RSS
 

Archive for the ‘Speak Out’ Category

Unifi oh Unifi


08 Dec 2011

Semenjak kami menggunakan Unifi pada bulan Februari 2011 lalu, pada mulanya kami sangat berpuas hati dengan kelajuan melayari internet. Memang laju sangat jika dibandingkan dengan Streamyx. Seronok bila dapat tengok Youtube tanpa lagging dan download movie dalam masa yang sangat singkat.

Sehingga hari ini, speed Unifi masih lagi laju tetapi apa yang membuat kami sedikit kecewa dengan Unifi adalah perkhidmatannya kerap kali terputus, tergendala, rosak dan sebagainya. Yang paling tak tahan adalah dalam dua minggu yang lepas, 5 kali perkhidmatan tergendala dan  setiap kali service down kami terpaksa hubungi Unifi Customer Service.  Sekali down, dalam 2-3 hari baru nak solve dan yang terakhir ini sudah hampir 2 minggu tetapi masih tidak solve lagi…

Agak malang kalau service down hujung minggu or hari Jumaat dimana kami menghubungi TM Custermer Service dan diorang cakap takda technician yang bekerja hujung minggu so kami terpaksa menunggu sampai hari Isnin plak.

Ni satu pengalaman kami minggu lepas.

Selasa – 29 Nov 2011

Telefon tak berfungsi, takleh call-in dan takleh call-out. Call Unifi CS(customer service), dan CS arrange technician datang. Pada masa nih internet dan IPTV masih lagi berfungsi cuma telefon aja yang tak berfungsi.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 12:30pm

Pada jam 12:30pm, technician datang rumah untuk check… check punye check takda apa yang rosak cuma mengikut cakap dia card dalam MDF rosak dan kene reboot balik… ok lah tu.. Masalah selesai.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 10:30pm

Pada hari yang sama pada jam 10:30 malam…. Semua service Unifi takda langsung dimana phone, IPTV dan internet semua down… Call Unifi CS lagi… seperti biasa la.. dia suruh OFF dan ON kan setup box dan wifi router.. tapi service masih lagi down… then CS cakap ada upgrade kat kawasan saya dan service should be restored on the next morning @ 8am…

Sabtu – 3 Dec 2011

Pagi Sabtu (3 Dis) keesokkannya, dalam kul 10am tak restored gaks.. tunggu sampai petang pon tak retored gaks.. call balik CS… dia cakap dia akan fwdkan masalah ke network team…. Malam Sabtu pon masih takde apa-apa news dan semua service masih lagi down…

Ahad – 4 Dec 2011

Call lagi CS… dia cakap takde technician plak untuk datang check.. so kene tunggu Isnin…. HAMPEEEEEEHHHHH!!!!!!!!!!!! So, kat sini baru faham kalau ada masalah Unifi ujung minggu sekian maklum la kene tunggu sampai hari Isnin

Isnin – 5 Dec 2011

Pagi-pagi lagi dah call CS. dia cakap tecnician is on the way… by 2pm diorang cakap should be an update.. tapi HAMPEH takde… ada la 5 or 6 kali call CS rasernya tapi semua jawapan sama… biasalah jawapan diorang kene forwardkan masalah ke bahagian network untuk solvekan…. Dalam kul 5pm baru service restored.

Selasa – 6 Dec 2011

Telefon plak bagi problem balik.. takleh call-in n call-out balik…… call CS.. Service restored selepas reboot devices. Dalam hati terdetik macam nak kena balik jer nih

Rabu – 7 Dec 2011

Hari Rabu (semalam) dalam sebelah malam…. problem balik ngan telefon.. masalah sama… takleh call-in n call-out… kali nih dah reboot semua devices pon down gaks… call CS…. dia cakap they will attend this problem on the next day…

Khamis – 8 Dec 2011

HARI INI KHAMIS (8 Dis)….. PAGI 8 am.. SEMUA SERVICE UNIFI DOWN BALIK UNTUK KALI YANG TAH KEBERAPA TAH DAH TAK BOLEH KIRA LAGI…. CALL UNIFI CUSTOMER SERVICE….. PON SAMA JUST BAGI ALASAN YANG SAMA DAN SAMPAI SEKARANG NIH PON SERVICE MASIH LAGI TAK RESTORE…

