RSS
 

Archive for the ‘Fish & Seafood’ Category

Kari Telur Ikan


05 Apr 2012

Ni semua penangan makan nasi kandar kat Penang hari tu la ni, terus hooked dengan telur ikan ni. Telur ikan ni beli kat Tesco, last Saturday keluar pergi Tesco pepagi, sbb kalau pepagi barang still fresh kan. So amik barang-barang kering dulu baru ke barang basah. Tengah dok nengok ikan-ikan, sekali pekerja Tesco letak telur ikan, Tak sampai 60 saat, terus Kheirul sambar. Amik timbang then dia cakap kang lunch masak telur ikan ok.

Bini dia ok je, balik rumah, while he kemas all barang, siang ikan ayam semua, I masak. Buat kari. Pakai rencah kari ikan je. Dia siap kemas, I siap masak. BEbudak buat ayam kicap. Masak kari ikan mesti letak bendi bebanyak baru syok. Pastu bendi tu mesti crunchy lagi. kan kan. I macam biasa kalau makan nasi kuah kari mesti banjir punya.

Ok lah meh kita tengok resepi dia ye

INGREDIENT

  • Telur Ikan dari 1 ekor ikan merah
  • 1 camca cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 6 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 camca teh halba campur
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupya
  • Garam dan gula secukup rasa

METHOD

  1. campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili kisar, kalau pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari dan halba campur dan kacau hingga naik bau
  3. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan pecah minyak
  4. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  5. Masukkan telur ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
  6. Nampak telur tu dah masak, masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biar masak sekejap.
  7. Barulah masukkan bendi, rasakan garam dan gula dan bolehlah tutup api.
  8. Biarkan bendi masak sendiri dengan kuah panas baru sedap

 

 

Tags: ,

Buat fishball sendiri


13 Feb 2012

You all pernah buat fishball sendiri? Dulu I rajin la buat masa Ashraff n Afriena kecik-kecik dulu, maklumlah Maid jaga anak, so I kena make sure semua makanan adalah selamat untuk di makan, Dulu masa ada maid, penat sama je dengan takde maid, pagi dah bangun sebab nak masak lunch untuk budak  2 orang tu sebab I tak percaya maid masak  untuk anak-anak. Every morning mesti masak, Buat sup telur, sup sayur, mihun sup dan macam-macam sup lagi. One of their favourite adalah fishball soup. Fishball buat sendiri. senang je.

I buat fish letak sayur siap-siap, so dorang nanti kunyah dan telan je. Untuk bebudak yang tak makan sayur boleh lah campur sayur siap-siap plus bila dah buat macam ni, nampak lagi menarik. Buat fish ball soup pastu makan dengan alphabet pasta tak pun dengan mihun.

Resepi fishball

  • 1/2 mangkuk kecil isi ikan tenggiri
  • 2 sudu tepung kanji
  • carrot, daun bawang, daun sup
  • salt and white pepper to taste

METHOD

  • gaul semua bahan
  • bulatkan doh mengikut saiz kesukaan anda
  • rebus dalam mendidih sehinggan dia timbul. makna nya masaklah tu

Untuk lebih rasa , masa rebus tu, dalam air rebusan boleh letak, sikit daun bawang, bawang putih. Air rebusan juga boleh di buat sup, just tambah garam dan lada putih je.

Selamat mencuba

 

Tags: ,

Bawal Masak Tiga Rasa


03 Feb 2012

Hari-hari masak kekadang rasa bosan jugak nak nak kalau dalam fridge tengok benda sama je. Bebudak plak memilih, sorang nak makan tu sorang nak makan ni. Bosan…. Last Rabu, nak masak jengok apa dalam fridge, ada ikan ayam and udang. So decided to masak Ikan bawal. Kalau ikan bawal takde benda lain mesti sweet sour but this time I buat 3 rasa. 3 rasa la kot sebab, ada rasa pedas, masam dan manis. Actually I ada resepi lain lagi untuk bawal, Ikan bawal masak masam manis dgn strawberry, boleh gak you all nak try. Masak ikan 3 rasa ni cuma kami bertiga je mkn, Ashraff n Afriena tak nak makan. Leceh betul.

ANW resepi Ikan Bawal masak 3 rasa

INGREDIENT

  • Ikan bawal – sapu kunyit  garam dan sikit tepung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 senduk sos tomato
  • 1 senduk sos cili
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 labu bawang  besar-potong bulat
  • 2 biji bawang putih cincang
  • 1 biji tomato dadu
  • 1 mangkuk kecil nenas – dadu
  • sikit air

METHOD

  • Panaskan minyak untuk goreng ikan
  • Goreng ikan sampai garing
  • kurangkan sikit minyak, tumis cili dan bawang putih sampai naik minyak
  • masukkan bawang,tomato dan nenas, kacau sampai layu
  • masukkan semua sos, kacau
  • masukkan sikit air, kacau sampai kuah pekat
  • bila dah pekat tutup api, dan jirus atas ikan
 

Tags: ,

Black Pepper Crab!!!


16 Nov 2011

Sebelum bercerita pasal ketam oh ketam, nak komen sikit pasal Masterchef semalam. Makin lama makin tak best plak tengok.Kalau you all perasan, cara pemfokusan dia more to drama and action, bukan fokus pada makanan. Buat macam lebih boring. beza dengan Masterchef US, dia selit drama tapi masih kekalkan pada yang sepatutnya. Nampak dah best dah Masterchef Malaysia, tapi tu lah banyak potong stim la. Macam semalam punya task, rasanya cara plan menu tu, macam tak kena je…asam pedas ikan salmon served with pasta…cam mana ek rasa dia. Dorang ni macam nak impress orang dengan keunikan bukan nak impress dengan rasa. Just my 2 cents komen je lah…

ok back to ketam… ni semua sebab Masterchef Aussie lah ni, ada ketam  terus petang tu pergi cari ketam.Ada jual tepi jalan. So beli sekilo. Balik rumah cam biasa… mandikan ketam tu dulu ..errr I mean cuci dia sambil matilemaskan dia.

Lepas dah mandi cuci… bedakkan dia dengan tepung jagung sebab kali nak deep fry .

Goreng ketam atau any seafood jangan lama… just 3-4 minutes atau lebih tepat bila dah bertukar warna. terus angkat. Masa goreng ni… perghhh bau dia terangkat. sedapnya.

Angkat dan toskan dia…

Pastu masak dalam kuah lada hitam. Nak resepi dia? sila rujuk di bawah

INGREDIENT

  • Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
  • 1 genggam biji lada hitam -tumbuk
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 biji bawang putih – potong halus
  • halia sebesar ibu jari – mayang halus
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
METHOD
  • Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
  • Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
  • Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
  • Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
  • Kacau dan masukkan sedikit air
  • rasakan garam dan gula
  • bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
  • Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
  • Bila dah masak, tutup api  . Taburkan daun ketumbar.
  • Sedia dihidangkan

Inilah rupa ketam masak lada hitam. Sedap. Rasa ketam yang manis kena dengan kuah lada hitam. Sedap makan dengan nasi atau roti. Kheirul cakap, boleh buat bisnes nih. hahahah…Oh ya kalau nak rasa lebih lemak boleh letak sedikit cream atau susu.

 

Tags: ,

Resepi Nasi Goreng Ketam


09 Aug 2011

INGREDIENTS

  • 2 cawan nasi (I pakai leftover and beras wangi)
  • 2 batang hotdog – potong dadu
  • satu ketul dada ayam – potong kecil
  • 6 ketul ketam fillet
  • sebijik telur – pukul dengan lada putih
  • 1 biji bawang putih – minced
  • 1 cawan sayur campur – celur dalam air panas kejap so color dia nampak lawa
  • sedikit minyak
  • garam dan lada hitam

METHOD

  • panaskan minyak, goreng telur -kacau dengan hujung suding dengan laju untuk mendapatkan tekxtus macam benang
  • bila telur masak angkat
  • panaskan minyak, masukkan bawang putih, goreng hingga layu
  • masukkan daging ayam yang dicincang, kacau hingga masak
  • lepas tu, masukkan ketam fillet, kacau hingga masak
  • Bila ketam fillet nampak dah masak, masukkan sayur dan kacau
  • masukkan nasi, kacau sebati
  • masukkan telur yang telar digoreng
  • Dengan api yang kecil, rasakan nasi dengan garam dan lada hitam
  • lepas tu kacau sebati telur dan nasi
  • siap untuk dihidangkan.

NOTE: HIdangan yang lengkap untuk anak-anak esp untuk yang tak suka makan sayur.

 

Tags: , ,