RSS
 

Posts Tagged ‘Afriena’

Rajin vs Malas


26 Jan 2012

Malas ke macam ni? tak tahu nak letak kategori apa… every morning lepas mandi, dah pakai baju, dia akan tidur balik..ni before pakai tudung.

Bila tengok dia tidur, kejutkan sbb nak pakaikan tudung, lepas pakai tudung boleh sambung tidur balik. ok ini bukan final part, nanti masuk kereta on the way nak pi sekolah, dia akan sambung tidur dalam kereta. kat nak sampai Ashraff akan kejut, kalau dia macam huk hek huk hek nak bangun, Ashraff akan pujuk cakap nevermind Afriena, you can sleep in your class…hahahah pandai tak.

Yang ni memang rajin, dok sebuk nak cuci baju….masukkan semua baju…

Tapi sebab dia terlebih rajin, dia keluarkan balik

Pastu masukkan balik….pastu tutup pintu then nak tekan-tekan semua button..hehehe tak boleh tekan pun sebab ada child lock. Baju tu semua I kena sort balik sbb, I normally cuci baju ikut colour… kena asing warna putih,  warna -warni ,  warna gelap , towel, jeans and undergarment. So dalam sehari cuci sekali je so semua baju kena ikut giliran sebab tempat sidai limited.Cerewet ke saya? cerewet gak cuma nak bertanya ada tak mesin basuh yang kita masuk baju kotor, bila dah siap keluar yang dah berlipat?

 

 

Tags: ,

Aksi pelajar cemerlang


17 Jan 2012

Amacam ada gaya tak? beg sampai 2 bijik sorang. almaklum satu utk sessi pagi (KAFA) satu untuk sessi petang (Chinese School). Hari tu lah masa dalam lift sorang jiran tanya, kena banyak sangat beg? I cakap macam tu. tambah lagi..I cakap pelajar cemerlang. hehehe

Masa ni (Thursday) Afriena baru nak start demam. So malam tu I kasi minum habbatus sauda dengan madu. Esok nye dah tak demam.Tapi Friday night dah start batuk plak. Kasi minum madu untuk kurangkan batuk, so esoknya baru pergi klinik untuk amik gas. Dia memang macam ni, setiap kali demam + batuk, memang akan kena atshma. So kena amik gas.

Dia pun dah biasa dah… pegang sendiri sedut sendiri tak payah suruh suruh. Kalau kena kat Rayyan, memang meraung. Semua orang dalam rumah ni kecuali I, memang pernah merasa sedut gas. I sedut gas masa nak beranak jelah, tu pun muntah-muntah

 

Tags: ,

Afriena cabut gigi


15 Nov 2011

Hari Khamis lepas kira macam hari ini dalam sejarahla untuk Afriena sebab dia kena cabut gigi. REason is, gigi dia goyang and ada gigi baru tumbuh. So , I buat appointment dengan dentist then pergi cabut gigi dia. Before cabut gigi dia, kiterang layan dia makan pa yang dia nak dulu. Dia request nak makan Mac n Cheese kat Kenny Rogers…so layankan je. Sepinggan besar habis licin dia makan. So lepas makan terus bawak pi dentist. Told the dentist, jangan cakap nak cabut, just cakap nak check.

Hehehe… so dentist cakap takde apa ni just cuci saja… sekali waaaa Afriena dah nangis. Rupanya dia gigi dah tercabut. Nangis punyalah kuat. hahaha biasalah Afriena, kena pukul dengan Rayyan pun dia nangis. So kena berdokonglah dengn papa dia. Yang paling kelakar gigi dia entah hilang kat mana. FYI Ashraff and Afriena sekarang banyak gigi tengah goyang. So maybe cuti sekolah ni, aktiviti cabut gigi kot. Gigi dorang takde yang rosak lagi cuma dah tiba masa untuk dicabut.

Tips untuk jaga gigi anak dengan baik…

  • kurangkan makan benda manis terutamanya gula-gula – yang ni gula-gula is no no kat rumah . Chocolate is ok sbb mama dia hantu chocolate
  • gosok gigi pagi dan sebelum tidur
  • minum air masak sebelum tidur
  • kurangkan minum air manis.
 

Tags: , ,

Not So Surprise Birthday Party


13 Oct 2011


The Birthday cake….beli je. hajat di hati nak buat tapi takde air pulak. Actually Afriena dah plan dah nak buat rainbow cake….

Since birthday Ashraff and Afriena 3 hari beza, so sambut sekali lah…


Punyalah excited both of them

Mesti dorang happykan dapat cake….Patut snap gambar Rayyan yang pelik semacam…

Apa yang tak surprisenya???

Me and Afriena plan nak buat surprise birthday untuk Ashraff since dia still demam kan.. so yo yo o la Afriena suggest… Dia cakap macam ni

Afriena : Mama, let’s hide the cake under the table

Me:Why

Afriena: So Ashraff cannot see the cake, then when Ashraff home we say surpriseeeeeeeee

Me: Ok ok

Sekali bila Ashraff balik, baru bukak pintu je… Ashraff mama bought cake for you.. it’s in the fridge!!! Apada Afriena..kata nak surprise.. awal-awal dah bocor rahsia…. hampeh…

Excited punya pasal la tu

HAPPY BIRTHDAY Ashraff ……..

 

Tags: , ,

Big Gulp for Afriena


22 Mar 2011

Nah ni dia baru kene… nak sangat minum laici gelas besor.. dapat yang betul-betul besor… bila dah dapat gelas besor nih.. siap cakap tu.. I cannot drink this all….. muakakkakaka.. kesian Papa dia yang abiskan….

 

Tags: ,