Kepada Telekom Malaysia…. TOLONGLAH PELANGGAN macam kami nih.. kami nak satu perkhidmatan yang stabil bukan perkhidmatan yang kejap ada dan kejap takda macam biskut……

TOLONGLAH………. dari 29 Nov sampai sekarang  nih Unifi masih lagi problem.. takkan sampai nak masuk Aduan Rakyat kot baru nak amik tindakan…

UPDATE : JUMAAT 9 DEC 2011

Setakat jam 10:00am ni.. semua service masih down.. dah call CS diorang cakap diorang dah hantar technician dan kalau technician tak call balik sebelum kul 5.. diorang suruh call balik CS

3:45pm : semua service masih lagi down dan tak terima apa apa call dari technician… nih raser macam dah kene kencing ngan TM nih…. hampeh tul……

Sabtu 10-12-2011 12:30pm :

Technician datang dan tukat BTU,… Alhamdulillah… selesai dan semua masalah dapat diatasi selepas menguji tahap kesabaran kami

AHAD 11-12-2011 7:30 PM

HAHAHAHAHAH… JADI BALIK… TEPON DAH TAKLEH CALL-IN N CALL OUT.. this is really HAMPEH……

ISnin 12-12-2012

Service Unifi dah restore balik.. boleh senyum balik dah

PS: tapi apa-apa pon… sekalung pujian kepada Unifi Customer Service sebab layan kami dengan baik dan tahan dengan kerenah kami

 

Tags:

PENGUSAHA PUB MENEMUI HIDAYAH MELALUI PUISI


10 Nov 2011

Dengan izin : http://www.islamituindah.my/pengusaha-pub-menemui-hidayah-melalui-puisi 

Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan, tempat dimana beliau melafazkan syahadah buat pertama kalinya

Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.

Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak.

Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.

Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung.

Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.

Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.

Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.

Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.

Tidak mampu membendung perasaan ketika menceritakan bagaimana hidayah Allah datang kepadanya.

Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah Yang Satu.

Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt! Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah dan menganggapnya gila kerana menutup pub.

Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih dari 15 tahun. Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk turut berubah menjadi insan yang lebih baik.

4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.

Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam.

Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.

Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya.
Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.

Dr. SAM, salah seorang sahabat Pedro sejak zaman sebelum dia memeluk islam lagi.

*Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari 7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.

**Kisah Pedro ini akan dijadikan sebuah dokumentari untuk tayangan sempena Maal Hijrah (27 November 2011) di TVAlhijrah (ASTRO114). Untuk maklumat lanjut sila ke link berikuthttp://www.facebook.com/pages/4-Hidayah-4-Hijrah/205165492889000

 

KOMEN dari SAWANILA.COM

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, mari kita bagi sokongan kepada sahabat baru kita ini dengan mengunjungi dan menikmati masakan dan hidangan istimewa di restoran beliau. Pergi ye… jangan tak pergi…..

 

Tags:

Nasi Lemak oh Nasi Lemak


11 May 2011

Burp.. Alhamdulillah kenyang. I makan nasi lemak hari ni. Tapi bukan nasi lemak seperti yang di atas. Yang kat atas ni, Nasi lemak yang I masak dengan penuh kasih sayang dan kemewahan cinta dan lauk pauk. Apa mengarut dah pepagi.

Actually nak citer pasal kantin sekolah agama Ashraff. I tak berapa bersetuju lah dengan barang makanan yang dia jual. Takde satu pun makanan yang berkhasiat. I selalu dok lepak situ,tengok apa yang dia masak biasalah gua kay poh kalau bab makan ni, sebab nanti anak gua pun nak makan kat situ. Dia takdelah masak beriya cuma ada hot dog goreng which is so oily sebab dia deep fry, crab fillet goreng bermintak dan nugget. Semua berminyak. Kenapa bab hot dog tu instead of goreng, kan boleh boleh je boil or steam. Lagi jimat minyak.Kementerian doklah nak ban nasi lemak tapi makanan lain tak plak pikir. Mungkin Cara pemasakan perlu di ubah. Instead of goreng, ubah kepada boiling, steam or roasting. Tapi kalau sekolah agama tak tau lah guideline makanan macam mana kan. Kalau kat Sekolah cina Ashraff , I tak check sangat sebab memang Ashraff tak bawak duit pun

Selain dari makanan bergoreng yangberminyak tu, dorang ada jual junk food. Punyalah kedai dia penuh dengan junk food. Gula-gula apa lagi penuh beb kat situ. I dok terpikir plak, takkan time rehat bebudak makan junk food ? Junk food for their breakfast? Air? Dorang minum air kaler-kaler, kekadang air kaler kuning, kaler pink or air gas.I perhatikan, ramai bebudak pergi sekolah tak bawak air masak. Ada 5-6 orang je. Sepatutnya air masak tu perlu adakan.

As for Ashraff, memang every morning I wake up buat breakfast untuk bekalan. Untuk husband pun ada (tu kalau dia request). Simple breakfast for him.

  • Cheese Sandwich ( Roti kepit dengan cheese)
  • Cheesy egg sandwich (Sandwich telur dengan cheese)
  • Chicken sandwich
  • Hot dog + scramble egg
  • Bread with nutella/ butter/peanut butter

I just  buat simple-simple, masak sambil tidur hahaha, tapi yang penting dia makan healthy food. Selalu dia makan habis. And tengah hari I bawak bekal lunch untuk dia makan kat Sekolah Agama gak then terus ke Sekolah cina alsa with bekal. Bila tengok kantin jual benda yang tak sihat, hati I terdetik macam nak take over kedai, and let me jual benda yang sihat. Instead of jual air kaler-kaler mungkin boleh jual juices,milk , milo or yogurt drink and for sure mineral water. Pasal harga, Air kaler-kaler tak khasiat tu pun dia jual RM1. So what’s the matter?

Kalau ada orang kementerian kesihatan baca, silalah buat sport check kat kantin-kantin sekolah bukan sekadar bercakap ala-ala kat kedai kopi. Our kids is our future. Because of those food, they might get macam-macam sakit at their young age. Diabetes, Kidney problem, Obesity and high blood pressure.

Please please please

 

 

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY


11 Feb 2011

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Read the rest of this entry »

 

Tags:

Satu Kebenaran Sudah Terbukti


18 Dec 2010

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Coretan ini adalah balasan kami dari komen pembaca Sawanila.com pada posting Saturday’s Activity tempoh hari. Secara ringkasnya kami ingin menujukan segala pujian kepada Allah SWT kerana telah memberi petunjuk kepada kami identiti sebenar pembaca tersebut.

Pada mulanya kami agak berbelah-bahagi dan tidak percaya seratus peratus berdasarkan kepada IP Address pembaca tersebut dan masih lagi beranggapan orang lain tetapi Allah SWT itu Maha Berkuasa, orang itu sendiri yang membuka pekung didadanya sendiri dimana dia telah meluahkan perasaanya di Facebook berkaitan dengan isu tersebut. Ini buktinya:

Nota: Identiti sebenar masih dirahsiakan

Fakta:

1. Menggunakan Identiti Palsu

Sekiranya dia ikhlas untuk menegur kami, gunalah identiti yang sebenar. Malah disini sudah terbukti dia tidak ikhlas dalam memberi teguran kerana menggunakan identiti palsu. Kami sedia menerima sebarang teguran asalkan teguran itu membina dan ikhlas.

2. Tidak dapat menerima komen pembaca lain

Pembaca lain juga memberi komen dan teguran yang membina tetapi dia beranggapan komen pembaca lain itu adalah konco-konco kami. Malah kami pun tidak kenal sebahagian pembaca yang meninggalkan komen disitu. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi komen membina dan ikhlas.

Kesimpulan:

Kami menulis ini hanyalah untuk menegakkan kebenaran dipihak kami dimana kami ingin menerangkan kepada semua pembaca Sawanila.com dan juga rakan-rakan kami dari sudut pandangan disebelah pihak kami.  Pada mulanya kami malas untuk melayan kerenah atau personal attack sebegini dimana kami merasakan ianya membuang masa kami tetapi apabila reputasi kami sudah disentuh secara terbuka maka adalah hak kami untuk menegakkan kebenaran.

Sekian,

Kheirul


Keratan komen dari posting Saturday’s Activity tempoh hari