RSS
 

Archive for the ‘Pudding & Dessert’ Category

Tiramisu In Glass


23 Jan 2013

DSC_5290

First time ni buat tiramisu. Buat ni pun sebab untuk celebrate birthday suami yang tercinta. heheheh. Sekali lagi.. Hippy Birthday Suami…Sorry lah takde hadiah pun. Isteri takde duit la. Isteri hanya mampu buat kek dan dinner je. Since tengah hari lagi I dah start buat tiramisu ni. Resepi kastard dia I guna dari  Joy Of Baking. Dan untuk base I guna cake biasa celup dalam nescafe. Tak guna pun crisp ladyfingers tu. mana mau cari. malas nak keluar dengan Rayyan pastu balik pastu keluar balik. Siap masak kastad, kasi sejuk then baru assemble. Masa buat kastad…umm sedap baunya. FYI… kat resepi tu cakap guna RUM tapi I tak guna sbb haram…tukan alcohol. I baca …Rum tu boleh ganti dengan jus apple atau nenas. I tak guna pun. mula-mula ingat nak letak rootbeer je dalam kastad tu hahaha… suka hati je kan.

Sapa kata buat tiramisu susah? senang je rupanya. Lepas assemble, simpan dalam fridge untuk 3-4 jam. Bila nak hidang ayakkan serbuk koko atas dia pastu boleh lah santap. Afriena makan banyak la.  Biasalah perempuan… mesti suka dessert kan.

Resepi Tiramisu cara saya

Cream Filling:

1 cawan susu – bahagi 2

1/2 cawan gula (saya kurangkan lagi dalam 2 sudu)

2 sudu tepung gandum

3 biji telur kuning

1 sk esen vanilla

2 sudu butter

150g cream cheese – mascaporne takde dlm peti sejuk

Base 

sponge cake

Coffee Soaking Syrup:

1 1/2 cawan nescafe pekat

Topping:

Cocoa Powder for Garnishing

 

Cara buat kastad

masukkan separuh susu dan gula dalam periuk, kacau dgn api kecil.kacau sampai nak nampak mendidih tapi bukan mendidih. Sementara tu pukul telur  dgn susu, gula dan tepung dalam bekas yang lain . Bila susu nak mendidih.tuang kan susu tersebut kedalam mangkuk yang berisi campuran telur dan kacau hingga sebati. Lepas tuanglah campuran tadi dalam periuk dan kacau hingga pekat. Bila dah pekat dan takde ketulan, tutup api dan masukkan esen vanilla dan butter.  tutup kastad dengan plastik wrap dan simpan sejuk selama 2 jam atau lebih.

Bila kastad dah sejuk, keluarkan dari peti sejuk. Dalam mangkuk lain kacau keju krim hingga lembut dan sebati, lepas tu baru masukkan castad tadi dan kacau sebati

To Assemble

kacau kopi dengan air panas. rendam sponge cake dalam air kopi lepas tu transfer dalam gelas comel-comel. pastu isikan kastad. buatlah berapa lapis yang anda suka. bila dah selesai kerja assemble, simpan tiramisu dalam peti ais. Bila nak makan ayakkan serbuk koko. kalau ada buah berry boleh la letak.

Sekian sahaja resepi saya..anak dah nangis. Memang dia takleh tengok mama dia dok ngadap PC.

 

 

Tags:

Resepi Onde-onde – projek Ashraff dan Afriena


25 Jul 2012

First time rasanya buat onde-onde, selalu kalau nak makan tunggu balik kampung je tak pun beli. Tapi bila beli most of the time , mesti ada yang tak kena. Gula melaka sikit, kelapa dah masam, or just hampas kelapa. Kali ni buat sendiri. Ajak Ashraff and Afriena join sekali. Suka la dorang kalau dapat buat kuih. BUat sikit je, secawn tepung pulut. Kelapa plak, Kheirul pi cari kat pasar. Tak berapa muda but oklah…

Nak buat ni senang je, uli tepung pulut dengan air. Untuk colouring, I tumbuk (tumbuk you) daun pandan, pastu campur air sikit + sikit pewarna hijau then uli lah samapai sebati. Nak tahu camner dah sebati, bila kita uli, tepung tak lekat tangan atau bekas. lebihkan sikit air, supaya dough tak keras and bila dah masak, onde-onde tak keras. Dia akan lembut kenyal. Gula melaka plak, I pakai yang MIL bawak khas dari kelantan. Wangi gula melaka dia. Time nak rebus, I rebus air dia dengan daun pandan supaya, onde-onde tu bau wangi. Tapi sebelum merebus tu sediakan kelapa parut dulu. Gaul kelapa parut dengan garam, pastu kukus kejap, supaya nanti kelapa tu tak cepat masam,

Rebus onde-onde tu sampai masak. Nak tau macam mana dia dah masak? Bila kuih tu dah timbul… tapi jangan angkat terus tunggu 2-3 minit, kasi gula hancur. so bila kita gigit.. piungggg gula tersembur kat orang depan kita…. Angkat panas-panas letak atas kelapa golek-golek kan dia, jangan sentuh pakai tangan, guna sudu (takut cepat masam) then transfer ke pinggan lain.

Bila dah dibantu ni, cepat kerja tapi macam-macam bentuk onde-onde I dapat sampaikan Rayyan pun merajuk sebab dia takleh join.Bangga Ashraff and Afriena dapat makan kuih yang dorang buat.Since ni buat masa puasa ke dua, Hari ketiga dorang suruh buat lagi :)

 

Tags:

Bubur Durian


06 Jan 2012

sekarangkan  musim durian…so mata dan hidung serta mulut tak tahn tengok dan bau durian. So kena stop tepi jalan beli  jugak. Balik rumah , bukak durian terus ngap ngap. isi tebal. Separuh lagi buat bubur durian. Makan dengan pulut sedapnya. Nak buat dia senang je, santan, isi durian, cukup manis dia dah siap. My preference mestilah kurang manis . Pekena dengan pulut memang tak pandang dah orang lain. Too bad Afriena n Ashraff tak makan durian. Rayyan je suka. So bubur durian ni only me, Kheirul and Rayyan je yang makan. Lagi dua orang budak just makan pulut kosong je. Lebih pulut tu I pulut tapai.

Esok nak cari durian lagi lah….

Resepi bubur durian

INGREDIENT

  • 5 ulas durian
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 helai daun pandan
  • gula melak / nisan 2 kerek
  • 1/2 sudu kecil garam

METHOD

  • masak santan dengan gula melaka sampai gula dah larut
  • masukkan durian, kacau jangan sampai santan mendidih
  • letak daun pandan dan rasakan dgn garam
  • sedia dihidang. Makan dengan pulut ataupun roti.
 

Tags: , ,

Cekodok pisang


22 Nov 2011

Hi semua !!!!!!!!!!!!!!  selamat pagi… sebelum ke cerita hari ini, Sawanila.com nak cakap tahniah kat team harimau muda sbb main bola dengan bersungguh dan menang. Semangat juang yang pernah pudar. Kat rumah ni kalau tengok bola.. mesti bising. hahah semangat gitu. Rayyan pun sama, mesti pekik goal sekali. Kat my area masa Malaysia menang siap ada pasang buanga api tu . hahaha tengok bola semalam sampai lupa nak tengok Masterchef Malaysia. Tell ya… MCM lately macam mengecewakan. Tema belacan pun failed. Ke saja lakonan? rugilah dik ooi kalau tak reti guna belacan dalam masakan. Kebanyakan masakan malaysia pakai belacan. Bukan sambal belacan je.

Anyway semalam breakfast I buat cekodok pisang. Wahh buat banyak gak and habis. Semua suka makan cekodok pisang. Me off course dari kecik suka cekodok pisang. Now kesukaan kat cekodok pisang telah diturunkan kepada anak-anak. Semua suka makan. Let me share resepi cekodok pisang yang simple ni.

Resepi cekodok pisang

INGREDIENT

  • 3 biji pisang berangan -dilecek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp yis
  • 3 tbs gula
  • 1/2 cawan air
METHOD
  • campurkan semua bahan kecuali air
  • gaulkan sebati dan tambahkan sedikit air
  • rehatkan selama 15 minit
  • sedia digoreng
Kalau you all nak letak kelapa muda pun boleh. my mom dulu selalu letak kelapa. rasa dia lagi sedap dan lemak. Adunan ni boleh  juga buat lempeng pisang. Kalau tak nak guna gula biasa pun boleh ganti dengan gula melaka. lAgi sedap sebab bau dia wangi.
 

Tags:

Cabaran Masterchef : Pulut Mangga


27 Oct 2011

Semalam tengok masterchef nampak ada peningkatan, sebab judge pun dah tak baca buku sastera.  hehehhe semalam cabaran kotak misteri ada pulutkan. Haih kena sangatlah buat pulut mangga kan. Pulut mangga ni kalau nak sedap, satunya, santan dia kena lemak , pulut mesti lemak sesikit and mangga kena manis ting ting ting.

Dek kerana rindu dengan pulut mangga kat Siam tu kan (bila la nak ke Siam lagi ni) , I buat pulut mangga sendiri. tanak pulut tapi tak letak santan sebab, baki pulut tu nak buat tapai. Beli mangga kat pasar malam, masak santan pekat layan makan malam sambil tengok Masterchef. Sedap.

INGREDIENT

  • Pulut yang ditanak dengan sedikit santan, garam dan gula
  • Santan dimasak dengan sedikit garam sampai pekat
  • Mangga manis -di potong

METHOD

  • hidangkan bersama seperti diatas
  • tabur sedikit gula melaka

Dah siap, most simple dessert. Cubalah…

 

Tags: ,