RSS
 

Posts Tagged ‘Ayam Bakar’

Resepi Ayam Bakar Madu


12 Aug 2010

Nak buat ayam ni senang jor….

INGREDIENT

  • Ayam 1/2 ekor
  • Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
  • bawang putih 6 ulas
  • Halia – ketuk
  • serai ketuk
  • garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
  • daun pandan
  • kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 4-6 titik minyak bijan

METHOD

  • Rebus air  bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
  • Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
  • kacau dan masukkan ayam
  • Celur hingga nampak separuh masak
  • Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
  • lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
  • perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
  • Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
  • Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
  • Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
  • Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

 
 

Tags: ,

Ramadhan Kedua


23 Aug 2009

Salam semua… hari kedua Ramadhan kami masih kekalkan juadah masakan sendiri lagi.. Pagi tadi bershopping hujung minggu kat Jusco Taman Equine aja… Takde la shopping sakan cuma beli barangan dapur jer.. Waktu pagi sangat sesuai untuk beli barangan basah kat supermarkat sebab kesegarannya masih ada…. oleh kerana nampak segar… saya beli kepala ikan merah, ayam, ikan siakap… semuanya segar-segar belaka… nasib baik pergi pagi.. kalau petang tu.. kesegarannya tu rasernye dah takde la….

Hah ni dia juadah berbuka untuk hari kedua ni…

Asam Pedas Kepala Ikan Merah..

Ayam Bakar Madu… memang best ni.. resepinye…. kene tunggu Yatie publish dulu…

Last sekali aneka kueh yang dibeli kat kedai dekat depan rumah….

 
 

Tags: , ,

Saturday Night Dinner


20 Jun 2009

Semenjak dua menjak ni, raser macam seronok plak letak gambar-gambar makanan yang panas terus dari dapur rumah… Bukan apa.. makanan yang dimasak dirumah terjamin dari segi kebersihan dia dan bahan-bahan yang digunakan memang terbaik dan segar.

Malam Sabtu lepas dua lauk sempoi disediakan….

fattchoi-1

Fatt Choi Special goreng ngan udang…..

ayam-madu

Dan main dish… Ayam Bakar Madu……

 
 

Tags: ,

Birthday Lunch


18 Jan 2009

I don’t want to write much… Let the pics speaks….

From left: Very fresh home made coleslaw, the perfect honey lemon roasted chicken and tasty honey brown sauce.

This is the Grand Birthday Dish. Honey Lemon Roasted Chicken Fresh from SawaOven.

 
 

Tags: ,