RSS
 

Archive for the ‘Sembang Tok Nila’ Category

Tok Nila , Kolumnis Tetap Sawanila.com


30 Jan 2011

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah, untuk tahun 2011 ni, kami akan memperkenalkan suatu pembaruan bagi Sawanila.com dimana kami telah  menyediakan satu ruangan kolumnis tetap dalam blog kami. Untuk permulaan, kami telah medapat persetujuan daripada seorang kolumnis yang bernama pena “Tok Nila”.

Sebagai tanda penghormatan kami keatas beliau, kami akan memperkenalkan sedikit latarbelakang beliau kepada semua. Tok Nila ini berasal dari Pahang dan kebanyakkan tulisan beliau dalam loghat Pahang. Umur beliau dirahsiakan dan juga identiti beliau juga kami terpaksa rahsiakan atas permintaan beliau sendiri.

Beliau ni nampak je serious tetapi baik hati dan kelakar. Jangan marah ye jika hasil tulisan beliau ini agak laser dan menyentuh perasaan. Beliau akan berbicara tentang apa saja yang beliau fikirkan perlu dan antara topik-topik yang akan beliau keutarakan adalah berkaitan tentang isu semasa, lawak jenaka, permasalahan dan apa saya yang beliau fikirkan perlu.

Sekian…

Kheirul….

ps: Tok…keyboard saya dah serahkan kat tok.. so pepandai ler picit butang apa yang perlu ye….

 

Tags: