RSS
 

Archive for the ‘Kelas Foto’ Category

Kursus Asas DSLR dan Asas Suntingan


19 Nov 2010

Buat kali Ke-2, Sawanila.com dengan kerjasama MyIris Creations menganjurkan Kursus Asas Photografi DSLR dan Kursus Asas Suntingan. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi pegawai penganjuran:

Kursus Asas Photografi DSLR & Kursus Asas Suntingan
Tempat : Motel Bukit Serindit, Melaka
Tarikh: 27 & 28 Nov 2010

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubingi:

Yusmadi – 0196096094

Http://www.myiriscreations.com

 

Kesalahan Semasa Mengedit Gambar


18 Nov 2010

Sekarang ini ramai orang suka main ngan Photoshop dan buat photo editing. Ada kalanya kita membuat kesilapan semasa mengedit gambar tanpa menyedarinya. Cantik atau lawa sesuatu gambar itu adalah sangat subjektif dimana ada orang mengatakan ianya cantik dan ada pula yang mengatakannya buruk. Baik buruk satu-satu gambar itu bergantung kepada nilaian individu yang menilaikannya.

Saya juga pernah diajukan dengan soalan yang agak sensitif dimana ada orang bertanya untuk menilai/mengkritik hasil suntingan/editing sesuatu gambar dan apabila secara jujur saya mengatakan cara editing itu tidak kena pada gambar.

Oleh itu, secara amnya saya senaraikan kesilapan-kesilapan yang biasa kita lakukan semasa mengedit gambar:

1. Resize

Saiz gambar bergantung kepada keadaan dan penggunaan gambar itu. Gambar untuk cetakkan(printing) mesti besar dan beresolusi tinggi manakala gambar untuk paparan komputer seperti gambar untuk blog mestilah menepati saiz skin. Biasanya gambar untuk blog bersaiz diantara 400-1000pixel…..

Kesalahan biasa adalah panjang dan lebar gambar terlalu kecil.  Berpinor mata nak tengok gambor yang kecil itu. Manakala saiz gambar yang terlalu besar untuk blog pula akan menyebabkan gambar itu lambat untuk load dan membazirkan bandwidth…

2. Aspect Ratio

Tidak mengekalkan aspect ratio. Gambar akan menjadi lonjong,gemuk ataupun kurus.

3. Over Sharpening

jangan sharpenkan gambar sampai jadi tak realistik….

4. Over Do

Terover do nih macam-macam.. over situration lah… over contrast la.. over apa-apalah.. so jangan terover do sampai nampak gambar dah tak jadi gambar

5. Hard Vignette

Vignette yang kasar ataupun terlampau besar juga memburukkan lagi gambar.

Ada banyak lagi kesilapan yang biasa dilakukan tetapi saya cuma sertakan 5 yang biasa aja.. jika ingin bincangkan lagi, topik ini sangat menarik untuk dibincangkan kerana ia suatu yang subjektif dan memerlukan ketelitian.

Sekadar itu sahaja untuk kali ini…. sekian…

 

Tags:

Kelas Foto: Color Tone dan Action Set Adobe Photoshop CS5


13 Aug 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Rasernya dah bertahun tak curahkan ilmu untuk dikongsi bersama. Kali ni saya akan berkongsi satu lagi topik yang sangat hangat diperkatakan sekarang ini yakni cara-cara mengolah tona warna menggunakan action set dalam Adobe Photoshop. Topik ini sangat kontroversi skit (dengan izin) ada dikalangan jurugambar mengenakan bayaran untuk color tone dan cara menggunakannya tetapi kali ini saya akan berkongsi bersama dengan mengenakan bayaran tengok dan baca aja.. dengan kata lain FREE ler weh….

Read the rest of this entry »

 

Tags: , , ,

Kelas Foto: Cara Mudah Untuk Membuat Custom Album


23 May 2010

Semenjak saya buat posting pasal Custom Album hari tu, almost tiap-tiap hari ada orang tanya saya macam mana untuk buat custom macam tu. Ada yang siap suruh saya buat kelas lagi…  Buat masa sekarang ni saya masih lagi belum bersedia untuk kelola kelas editing sebab ilmu editing saya masih lagi ditahap newbie……

Tapi atas permintaan semua, saya kongsi bersama cara bagaimana untuk buat custom album ni. Sebelum saya cerita dengan lebih panjang… baik dulu saya ceritakan apa yang perlu ada sebelum membuat custom album ini.

Read the rest of this entry »

 

Tags: , ,

Malacca Edition with MyIris Creation & Sawanila.com


14 May 2010

Wahai sekelian orang kampung, saya nak buat pengumuman ni.

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MyIris Creations kerana sudi menjemput saya sebagai fasilitator untuk Kursus Asas Fotografi Digital pertama anjuran mereka yang akan dilangsungkan pada 5 dan 6 Jun akan datang bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kepada semua, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, bloggers-bloggers semua dijemput untuk meyertai kursus tersebut. Mungkin ramai diantara kita mempunyai kamera digital DSLR, tetapi masih belum mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan DSLR tersebut, atau mungkin anda mempunyai DSLR tetapi masih belum berpuas hati dengan hasil gambar daripada kamera DSLR tersebut…

Kepada orang jauh dan tidak menetap di Melaka, jangan risau pasal penginapan. Penginapan boleh diatur. So boleh lah bawa satu famili turun bersama dan banyak aktiviti lain seperti aktiviti berkeluarga dan makan malam BBQ.. gerenti sedap!!!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Kursus Asas dari MyIris Creations.

Antara topik-topik yang akan disentuh:

  • Pengenalan Kepada Fotografi
  • Asas Pengendalian Kamera DSLR
  • Lensa
  • Pendedahan (Exposure)
  • Mod-mod Dedahan (Exposure Mode)
  • Depth Of Field Dan Bokeh
  • Suhu Warna (Colour Temperature) dan White Balance
  • Asas Komposisi
  • dan banyak lagi..

PERCUMA

  • Sessi Asas Pencahayaan / CLS (creative lighting system)
  • Phtotoshop templates dan actions sets
  • Nota yang mudah difahami disediakan

Kelengkapan yang perlu dibawa:

  • Kamera DSLR (Sekiranya ada) tidak wajib
  • Flash (sekiranya ada)
  • notebook/laptop (Sekiranya ada)

Kepada yang berminat sila hubingi:

YUSMADI – 0196096094 | Email:myiriscreations@yahoo.com

Asas Fotografi

Bandararaya Melaka

5 -6 June 2010

Yuran : RM250

Dengan Sokongan dari: Kejuma (Kelab Jurufoto Melaka), FT Studio, MyIris Creations & Sawanila.com

sila lawati laman Facebook MyIris Creations untuk keterangan lanjut

psssttt: rugi tak pergi oooo..

 

Tags: