RSS
 

Archive for the ‘Vegie & Salad’ Category

Kerepek Ngaku – feeling CNY


25 Jan 2012

Gong Xi Fatt Chai… Amacam chinese new year you all? ada baik??? We all dok rumah je. Kerja makan je rasanya. Masa cuti 4 hari tu, 2 kali jugaklah ke KLCC semata-mata membeli pop corn. GIla..takmodah makan garret popcorn untuk bulan ni, bulan depan pulak.Ketagih gila makan benda ni. Ashraff siap pesan before masuk idur.. ” Mama… I want cheesecorn and Afriena want caramel popcorn” perhh giler tengah dok taip ni pun dok terbayang popcorn. Apa-apa pun mari kita tukar citer lain.. beralih kepada kerepek ngaku yang sangat sedap.

Inilah rupa Ngaku yang femes only masa CNY ada dijual.  Sedap ni.. I beli masa pergi pasar. besar besar plak buah dia. Beli sikit je pun sebab takut tak jadi buat. Beli malam tu esok tu terus kupas kulit dia…pastu cuci

Pastu parut nipis macam ni. Boleh pakai mata nipis or mata bergerigi. Pemarut ni cap pasar malam je…beli 3-4 tahun lepas kat Pasar Malam Bangsar only at RM10. Ada macam-macam mata.

Lepas parut, gaul dengan garam sikit dan dalam minyak tu letak garam sikit sebab nanti bila goreng da cepat garing.Pertua my mom kalau buat kerepek pisang.

Dah siap goreng..inilah rupanya. dapat sebekas ni. Patutnya banyak lagi tapi masa tengah goreng, Rayyan dok hulur mangkuk sbb abang dia suruh. Sedap rasa dia lagi sedap dari potato chips. Rasa dia macam keledek+pisang+kentang. KAng nak carik lagilah tu pun kalau ada lagi.

 

Tags:

Resepi lemak putih kangkung dengan keledek


27 Dec 2011

Hidangan paling senang nak masak. Makan pulak dengan sambal belacan, takpun sambal tumis petai, ikan kembung goreng…. sedap, sedap sedap. Makan masa musim banjir ni memang syok. hahahaha

 

INGREDIENTS

  • 2 bawang merah – tumbuk
  • 1 bawang putih - tumbuk
  • 1 tsp lada hitam  - tumbuk
  • 1 genggam ikan bilis - tumbuk
  • 2 keledek jepun (keledek malaysia pun boleh)
  • semangkuk kecil santan pekat
  • 1 ikat kecil kangkung -potong cecantik
  • cili merah
  • garam secukupnya
METHOD
  • Rebus keledek sampai empuk dalam periuk lain.
  • Masakkan santan dengan bahan tumbuk
  •  Bila mendidih masukkan kangkung dan ubi
  • rasakan garam
  •  ftutup api bila kangkung dah layu. Jangan masak lama sangat nanti kangkung tu lembik
Nota:  Resepi lama dari blog lama I . http://marimarimakan.blogspot.com
 

Tags:

Shredded Cabbage Salad


15 Dec 2011

Kadang-kadang atau mungkin kerap terasa malas nak masak yang jenis dok lama kat dapur.  Yelah mana nak layan anak, mana nak layan kerja lain  boring gak lepak kat dapur. So masak mana yang sempat je. Hari tuh nak masak sayur tapi malas nak amik kuali, tumis-tumis dan cuci kuali ..heheh malas terlampau nih. So decided to make Shredded Cabbage Salad . Ala yang macam selalu kita makan kat restoran jepun tuh. Tapi dorang pakai mayonnis jepun yang berkrim tuh. Kat rumah ni takde mayonis jepun  yang ada mayonis biasa dan thousand island. So pakai thousand island je.  Sedap gak salad ni, makan dengan nasi pastu buat lauk simple. Rayyan suka plak salad macam ni.

Resepi Shredded Cabbage Salad

INGREDIENT

  • semangkuk kobis yang telah dihiris nipis (kalau ada shredder dia lagi bagus)
  • 1/2 lobak merah iris nipis
  • 1/2 bawang besar hiris nipis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu cuka epal
  • 1 sudu kecil minyak zaitun/sunflower/kelapa sawit pun boleh
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • thaousand island secukup nye

METHOD

  • cuka, madu dan minyak dikacau sebati (goncang dalam botol lagi bagus) dan rasakan garam dan lada hitam
  • Satukan sayur yang telah di potong halus – sejukkan dalam peti sejuk
  • Bila sedia untuk dihidangkan, gaulkan sayur dengan bahan yang telah dikacau tadi (madu, cuka, minyak)
  • letak thousand island di atas sayuran.

Next time nak buat, ingat nak letak purple cabbage plak…makan dengan nasi pastu pekena plak dengan Negimaki, sure terangkat

 

Tags: ,

Teresek Jantung Pisang


01 Dec 2011

Ingat tak hari tu dalam MasterChef Malaysia ada jantung pisang, ada umbut ada rebung? Dalam 3 bahan tukan, I paling suka umbut kelapa dan jantung pisang. Kalau umbut kelapa, time kenduri kahwin orang buat masak dalam gulai kawah. perghh sedap giler. Sapa yang pernah makan memang tau la rasa macam mana. Kecik-kecik dulu pernah ga makan umbut kelapa kosong cam tu..sedap gak rasa refresh and lemak sikit. Jantung pisang pulak… sedap nya. Kalau my mum, jantung pisang selalu dia buat gulai darat tak pun teresek. Teresek ni selalunya time kenduri orang buat. I told Kheirul, masa our wedding kat rumah dia, one of the menu ada teresek jantung. Ingatkan dia dah lupa rupanya masih ingat.

Ni MasterChef Malaysia punya pasal ni, dah terliur tengok jantung pisang. Yang dorang masak hari tak tahulah sedap ke tak but umbut tu memang menarik. ANW, yang teresek nikan, a day before nak buat I called my mom dulu tanya macam mana nak masak.Sebab ingat-ingat lupa. Selain jantung pisang you all boleh guna batang keladi,cendawan sisir,kacang panjang n sayur lain I tak tahu la plak. Dulu-dulu dalam teresek orang ada letak tali perut ayam, tapi kenalah cuci dulu, hati ayam, pedal, kaki and segala keropeh ayam. Tapi yang ni I takdelah letak tali perut ayam. Mana nak cari.

Berikut adalah resepi teresek jantung

INGREDIENT

  • 1 jantung pisang – kupas buang yang kelopak merah, hiris sederhana cuci dan ramas dengan air garam
  • 1 mangkuk  keropeh ayam (kaki ayam, tengkok, tulang belakang)
  • sedikit hati dan pedal ayam
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu biji ketumbar yang telah disagai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula/nisan
METHOD
  • Kisar bawang, cili,halia, lengkuas, kunyit dan biji ketumbar
  • masukkan dalam kuali bersama dengan ayam
  • masak hingga kering dan masukkan hati ayam dan jantung pisang
  • kacau rata dan masukkan santan dan asam keping
  • bila dah mendidih masukkan kerisek dan kacau
  • rasakan dengan garam dan gula
  • bolehlah tutup api bila jantung pisang dan empuk to your liking
Selamat mencuba. Sedap ni kalau makan dengan nasi panas, pastu ada ikan goreng kena pulak dengan sambal belacan. pening kepala makan sebab sedap sangat. Rasa teresek ni mesti pedas dengan rasa sedikit ketumbar, lemak sedikit masam dan manis.Oh ya I tak letak pun hati ayam sebab hati ayam habis.
 

Tags: ,

Juadah Ramadhan Ke-3


04 Aug 2011

Alhamdulillah dah 3 hari puasa.   For kids dah 3 hari puasa sekerat hari.  Takpe slowly. And for me, semalam rasa mcm lembik giler. Maybe sahur makan sikit kot. So tadi sahur dua kali. Pukul 11 makan nasi and pukul 5 bangun minum air 3 gelas pastu makan kurma.Yang kelakar bangn sahur tadi boleh lupa kejut bebudak.Marah Ashraff.

Oh ya semalam masak sempoi je. I buat sotong rebus, Ikan bakar dan sayur goreng. pastu Kheirul balik buat telur bungkus bake bean, bebudak suka sangat. Selain tu ada buah mata kucing, I kopek sesiap pastu chill dan tak lupa keropok goreng. Everyone’s favorite inc Rayyan. Hari-hari kena goreng.

Ni rupa ikan bakar dia. I pakai rencah yang my SIL kasik hari tuh. Dia beli masa balikMuar sedap dan pedas. Kali ikan bakar ,I buat ikan bakar bungkus dalam daun kunyit. Bau dan rasa dia sedap. :)

Untuk Resepi, sila click kat bawah

Resepi untuk sotong rebus

Resepi Cencaru Sumbat

Hari ni tak tau nak masak apa plak…

 

 

Tags: , , ,