RSS
 

Archive for the ‘SawaTalks’ Category

Kita dah dapat pegang Samsung S4…..


02 May 2013

Ini adalah posting berbayar.

S4-1

Hari Sabtu lepas (28/4/13) kecoh satu kampung pasal hari pelancaran telefon Samsung S4 yang teeeeerrrrrrbaru sekali… Nak dijadikan cerita… saya dapatlah jemputan untuk hadir ke majlis pelancarannya kat Blecube, Sunway Piramid… Kelas gitu beb.. pepagi buta pukul 8 dah terpacak kat sana dah…

S4-2

Sampai jer kat sana.. lepak kejap.. bersua plak dengan blogger-blogger GaNezzZzzZzz alam maya… Siapa yg tak kenal KakInaKL, Viruspadu, Shakiddo, Hazman Fadzil, Eyriqazz dan ramai lagi pon ada kat event tu.. seronok dapat jumpa mereka semua.. maklum la.. saya nih jarang sangat turun even nih…

S4-3

Orang ramai mula tiba dan kepada yang dah buat prebooking nak beli tepon Samsung S4 tu.. diorang dah start beratur… punye la semangat brader kita yg pegang jalur gemilang tu.. dia orang pertama yang beratur beb….psssttt… dapat S4 free ker????

S4-3a

Hehehe.. korang kenal tak… Awal & Liyana Jasmay pon ada sekali…. rugi kat sapa yang tak datang tu…

S4-4

Suasana makin meriah dengan adanya badut-badut professional nih… memang seronok tengok gelagat mereka sambil menunggu ketibaan VIP untuk pelancaran produk telefon pintar terbaru dari Samsung S4 ni.

S4-5

Hah itu dia dah sampai…

S4-6

Ni jer yg sempat dirakam sebab punyelah ramai reporter dan blogger yg hadir untuk buat coverage event nih…

S4-7

Yeaahh… Samsung S4 memang terbaik…

S4-8

Time untuk gode-gode telefon pintar Samsung S4 nih.. opppsssss.. takbleh bagi tahu sekarang.. kena tunggu posting saya akan datang kalau nak tahu apa keistimewaan dan kehebatan telefon ini…

S4-9

Masa saya tengah dok main-main ngan tepon Samsung S4 nih.. ada plak Bloggers yang lagi pemeZzZzz muncul.. Oklah. Promot skit Abang Nara ni dan RedDaddy serta KY pon ada sekali.. Bukan senang korang dapat promot free kat Sawanila.com ni.. hehehehhe

S4-10

Habis jerk at Bluecube, Sunway Piramid… saya bergegas pula ke Lowyat Plaza… Sampai kat Lowyat pon sama.. suasana memang meriah dok tunggu pelancaran telefon pintar Samsung S4 ini..

S4-11

Suasana memang cukup meriah dengan banyak aturcara sampingan yang diatur oleh pihak penganjur..

S4-12

Meriah sungguh.. tapi saya puas kerana dapat merasakan sendiri pengalaman mencuba gode-gode telefon pintar Samsung S4 terbaru yang ditunggu-tunggu oleh penggemar gadjet nih…. Tapi korang kena tunggu untuk baca posting saya yang akan datang ye.. sebab banyak cerita lagi yg menarik pasal telefon S4 ini yang saya akan ceritakan yang tak ada pada telefon pintar yang lain…. tunggu kemunculannyaa….

S4-13

 

 

Tags: , ,

ZZ Sup Tulang


06 Feb 2013

26012013832

Akhirnya, berpeluang jugak nak makan kat sini. Last year masa pi Singapore, hajat nak singgah sini kedai tak bukak plak. Kali ni pergi memang dah plan dari KL. Pukul 2 lebih kot sampai, ke pukul 3? Lupa la…

26012013833

Ini lah suasana restoran dia. Memandangkan kite  lupa bawak camera, so guna henpon nokia je la ye.Tempat dia besar gak, ada tempat bersila, berkerusi.

26012013837

Kiterang amik tempat bersila, then cepat-cepat order sebab lapar sangat. Satu nasi ayam untuk bebudak share, 2 mee rebus.Nasi ayam dia so so oklah tapi mee rebus dia!!!!

 

26012013838

Sedap giler. 6 bintang. Kuah dia pekat likat, cukup manis , masam kena pulak tergigit cili hijau dia. sedap. Sebenarnya kiterang order mee rebus tulang, tapi tulang belum masak lagi, jadi mee rebus daging je la. Memang kalau next visit, kena gak pekena mee rebus tulang.

26012013839

Dah habis mee rebus, order plak sup daging, kalau ada tulang memang tulangla kita order. Punca sebenar kiterang order sup adalah disebabkan oleh sup dari nasi ayam bebudak ni. Sup sesajor pun sedap, terus order sup daging. Budak kan suka hirup sup.

Insya’ Allah nak pi lagi, try pi malam plak ke pi time breakfast? PErgi dua-dua la… oh saya sudah tamak !!!!! Servis dia ok tak la lambat or cepat cuma keadaan meja melekit, lantai melekit, susah nak makan kalau kena dgn budak yang jenis super hygienic freak. Semua benda kata dirty and tak nak duduk.Afriena and Rayyan la tu. Lantai pun taknak pijak

Mee Rebus Tulang…wait for me!!!!!!!!!!!!!!!

Alamat dia

Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang
Lokasi : Jalan Petrie 5/1 , JB
Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM

Nak senang masuk FB dorang 

Pesanan untuk En Kheirul… Kita try mkn time breakfast plak nak tak?

 

 

 

Tags:

Macamana Nak Tahu Password Unifi ID Anda Dari Router


16 Jan 2013

Salam Semua… Sebelum saya teruskan..

POSTING INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA YANG BERLAKU BERKAITAN DENGAN POSTING INI.

Saya selalu dapat soalan dari posting saya 6 Things To Do when you got your Unifi Wireless Router dan kebanyakkan soalan berkaitan dengan nak tukar router Unifi kepada router yang lain. Dan masalah yang timbul apabila nak tukar router Unifi ini adalah tidak tahu Unifi ID dan password.

Kebiasaannya saya akan jawab… “kalau nak tahu unifi password… call TM…” dan itulah jawapan yang saya ulang tiap-tiap kalu orang tanya… Tetapi semenjak dua menjak nih.. TM dah terror satu steps… dia taknak kasi password dah thru phone or call service.. dia suruh bayar untuk hantar technician datang rumah. So banyak leceh la…. TETAPI

Tahukah Anda yang password id Unifi korang tu boleh dapat terus dari router tu sendiri…???? nak tahu caranya… hhehehehh…

OK PESANAN SEKALI LAGI… SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG YE….

ni caranya…

No 1: Pi install Google Chrome dulu….. kalau dah ada takyah buat step nih

No 2: login ke router korang tu…. cara nak login tu.. sendiri mau ingat… malas nak tunjuk dah…

No 3: pi cari Manual Internet Connection Setup kat router admin page korang tu……

No 4: Right-Click kat mana-mana…. click Inpect Element … pastu satu window kecik keluar….

No 5: dengan menggunakan mouse kat bahagian bawah tu…  pi cari line sampai jumpa kotak dot dot dot password tu apabila dia highlight (warna biru) kat kotak dot dot dot password tu…….

No 6: pas tu click icon tiga segi tu supaya tengok syntax line dia.. pas pepandai ler korang tengok value password korang tu…

Upass-1

Kalu tak paham tengok gambarajah kat atas tu….. password unifi id korang kat dalam value=”xxxxxxxx” tu.. buang tanda “” ok…

sekian terima kasih… kalu ada apa-apa.. boleh ajukan kat ruangan komen….

 

 

Tags:

Updated Garmin Map – MFM


01 Jan 2013

This is the Garmin Map Update for Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia and Thailand

Updated on :  Jan 2013

Compatible for : All Garmin Devices & Garmin Mobile XT

Map Source : MFM-Malfreemaps.com

Download Links :

Guide to install:

  • download and save in local drive
  • make sure you have around 150MB of free space in the garmin devices or sdcard.
  • copy gmapsupp.img into \\<device>\Garmin folder
Related Posts:

 

 

Tags:

Jadual Waktu Solat 2013 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya 2013


13 Dec 2012

Assalamualaikum,

Saya cuma nak share Takwim Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya 2013

waktu-solat-2013

 

Tags: ,