RSS
 

Archive for the ‘Fish & Seafood’ Category

Resepi: Ikan Merah Tauchu


07 Mar 2011

Dah lama rasanya tak makan ikan masak taucu. Last rasanya masa duduk kat Singapore meaning after SPM la kot. Duduk with my auntie. After SPM I duduk sana and kerja. My mom pun jarang masak ikan masak taucu sebab my abah tak berapa suka. Bila tengok kat twitter ada orang masak ikan masak taucu, dok terbayang 2-3 jam. Tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So petang u pergi cari taucu and balik rumah terus masak. Since kat dalam fridge ada stok ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye

INGREDIENT

  • 3 keping ikan merah – di goreng
  • 2 sudu taucu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar sila tumbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar – hiris besar
  • 1 bawang putih – hiris
  • 1 inci hali muda – hiris
  • 1 biji lada hijau – di hiris (tapi I pakai cili padi letak sebiji – biji baru syedap)
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bawang dan halia
  • bila bawang layu, masukkan taucu dan kacau
  • Masukkan air, kacau hingga mendidih
  • Masukkan ikan dan cili
  • Gaul sebati, rasakan dengan sedikit gula.
  • Sedia untuk dihidang

Kalau masak taucu, tak payah pakai garam sebab dah masin. Just balancekan dengan sedikit gula. Kaau nak letak timun pun ok sedap gak. Semalam pun masak ikan masak taucu lagi.. ngeh ngeh

 

Tags: ,

Ikan Cencaru Sumbat


23 Feb 2011

Hari ni kita resepi pulak ye ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Mudah , senang dann sedap. Resepi ni, I dapat from MIL. Hihi, hari tu balik kampung dia masak, I pun ngendeng-ngendeng tanya macam mana nak masak. So dia cakaplah macam mana…Since we all ni suka sangat makan ikan kan, macam-macam caralah kena belajar untuk menikmati ikan.

Resepi dia adalah seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 ekor Ikan cencaru , bersihkan belah belakang tapi jgn tembus
  • semangkuk kelapa, goreng tanpa minyak tapi jangan gelap
  • 2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 ulas bawang putih -tumbuk
  • 4 biji bawang merah – hiris halus
  • 1 sudu cili giling
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur

METHOD

  • campurkan semua bahan kecuali ikan
  • bahan campuran tuh sumbatkan dalam ikan
  • Bakar ikan sehingga masuk, jangan overcook nanti tak moist

Selamat mencuba. I made 2 version swith/without chili takut bebudak nak makan. tapi dorang tak makan pun, dorang makan sup sayur jer. Rasa dia sedap sebab ada rasa serai. Kalau tak nak letak telur pun takpe, tapi kenalah letak air sikit dalam kelapa tuh.

Sekian

 

Tags:

The Reunion Dinner


27 Jan 2011

Brokoli and  Carrot steamed with oyster sauce + egg tofu

Next week dah nak CNY dah. Maybe some of my chinese friends dah ready nak for their reunion dinner kan. So as my family member kot. My brother who is married to Chinese wife pun mesti ada reunion dinner. Mungkin makan luar kot. For those yang masak maybe dok cari idea nak masak apakan. Hari tu I ada masak simple sayur tapi healthy sebab less oil . For those yang nak jaga badan pun ok kalau nak try this recipe.

INGREDIENT

  • 1 jambak brokoli – potong
  • 1 carrot – potong panjang
  • daging yang dah direbus
  • egg tofu – goreng atau steam
  • 1 tsp bawang putih cincang
  • 1 tsp minyak masak
  • 2 sudu oyster sauce + 1/2 sawan stol daging atau air

METHOD

  • panaskan minyak, tumis bawang putih
  • masukkan daging, goreng sekejap
  • lepas tu masukkan sauce, then kacau hingga mendidih
  • tuang atas sayur yang telah dikukus

Yang kat bawah ni ikan pulak, I masak ikut style Bobby Chinn from his Wild Wild East book.Sebelum masak ikan tu I cuci and rendam sekejap dengan asam limau nipis sebab nak hilangkan hanyir. Sebab bawal mas ni selalubau hanyir kuat sikit dari baal putih, tapi rasa dia sedap.Lepas cuci , I perap dengan garam for 30 minits, patu cuci balik. Ni sebab dia, bila masak ikan tu punya texture nampak firm.

Steamed Fish

Resepi: Ikan Bawal Emas kukus

INGREDIENT

  • Ikan bawal/siakap/kerapu
  • halia 3 inci – hiris nipis
  • sepokok daun ketumbar
  • sepokok daun sup
  • sepokok daun bawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 sudu kicap cair (I pakai kicap  Yuen Chun)
  • 1 sudu kecil kicap pekat (kicap cap kipas udang)
  • 1 tsp gula
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 tsp minyak masak

METHOD

  • sediakan kukusan
  • aturkan 1/2 halia atas mangkukk, letak ikan lepas tu aturkan halia atas ikan pulak
  • letak segala jenis daun atas ikan dan juga kayu manis
  • kukus selama 15 minit
  • dalam masa tu, sediakan kuah kukusan, campurkan  semua kicap dengan gula, kacau
  • panaskan minyak, goreng bawang putih hingga garing
  • bila garing masukkan kuah kicap, sikit air ( dlm 1/2 cawan)
  • lepas tu curah keatsa ikan.
  • Biar ikan dalam kukusan selama 5 minit, sedia untuk dihidangkan

Kalau you all nak tambah cendawan pun boleh tapi sbb Kheirul alergi dengan mushroom, so I tak letak. Nak pedas, tambah cili..We prefer light taste kalau ikan steam.

Selamat mencuba :)

 

Tags:

Resepi: Sambal Udang versi sawanila


25 Aug 2010

INGREDIENT

  • Udang 10 ekor
  • Bawang besar 1 labu
  • bawang putih 2 biji
  • 4 sudu cili kisar
  • sedikit belacan -2 inci
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu gula
  • garamg secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

METHOD

  • Kisar cili, bawang dan belacan
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing
  • masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • Masukkan udang, kacau rata
  • Bila udang separuh masak, masukkan sedikit air
  • Biar udang masak dan sambal pekat sedikit
  • Matikan api dan sedia dihidangkan

Note: I tak pakai air asam jawa, pakai sos tomato lagi sedap. Sos tiram macam menaikkan lagi rasa udang. Selamat mencuba

 

Tags:

Resepi Asam Pedas Pari


11 Aug 2010

Hari tu ada masak asam pedas ikan pari. Masak hari ahad malam untuk dinner. Bukan tak biasa masak asam pedas ikan pari tapi kali ni resepi lain sikit. Alkisaahnye, resepi sama tapi nak dijadikan citer, I mintak tolong si suami pergi beli cili, sepatutnya i kenalah cakap tolong beli cili kering tapi tak cakap sebab dalam hati dah set ” arghtakkan tak tahu, masak asam pedas mesti pakai cili kering” sekalu dia balik, dia beli cili hidup. nasib baik bukan cili padi kalau tak semua kena buasir… so , malas nak turun balik I masak je asam pedas pakai cili besar hidup. Rupanya, pakai cili hidup lagi sedap …. So apa lagi I pun sharekanlah resepi asam pedas

INGREDIENT

  • Ikan pari size M, potong 4 then rendam dengan air asam jawa, garam and asam limau
  • cili merah 6 biji
  • bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji
  • bawang putih 2 ulas
  • belacan sebesar ibu jari
  • serbuk kunyit satu sudu
  • lengkuas 2 inci – ketuk
  • serai 2 batang – ketuk
  • air asam jawa – semangkuk kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • segemnggam daun kesum
  • bendi atau terung
  • garam dan gula secukup rasa

METHOD

  • kisar cili, bawang dan belacan
  • panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
  • kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
  • bila tumisan nampak garing, nasukkan air asam jawa
  • kacau seketika, tunggu hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan, ikan pari
  • Bila ikan pari agak nak masak, rasakan dengan garam dan gula
  • lepas tu masukkan kan sayur bendi atau terung
 

Tags: ,