang putih dan kunyit.Ingat nak buat ayam goreng berempah, tapi malas nak menumbuk. Afriena ada offer nak tolong tumbuk rempah tapi kalau dia tumbuk, mau 3 jam dia main kat situ.Kang sepah dapur. heheheh I tak suka dapur yang bersepah…

So hari ni ingat malas nak masak… beli jelah. So far berpuasa baru sekali makan yang dibeli. What to eat today???Ingat pasal makan je kan. Apalah nasib orang kat Pakistan dan Palestin. Dorang bukak puasa makan apa ye? I selalu bebel kat bebudak kalau dorang tak abis makan, cakap kat dorang yang orang lain ada yang tak dapat makan. Pastu kalau ada keluar dalam TV tunjuk orang tak dapat makan, cepat-cepat i tunjuk kat dorang biar dorang tengok .

 
2 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: , ,

Berbuka Puasa Ramadhan Ke 9


20 Aug 2010

Hish pasal makan lagi…. rasanya dalam banyak-banyak hari buka puasa.. lauk yang ni paling I suka kot. Sebab very simple.

Ikan kerisi goreng dan ayam goreng. Both dishes ni  I perap dengan halia bawang putih dan kunyit for an hour then goreng. Rasanya since bersalin ni baru dapat makan ayam and ikan goreng. No wonderlah my weight now is 46kg!. Hish kalaulah ada budu kan best nak pulak ada ulam-ulaman…. Kepada peminat budu mesti dah terliur-liur meleleh air liur

Selain dari itu, ada juga sotong rebus dengan serai. All time favourite since small. Yang ni I pakai baby sotong. KAlau lagi 15 minits I dok siang benda confirm I tidur sebab dia kecik sangat tapi sedap compare sotong besar. Ada lagi 2 paket untuk 2 kali masak. Bebudak seuka lah ni sotong masak rebus. Kalau nak resepi boleh click sini

Sotong rebus, ayam goreng pelengkap dia stir fry fatt choy. Goreng api kuat for few minutes dengan daging and oyster sauce. sedap… nak resepi? Insya’ Allah nanti I letak.. berhutang resepi baked farfalle….susah nak online sebab baby tak nak tidur dari tadi lagi nak suruh dukung jer

 
8 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: , , , ,

Resepi: Ayam masak kicap


19 Aug 2010

Ayam kicap ni, one of our favorite. Kalau boleh once a week mesti ada ayam kicap. Normally kalau masak ayam kicap, I akan masukkan jugak baked beans sedap but massa ni tak letak sebab baked bean punya stok dah habis.Masakan ni adalah healthy sebab tak pakai miyak pun.

INGREDIENT

  • 1/4 ayam, potong kecil
  • 1 labu bawang besar – di hiris tebal
  • 2 biji bawang putih – di mayang
  • 1/2 inci halia – dimayang
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • secawan kecil kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 biji lada besar – dihiris
  • sedikit air

METHOD

  • Bersihkan ayam
  • Campurkan semua bahan kecuali cili besar dan 1/4 dari bawang besar
  • Gaul sebati masak sehingga ayam empuk
  • Bila ayam empuk, masukkan cili besar dah hirisan bawang besar
  • Masak sehingga bawang layu, matikan apai
 

Tags:

Ramadhan ke-7 yang Menyelerakan


18 Aug 2010

Apa ada atas meja pada  7 Ramadhan semalam… emm… nampak sedap gaks tu.. dah sememangnya sedapppp… Ayam Masak Kicap ada… Fat Choy Sos Tiram ada… Fish Ball Sup untuk bebudak ada…Jemput-jemput Pisang kegemaran ramai ada… Roti Goreng pon ada… dan tak lupa.. telur mata.. huh….. ni macam baru berselera untuk berbuka…. takyah beli kat kedai.. semua masak sendiri aja…

Kasi close up skit.. AYAM MASAK KICAP ni

FATT CHOY OYSTER SAUCE

 

Tags: , , ,

Tema Kacang dan Ayam


22 Jul 2009

Dinner hari ni tema kacang dan ayam….

Semua lauk berasaskan kacang dan ayam…. abis diet hari ni.. mana taknya… masakan kegemaran ayam masak kicap tu…. oleh sebab lauk sedap hari ni… makan bertambah ler.. biasanya tak bertambah.. tapi hari ni bertambah sampai tak ingat punye… dah tu… kenyang tersadai la sekarang ni……

Steam Tofu with minced chicken

Ayam Masak Kicap dengan Baked Beans

Holand Peas Vs Capsicum Plus Chicken

 

Tags: , ,