RSS
 

Archive for the ‘Sites News’ Category

Keywords Aidil Adha


09 Nov 2011

Assalamualaikum semua,

Rasanya ni penangan Aidil Adha, kebanyakkan keywords Sawanila.com bersangkutan dengan DAGING dan seangkatan dengannya. Boleh jadi seminggu dua nih, semua orang dok search recipe daging kot…

Kepada sesiapa yang dapat daging korban tu banyak cara boleh buat dengan daging tu, antaranya Daging Masak Merah, Daging Masak Kicap, Daging Bakar, Daging Singgang, Daging Gulung, Daging Goreng Kunyit, Sup Daging dan macam-macam daging lagi la…

PS: untuk JAI Teratakarmo… gua bangga siot sebab keyword tertinggi Resepi Daging Masak Merah….

 

 

 

Tags: ,

http://www.facebook.com/sawanila


14 Apr 2011

Salam semua,

Setelah sekian lama Sawanila.com buat fan page kat facebook guna url link http://www.facebook.com/pages/SawaNila/121171889028 yang sememangnya susah nak ingat dan nak tulis tapi bermula hari ini, kami sudah dapat secure url link http://www.facebook.com/sawanila dan http://facebook.com/sawanila

Kepada semua rakan-rakan yang ada page or fan page di facebook, korang semua bolehlah apply url link tersebut. Caranya sangat mudah sekali.. just pergi ke http://www.facebook.com/username dan isi apa yang patut…..

Cepat jangan terlambat nanti url tu kene kebas kat orang… hehehehhehehe

 

Komen Tok Nila : Acu cuber try test tengok.. url facebook TokNila ader ke tidok…..

 

Tags:

Nokia Ovi dan Sawanila.com


01 Feb 2011

Salam semua,

Sebenarnya citer ni citer lama tapi nak gaks tulis pasal nak abiskan masa lapang ni…

Kepada semua yang menggunakan tepon Nokia, tak kira tepon Nokia apa pon.. korang semua boleh download dan install apps Sawanila.com dari Ovi Store. Apps ni bukannye special sangat pon.. cuma dia akan paparkan status update untuk Blog Sawanila.com tu aja… lain lain features takde ler sangat…. So kalu korang nak dapatkan latest update from Sawanila.com dan korang guna tepon nokia.. hhehehehe install apps ni segera..

Cara nak install senang aja..

Step 1: Pi launch Ovi Store apps

Step 2: Kat Search bar tu.. pi search “sawanila” dan click Search

Step 3: Click search result: Sawanila.com

Step 4: Click Download

Final Step: Click Install…… Yabedabeduuuuu!!!!

 

Tags:

Tok Nila , Kolumnis Tetap Sawanila.com


30 Jan 2011

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah, untuk tahun 2011 ni, kami akan memperkenalkan suatu pembaruan bagi Sawanila.com dimana kami telah  menyediakan satu ruangan kolumnis tetap dalam blog kami. Untuk permulaan, kami telah medapat persetujuan daripada seorang kolumnis yang bernama pena “Tok Nila”.

Sebagai tanda penghormatan kami keatas beliau, kami akan memperkenalkan sedikit latarbelakang beliau kepada semua. Tok Nila ini berasal dari Pahang dan kebanyakkan tulisan beliau dalam loghat Pahang. Umur beliau dirahsiakan dan juga identiti beliau juga kami terpaksa rahsiakan atas permintaan beliau sendiri.

Beliau ni nampak je serious tetapi baik hati dan kelakar. Jangan marah ye jika hasil tulisan beliau ini agak laser dan menyentuh perasaan. Beliau akan berbicara tentang apa saja yang beliau fikirkan perlu dan antara topik-topik yang akan beliau keutarakan adalah berkaitan tentang isu semasa, lawak jenaka, permasalahan dan apa saya yang beliau fikirkan perlu.

Sekian…

Kheirul….

ps: Tok…keyboard saya dah serahkan kat tok.. so pepandai ler picit butang apa yang perlu ye….

 

Tags:

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H


16 Nov 2010

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha….

 

Tags: