RSS
 

Archive for the ‘Vacations & Outings’ Category

Aktiviti Di Hat Yai


05 Oct 2010

Sampai-sampai jer ke Hat Yai.. kami terus menuju ke Novotel Centara lebih kurang jam 9:45am waktu Malaysia, 8:45am waktu Siam.Oh ya , hah jerrga hotel semalaman murah jer tapi kena buat booking awallah sebab dia selalu ada promotion. Kiterang dapat RM313nett for 2 nights with breakfast. Tapi tak makan pun breakfast sebab nampak bab tergantung kat situ.Yakke

Masuk-masuk jer Yatie pun terus ke check-in counter tapi agak terharu sebab waktu pun belum jam 9 pagi so takbleh nak check-in lagi. Mintak nak early check-in pon tak dapat pasal bilik semua belum ready.

Sementara menunggu tu, bebudak dah start perangai dia dah.. mulalah dua orang tu kacau adik dia.. Dalam kepala dah ingat bilik tidur dah.. nak lelap sekejap, maklum lah dah driving almost 8 jam dan penat pasal tak tido semalam…. tapi terpaksa menunggu sampai jam 12 tgh baru boleh check in…

Sementara menunggu jam 12 tgh tu.. kiorang decide nak pi breakfast jap.. biasalah… first time sampai Hat Yai ni kan.. so selok belok bandar tu tak tahu lagi… then pakai redah ikut kaki jer… redah punye redah sampai kat pasar pagi Hatyai…

Kat Pasar Pagi Hat Yai ni macam kat Malaysia gaks la.. semua benda ada jual… tapi harus diingat… benda yang tak halal pon ada jual so kena jaga tangan bebudak tu takut diorang pegang benda yang tak sepatutnya pegang. At the same time, terdapat juga gerai-gerai muslim… Kebanyakkan orang muslim kat situ boleh berbahasa melayu dengan pelat Kelantan.. so takde masalah sangat dalam berkomunikasi….

Pusing punya pusing satu restoran halal pon tak jumpa… raser penat gaks la dekat setengah jam berjalan kaki dari Pasar Pagi tu hingga ker tah kemana perginya.. then decide nak balik menuju ke hotel aja dan cari 7-Eleven… Alhamdulillah.. on the way balik tu ternampak Restoran Hamid…. huh… lega rasernye.. then kitaorang breakfast kat situ….

Habis breakfast kat Restoran Hamid tu.. terus pi balik ke hotel… tunggu jap… request for early check-in alhamdulillah… Jam 12pm waktu Malaysia.. jam 11 waktu siam… kita orang dapat masuk bilik.. lega rasernya bila dapat early check-in.. kalu tak kene mengunggu lagi sejam…. Tengok tu.. muka Rayyan bila dapat tahu boleh masuk bilik dah….

Bilik kat Novotel Hat Yai nih kira ok lah.. agak luas gaks la. Masuk jer bilik… bebudak terus pi berendam dan mandi.. saya tak ingat menda lain dah dan terus tidor…. Sedar-sedar jer hari dah hampir petang dan Yatie ajak pi keluar jejalan…opps… semua terbongkang actually. bangun jer semua lapar.

First thing bila keluar kat pekan Hat Yai.. nak pi cari tailor.. Pagi tadi masa tgh sesat kat pekan hatyai tu dah aim satu kejai tailor yang boleh tempah seluar dengan cepat so kitaorang pi serang kedai tu… Nanti Yatie akan buat posting pasal express tailor kat Hat Yai ni… Lepas tu kitaorang pi jejalan kat sekitar hotel jer.. tak nak pi jejauh sangat pasal badan masih letih dan penat so lepas makan malam… terus tidor aja…

Hari kedua kat Hat Yai.. kita orang keluar hampir tgh dah… jalan dalam dua tiga langkah.. kasut Afriena plak dah jadi macam lidah boya… tapak tercabut plak dah… so nampak Lee Gardens Plaza (kat depan hotel jer) utk cari kasut Afriena ler…

Kat Lee Garden Plaza ni ada satu kedai kasut.. naik rambang mata kalu tengok kasut kat situ.. semua ada.. dari sekecil-kecil kasut sampai le sebesar-besar kasut ada jual….

Afriena dah paw satu kasut dan satu slipper…  cuma kasut tu dia tak reti lagi pakai kasut tumit tinggi… jalan macam kartun.. sbb tu ler pi beli satu selipar lagi… harga kat kedai tu amat berpatutan… tapi bukan yang branded la.. brand siam laa….

Lepas shopping kat Lee Garden, kitaorang pi lunch kat Restoran Salma plak. Makanan kat situ semuanya sedap-sedap belaka yang paling syok diorang semua boleh bercakap dalam bahasa melayu dengan fasih….

Pada hari ketiga, pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk check-out dan menuju ke destinasi seterusnya yakni Phuket.  Lepas early check-out tepat Jam 8 pagi kami dah berlepas meninggalkan Hat Yai….

Oh ya, citer panas.. masa kat Lee Garden sambil makan ice cream kat Swensons, kiterang nampak sorang artis malaysia kat situ. Tak dapat dipastikan dia lepak dengan bini ke awek ke or else?? Dia dok makan kat McD yang jelas terpampang ada jual pork burger. yakke… Nantilah ye kiterang letak citer tuh..

 

Tags: ,

Explorez le sud de la Thailande


02 Oct 2010

Jelajah Selatan Thailand.

Sinopsis :

  • Kenderaan : Naza Citra 2.0
  • Pit Stop : Kuala Lumpur – Hatyai – Phuket – Alor Setar – Kuala Lumpur
  • Jarak Keseluruhan : 2178km
  • Jangkamasa : 6 hari
    • Hari Pertama (26/9) : Kuala Lumpur – Hatyai
    • Hari Kedua (27/9) : Hatyai
    • Hari Ketiga (28/9) : Hatyai – Phuket
    • Hari Keempat (29/9) : Phuket
    • Hari Kelima (30/9) : Phuket – Alor Setar
    • Hari Keenam (1/10) : Alor Setar – Kuala Lumpur
  • Petrol RON 95 :RM466.00
    • 25-9-2010 : Kuala Lumpur : RM57.00
    • 26-9-2010 : Changloon, Kedah : RM81.00
    • 28-9-2010 : Khao Mai Kaeo, Sikao, Trang : RM84.00 (B31.08/liter = RM3.11/liter)
    • 30-9-2010 : Phuket : RM121.00 (B34.07/liter = RM3.41/liter)
    • 30-9-2010 :  Bang Klam, Songkhla : RM50.00 (B30.95/liter = RM3.10/liter)
    • 01-10-2010 : Alor Setar, Kedah : RM73.00
  • Tol : RM111.70
    • Jln Duta – Juru : RM38.90
    • Sungai Dua – Hutan Kampung : RM11.70
    • Jitra : RM1.40
    • <perjalanan balik>
    • Bukit Kayu Hitam (Imigresen): RM3.50
    • Jitra : RM1.40
    • Hutan Kampung – Alor Setar :RM0.40
    • Alor Setar – Sungai Dua : RM11.40
    • Juru – Damansara : RM43.00
  • Imigresen Thailand : RM25

    • White Card (RM2 x 5) = RM10
    • Passport Pergi (RM1 x 5) = RM5
    • Passport Balik (RM1 x 5) = RM5 (tapi sedekah RM10 pasal takde duit kecil)
  • Insurans Thailand : RM25
  • JUMLAH : RM 627.70

Ini adalah pengalaman kami sekeluarga mengembara ke Selatan Thailand buat kali pertama secara solo dan hanya berbekalkan  kenderaan Naza Citra kami, Garmin GPS dan doa kepada Allah SWT. Disini saya akan cerita pengalaman dalam perjalanan sahaja dan posting lain akan diceritakan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan aktiviti kami disana…..

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Lilian Chan kerana membantu memberi sedikit panduan bagi kami untuk urusan kastam dan imigresen siam.

Read the rest of this entry »

 

Tags: , , ,

Bercanda di Phuket


29 Sep 2010

Semasa dok menaip ni, we all masih lagi kat Phuket. 2 kanak-kanak riang + bayi yang super riang dan peramah sudah tidur. Hari ni penat sebab dari pagi lagi sibuk dengan aktiviti. pagi tadi lepas sembahyang jer, budak-budak dah bangun sebab excited nak pergi pantai.

Dalam pukul 6.45 waktu siam, semua turun ke pantai dengan berbaju tidur sebab nak tengok ikan naik. Lepas main sambil bercanda tepi pantai masuk bilik, breakfast then lepak kejap.

Lepas tuh pakai “bikini” memasing pergi swimming plak. Berejam gak jadi duyung kat situ. Off course bebudak termasuk mak budak sungguh happy. Rayyan pun sama, siap dengan swimming suit lagi.

Lepas bercanda kat pool, kiterang pergi round satu Phuket cari makan and malangnye tak jumpa pun. Masa tu rasa macam nak cabut GPS dalam keter campak kat luar sebab semua tempat dia tak tahu. GPS kat phone pun rasa nak campak. alih-alih penat cari balik ke hotel, round kat tepi pantai ada jual ayam bakar, ikan bakar with nasi. Sukanye dapat nasi. Bebudak makan jagung bakar and ayam bakar. Sedap giler ayam bakar.

Lepas makan lepak kejap layan internet then round Patong plak for makan-makan. Pasal makan naanti kiterang update la ye penat den. esok we all nak ke tempat lain plak… hihhi.

 

Tags:

Short update from Phuket


28 Sep 2010

Sawadikap………….

Alhamdulillah we all dah sampai Phuket. We drove to Phuket from Hat Yai. Almost 6 hours dalam kereta.Kheirul drove for 5.5 hours and me 30 mins. Sabotaj betul jalan. Time Kheirul bawak jalan lurus jer, time i bawak jalan horror giler nak mamposs.. sebab dahlah bengkang bengkok bukit plak tuh.. apada.. gps ko bawak akukan…lepas tempat horror terus pass kat Kheirul sebab baby dah bangun. Well kiterang sampai pukul 4 tadi, lepas checked in, solat jamak dulu then pusing patong beach area. Hotel tempat kiterang duduk ni cam happening, sebab huhu haha sini sana. banyak pondans, banyak seafood, banyak tailormadeand banyak segala benda.Now 3 kids dah tidur sebab Ashraff and Afriena toing toing makan ubat batuk and selsema both of them manja kalau pakai normal aircond , dorang kena pakai aircond yang ada purifying jer. nasib baik takde tanda nak menunjukkan athsma. Rayyan, dah tidur setelah dok melompat je dia. Aktif betul sikecik nih. Asal bukak baju jer, excited ingat nak mandi. Tunggu esok, bawak dia pergi beach.
fuhh what a nice vacation, hatyai, phuket n next vacation still tengah pikir. MEsti u all pelik napa drivekan, Drive best ada trill.
Oh ya, at the moment Kheirul pergi menembak, hopely jangan kena “kacau” cukup.PENATNYA….next year New Zealand kan???

 

Tags: ,

Fresh Update from Hatyai….


27 Sep 2010

Alhamdulillah… hari ini adalah hari kedua kamidi Hatyai ni..

Just nak update:

Perjalanan: Alhamdulillah… senang, jalan memang best…

Hotel: Kami menginap di Novotel, memang kat tgh-tgh bandar Hatyai.. memang mudah sebab dekat dengan shopping complex.

Makanan: memang senang nak dapat makanan halal kat sini… Antara makanan yang sedap… ehem ehem

PULUT MANGGA.. tip top 5 stars…… mesti try..

Ni gerai yang jual pulut mangga tu.. selain drp tu.. ada jual pulut durian gaks… SEDAPPPP

Yang ni plak… UDANG GALAH GORENG.. yang king size tu mahal skit..B100 = RM10 satu.. huh…..

Sekian Life update from Hatyai.. 8:30pm (Waktu siam) = 9:30pm waktu Malaysia….

 

Tags: