RSS
 

Archive for the ‘Review & Nice Places’ Category

Sup Tulang Merah Beach Road


01 Dec 2009

Inilah rupanye sup tulang merah kat Beach Road.Berminggu-minggu jugak la I dok termimpi-mimpi….2 malam berturut-turut jugak pergi makan kat Beach Road but at different gerai.So dah tau dah yang mana sedap. Kat situ banyak gerai sup tulang merah, so kalau nak rasa yang umph pergi gerai Deen Tiga Rasa yang opposite gerai Nasi ayam. Tapi kalau nak rasa light-light gitu pergi ler gerai hujung yang dekat tempat cuci tangan.

singaporetrip017

Best perkena dengan Roti Perancis.

singaporetrip018

Ha.. this is the way how to enjoy….abaikan background belakang… let me enjoy the sedapness. Ni orang mengidam tgh makan

singaporetrip020

Ha nak makan ni tak payah ler sopan santun…. gonggong jer… Sedap.. rasa dia cam lemak-lemak ada sikit manis, daging pun empuk jer. Tapi tulang tu keras tak leh makan.Kuah dia sedap, pekat. Kuah mintak lebih sikit. Ha , tulang tu jgn dibuang gitujer, sila amik straw and sedut sum-sum dia. sebelum sedut, letak kuah sesudu. Nikmat sum-sum dia yang lemak penuh berkolestrol, sampai ke otak.

Disebabkan 2 malam berturut-turut makan sup tulang merah, ada orang lose weight sbb kena jalan almost 20 minutes from Suntec to Beach Road. Balik amik taxi ler, sayang kalori sup tulang tuh.Kids pulak makan noodles.

Sup tulang merah is forever my favourite since small.

Incase malaysian nak pi, ckp kat driver taxi, nak pergi Food Centre Golden Mile, Beach Road for sup tulang. BTW, kat Haig Road pun ada satu gerai sup tulang . pun sedap.

Meh Tengok SawaScore

Edited by Kheirul: Direction to Golden Mile Food Centre.

From the Singapore City Centre… take the Beach Road, the food centre is in front of the Bus Station

View Beach Road Singapore in a larger map

 

 

 

Tags: ,

Disney’s Hollywood Hotel


17 Nov 2009

Next week dah start cuti sekolah.Hope not too late for me to make a review pasal Hotel kat Hong Kong Disneyland. Maybe some of you knew, Sawanila family dah sampai ke Hong Kong Disneyland sponsored by Friso and Nuffnang.

Ha masa pergi Disneyland, we all duduk kat Disney’s Hollywood Hotel. Satu bilik which fit for 4 of us.

Satu bilik with 2 queen size bed. Yang best pasal bilik tuh, everything is children friendly. Switch lampu pun for children height.

You all tengok je lah gambar

Ni COunter dia, so kalau nak check in kena lah pergi counter dia yang menarik tuh. Depan couter tuh ada tempat lepak untuk kids. Macam kids corner for them to watch TV or play.

Kat sebelah kiri entrance ada plak gift shop. kot-kot last minutes or tak sempay nak beli gift kat Disneyland boleh beli kat sini. Kalau jalan terus sikit, adalah few food outlet. Please be reminded, makanan semua non-halal. Tapi kalau terdesak nak makan, ada dia jual nasi kosong and buah. To be prepared bawak je makan dalam tin from tanahair tercinta.

NI plak bilik dia…veru comfy. Kalau amik mengadap Disneyland, dalam pukul 7.30-8 mlm kot, boleh view fireworks show from your room. ni for those yang tak nak bersesak. But, my advice lagi best dok kat park to watch the show sebab ada iringan lagu-lagu. Macam dok dalam dunia cartoon lah kejap.

SIap ada flat screen TV, Ada byk channel, tak ingat. Yang I ingat ada Disney Channel in 3 language. Mandarin, Cantonese and English. Yang kelakar since my 2 kids belajar chinese so, 2 malam dok situ 2 malamlah kiterang layan Cartoon dalam Mandarin. Haiya…

Tempat buat coffee pun ada but not at children height.

Ha toileteris pun siap gambar cartoon….

For me and family, memang best.. macam nak repeat lagi…but kenalah tunggu baby dalam perut nih keluar dulu then baru boleh pergi..

Apa yang best kat situ?

  • ada free bus every less than 10 minutes kot to/ from hotel and Park. SO senanglah for us yang muslim kalau dekat park nak balik sembahyang. Ye kengkawan, jgn lupa solat walau dia mana anda berada.
  • On the second day kat sana, Afriena demama, around 5am in the morning, we have to call Hotel DDoc to get a presciption. Dalam masa 10 minutes dah tercegat dorang dengan ubat. Mmg tabik lah dengan service dorang compare with some places, berejam tunggu nak dapatkan service.
  • Staff kat situ very friendly, tak payah suruh mesti datang offer tolong angkat barang.
  • kalau nasib baik dapat jumpa ngan goofy or any other character kat hotel lobby.

Apa yang tak best?

  • Internet kena bayar. HKD50 sejam.

I hope, the review dapat membantu sebab ada some of my friends call asking about the hotel review. There you go…and selamat bercuti

Note: Kot-kot you nak makan dimsum or halal food kat Hong Kong, check this out

 

Tags: , ,

Memburu Patin


01 Aug 2009

Ini cerita menarik bagi orang Pahang yang dok kat KL. Kalau cerita pasal Pahang jer.. mesti tak lari dengan masakan istimewa orang Pahang iaitu Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak yang sememangnya hebat, sedap dan lazat.

Ikan patin yang asli dari Sungai Pahang ini tidak dapat ditandingi dari segi rasanya malah rasanya amat sedap sekali dan tidak ada rasa berlumpur, berlumut atau hanyir seperti ikan patin yang dibeli ditempat lain. Sebab itulah harga ikan patin asli Sg Pahang mahal jika dibandingkan dengan ikan patin lombong yang dijual dipasar-pasar Kuala Lumpur dengan harga RM3.50 sekilo. Harga sekilo untuk patin sangkar Sg Pahang adalah RM14 sekilo dan untuk patin buah asli ada yang mencecah RM60 sekilo.

Oleh kerana stock ikan patin dah lama tidak ada, kami sekeluarga ke Temerloh pagi tadi untuk memburu ikan patin. Kami keluar rumah dalam jam 10.00 pagi tapi jalan terlampau lah sesaknya sampai tiba di Tol Gombak dalam jam 11:30am… Sejam setengah tersangkut… maklom la.. kat KL tadi ada rusuhan skit… terus semua jalan tersangkut

Tepat jam 12:30tgh kami tiba di Bandar Temerloh dan terus ke Restoran Abang, restoran ikan patin gulai tempoyak yang terkenal kat Bandar Temerloh…

Kat Restoran Abang ni memang terkenal dengan masakan gulai tempoyaknya. Bukan sekadar ikan patin aja malah ikan baung, ikan jelawat, ikan talapia dan macam-macam ikan gulai tempoyak ada disediakan kat situ.. pilih aja…

Kami pilih kepala ikan patin gulai tempoyak saiz L aja.. ada size XL dan XXL tapi takut tak abis la plak… Tengok tu… peerrrggghhhh…. meleleh beb…. ni la dikatakan Gulai Patin Tempoyak yang asli… Original dari Temerloh Pahang…. kalau nak tahu rasanya… silalah ke Restoran Abang.. Google Maps (3.440665,102.424147)

Tengok la betapa syoknye Yatie makan tu…

Budak kecik tu.. standard la.. mesti nak bergambar gaks…

Jom Tengok SawaScore

Sesudah makan, perut pon dah kenyang, terus kami bersolat jamak jap.. standard la kan.. kalau musafir ada diskaun dalam solat dan boleh combine.. so tidak dilepaskan peluang tu. Lepas solat jer… terus menuju ke Kampung Pangsenam untuk membeli ikan patin fresh hidup-hidup dari Sg Pahang.

Kalau nak pergi ke Kampung Pangsenam ni.. senang aja.. dari Bandar Temerloh tu, ikut je jalan nak ke Tasik Bera dan melalui Kampung Tengah dan Kampung Buntut Pulau. Sepanjang perjalanan terdapat banyak gerai-gerai yang menjual ikan patin segar tetapi kami selalu beli kat Kg Pangsenam. Google Maps (3.421947,102.425265)

Ni la sangkar ikan patin di tepi Sg Pahang kat Kg Pangsenam tu…

Brader ni malu-malu untuk bergambar.. maklom ler tangkap ikan patin ngan tangan aja…

Skill dia memang menakjupkan… ikan patin bersengat tu relax jer dia tangkap ngan tangan…. Ashraff + Afriena dah menjerit-jerit masa dia tangkap ikan ngan tangan tu…

Kami beli 5 ekor ikan patin segar aja… simpan stock untuk bulan Ramadhan nanti… maklomlah.. kami sekeluarga ni memang hantu makan ikan patin.. kalu ikan patin lombong kat pasar KL tu kami tak makan.. cuma makan ikan patin dari Sg Pahang ni aja….

So.. kalau korang belom pernah lagi makan ikan patin original dari Sg Pahang… cuba-cubalah… mesti korang tak akan lupakan dengan keenakkan rasa ikan patin sebenar itu… mesti ketagih punya… tak caya.. cuba lah….

Kalau nak tahu direction ke tempat ni.. boleh call or email kami.. kami sedia membantu… kalau nak berkonvoi ramai-ramai pekena Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak kat Temerloh pon buleh diatur….

 

Tags: ,

Pizza San Francisco


30 Jun 2009

Ni la first time makan kat Pizza San Francisco. Restoran dia kat Mines kat tepi Tasik . Ni semua gara-gara Ashraff yang dok tuntut nak makan Pizza. Me and Kheirul nak makan Nasi since macam dah lama tak makan nasi. tapi dia + Afriena dok komplot nak makan pizza, terpaksala makan gak. So On Sunday, siap-siap nak pi makan pizza which at first nak pi Pizza Hut jer. Tapi tetiba nampak restoran nih. So since tak pernah masuk, why not kiterang try kan.

Tapi sebelum tuh kena la tanya the kids, siap tunjuk kat dorang ada pizza kat sini.

Selain pizza, ada steak,pasta,nachos, salad dan banyak lagi.Ha tengok Wall deco dia pun dah lapar. tapi dalam hati dok terbayang nak makan nasi.

First thing si Afriena order, ice cream kaler pink. suppose for desert tapi dia bantai as starter

kasi tengok dekat sikit, sorry gambar tak lawa pakai camera cikai ok

Pink drink for Afriena – Strawberry Punch

Ice Lemon Tea for me

Ice Cappucino for Ashraff but at last he drank my Ice Lemon Tea but his drink Kheirul yang minum.

eksen la dapat makan pizza.

Our starter, Nachos – the nachos lagi sedap dari Chilis. Light taste. I like that.Cheese dia pun not salty sangat.

This is the great one. Seafood pizza yang di order oleh 2 beradik tu. The base quite thin but not hard, just nice.Cheese, memang makan sambil pejam mata sebab nak menikmati rasa cheese yang hebat. Kiterang just order regular size. Ada sotong and udang.Cheese dia memang banyak. Habis diet for a week. But sekali sekala apa salahnye kan. Each of us makan 2 keping. sedap

This is Calzone. Inti Salami. kat dalam ada cheese jugal. Dia punya pastry tak muak mcm yang selalu kita makan and not oily. Dia serve dengan pasta sauce. Bila gigit dia, berjela cheese ikut keluar.

So sesapa nak cuba boleh lah try ok.

P/S: 2 hari berturut -turut kiterang pergi Mines. maklumlah dekat ngan rumah.

 

Tags:

100% Original Restoran Kelantan


15 Jun 2009

Alhamdulillah, hari yang ditunggu. Apa lagi makan nasik dengan budu and off course boleh makan nasi satu pinggan penug. no more suku nasi. Perasan tak my face ada nampak dah kurus sikit??? hihi tengah menjaga diet.

So apa lagi, only weekend jer boleh makan unhealthy kan. kiterang pergi Kg. baru makan masakan Kelantan

Jamu mata je la ye… ada Hati ayam goreng, Ayam Percik, Lala, Gulai Kawah, Ulam-ulaman and my fav, budu

Ni la rupa gulai kawah… sedap kalau ada umbut kelapa lagi sedap. I makan daging je, kuah not really. very the oily gitu

Hati goreng kunyit

Lala masak lemak favorite Ashraff and Afriena

Budu, kegemaran Kheirul and Yatie. Sedap tuh siap ada tempoyak

Ayam Percik Kelantan. sedap nih

Ulam, segala jenis ulam. cicah budu memang menyelerakan.

Meh Tengok SawaScore

Location: Restoran MZ Darul Naim, Lorong Hj Hussin 2, Kg Baru, KL

GPS Coordinates: 3°10’2″N 101°42’5″E

Map: http://wikimapia.org/9947068/MZ-Darulnaim-Kg-Baru

 

Tags: