RSS
 

Archive for the ‘Pasta & Noodle’ Category

Bubur Nasi , resepi dari Bobby Chinn


26 Jan 2011

Lately, I suka sangat baca buku resepi Bobby Chinn. Dapat free hari tuh. Wild Wild East. Banyak resepi dalam ni. Most of them are healthy recipe.So last friday, I buatlah bubur nasi ayam. Mesti you all cakap, alahai buat bubur nasi pun nak ikut resepi ke? Heheheh sometimes, cara memasak boleh buat rasa masakan lagi sedap.

Resepi dia – sorryla amik gambar pakai henpon dihari yang mendung

So I follow some of his recipe… I tak masukkan fish sauce and salt je sebab, selain kiterang 4 orang yang makan, baby pun share the same menu. Lagipun kiterang ada telur asin so garam tak payahlah kan. I tambah dau ketumbar dalam bubur nasi dia. SO rasa dia sangatlah sedap takdelah hambar.

Semalam I test resepi lain plak… Steam fish. Nanti I sharekan resepi dia. Tapi I tak ikut 100% sebab I olah lain sikit. Ikut tekak melayu kite la. BTW for those yang berminat nak buku dia free, boleh check out sini. Buku resepi dia tak boring sebab dia banyak bercerita. :)

 

Tags:

Kid’s Menu: Fried Rice


28 Oct 2010

Since dah jadi SAHM nikan kenalah creative bab masak esp for my kids yang sangat cerewet pasal makan. Dorang tak suka makan nasi dengan lauk-pauk tapi kalau nasi goreng dorang suka lah.

ni pinggan Afriena

I nak sharelah resepi nasi goreng simple for kids. Orang tua pun boleh. Semua lauk pauk I potong kecik sebab senang untuk dorang telan dan ini adalah cara terbaik untuk elakkan dari tercekik. Disamping itu, good for kids yang kononnya vegetarian like Afriena . And for vegie I pakai mix frozen senang untuk kids yang choosy bab sayur macam Ashraff.

INGREDIENTS

  • 2 cawan nasi (I pakai leftover and beras wangi)
  • 2 batang hotdog – potong dadu
  • satu ketul ayam drumstick – potong kecik /minced
  • sebijik telur – pukul dengan lada putih
  • 1 biji bawang putih – minced
  • 1 cawan sayur campur – celur dalam air panas kejap so color dia nampak lawa
  • sedikit minyak
  • garam dan lada hitam

METHOD

  • panaskan minyak, masukkan bawang putih, goreng hingga layu
  • masukkan daging ayam yang dicincang, kacau hingga masak
  • lepas tu, masukkan hot dog, kacau hingga masak
  • Bila hotdog nampak dah masak, masukkan sayur dan kacau
  • masukkan nasi, kacau sebati
  • buat lubang kat tengah nasi, then masukkan telur, pastu tutup  telur dengan nasi
  • Dengan api yang kecil, rasakan nasi dengan garam dan lada hitam
  • lepas tu kacau sebati telur dan nasi
  • siap untuk dihidangkan.

Kalau masak macam ni memang habis dorang makan.

Ni pinggan Ashraff. kena tunjuk kalau tak dia merajuk. :)

 

Tags:

Resepi: Laksa Nyonya


01 Sep 2010

Last Saturday, Kheirul  request nak makan Mi Kari. Siap request nak mi kari macam kat Lot 10. Demand tak? So puas lah dok kena ingat mana nak cari resepi sebab I ingat lagi mi kari dia tak masak pakai rempah kari. So searchlah kat internet cari resepi tapi most of the recipe letak rempah kari. So I follow some resepi tapi tak letak kari. Nak rasa kari dia, I buatlah kari ayam kering tanpa santan as a garnishing. Makan plak dengan sambal tumis dan bahan lain dan jangan lupa daun pudina memang sedap. Kuah dia tak pedas langsung sebab nanti nak mkn dengan sambal tumis dia, so budak-budak pun boleh makan. Bila tengok gambar ni, rasa nak buat lagi tapi dah plan dah raya ni, insya’ allah I masak Laksa kari. Kena masak 1 periuk besar nih…….

INGREDIENT

  • 1Paket Loh See Fun – boleh pakai Mi kuning, mihun atau laksa – celur sekejap
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 4 inci lengkuas kisar
  • 1 mangkuk udang kering – dikisar
  • 3 batang serai – 2 btg kisar, 1 btg ketuk
  • 2 sudu cili kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 2 biji bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 1 1/2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 1 bunga kantan
  • garam dan gula secukupnya
  • Tauhu puk
  • 20 biji fish ball
  • 250g kerang rebus

Garnishing

  • 250g udang – di selur
  • 500g kerang – di rebus ambil isi
  • daun pudina
  • kacang panjang, sawi dan tauge – di celur
  • kari ayam kering
  • sambal tumis kosong

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumis bahan kisar bersama serai yag diketuk sehingga pecah minyak
  • Bila pecah minyak, masukkan santan, air
  • Kacau hingga mendidih
  • bila mendidih, masukkan bunga kantan, asam keping garam dan gula
  • kemudian masukkan fishball dan kerang
  • Bila fishball dah masak, masukkan tau puk dan matikan api
  • Hidangkan dengan mi kegemaran bersama sayur, daun pudina.
  • Lebih sedap jika makan dengan kari ayam yang dimasak kering dan juga sambal tumis kosong

Selamat Mencuba

 

Resepi: Baked Pasta


20 Aug 2010

INGREDIENTS

  • 1/2 paket farfalle / Makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • cendawan butang -dihiris
  • 1/2 btg carrot – dadu
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada putih

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar, carrot dan cendawan
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar ,rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih, pasta, meat sauce,pasta, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan. Boleh aplikasi pasa lasagna, makaroni dan lain-lain pasta. Farfalle bentuk dia adalah seperti bow tie.

 

Tags:

Resepi: Mihun sup daging


18 Aug 2010

INGREDIENT

INGREDIENTS

  • Mee hun- blanched
  • 300g of meat
  • 1 thumb size of ginger – knocked
  • 1 tsp of black paper – pounded
  • 1 sup bunjut
  • 3 pcs of cadammon
  • 2 anise star
  • 1 stick of cinnamon
  • 2 clove of garlic and 5 shallot – pound to make paste
  • salt and white pepper for taste
  • for garnishing, fried shallots, chinese parsley and onion spring

METHOD

  • boil the meat till tender
  • in another pan, heat some oil, then fry cinnamon,anise star, cadammon then follow by onion+garlic+black pepper.
  • once brown, pour the (including the oil) to your boiling pot together with sup bunjut.
  • simmer for 30 mins.
  • ready to serve mee hoon and bergedil
  • garnish with fried shallots, chinese parsley and onion spring.
  • squezze lime on it to add more kick and if you like it hot, have some cili padi in it
 

Tags: , ,