RSS
 

Archive for the ‘SawaBlog’ Category

Parenting : Mama, apa itu air mani?


01 Mar 2013

Jangan salah faham, ini untuk maklumat bersama.

2 malam lepas, I tolong Ashraff dan Afriena buat homework. Pasal feqah. Jadinya dalam homework  Afriena, ada belajar mengenai hadas.

Apa maksud hadas?

Hadas ialah kekotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya. Orang berhadas, tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah tadi.

Berapa jenis hadas? 

Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar

Apa cara menyucikannya?
Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.

 

Pasal Hadas kecil, takde masalah untu menerangkan. Apa yang menyebak hadas kecil semua pun tahu kan. Tapi bab hadas besar. Perkara yang menyebabkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar air mani. Saya dapat terangkan dengan jelas semua tu kecuali keluar air mani. Sesuatu yang sukar untukk menerangkan nya. Serba salah..nak terangkan rasa macam eh dorang kecik lagi ni…tapi kalau tak terangkan nanti dorang keep asking. Kalau tanya kat rumah takpelah, tapi kalau tanya depan orang? mampus…. mesti orang pikir lain kan. Lalu saya pun membuat pertanyaan kat laman facebook page “Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa”

Soalan Saya berbunyi begini
Assalamualaikum… Saya ingin bertanya pendapat ibubapa yg senior. Semalam, saya tolong anak buat ulangkaji dan kerja sekolah. Subjek perbincangan adalah fiqah. Ia mengenai hadas besar. Antara perkara yg sbbkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar mani. Saya takde masalah terangkan semuanya tapi ingin minta tolong atau pendapat bagaimana untuk terangkan mengenai mani. Anak anak saya tanya apa itu air mani? Fyi mereka baru berumur 8 dan 9. Jawapan saya cuma, you all kena tanya ustaz tomorrow. Help me please

Rupanya ramai juga yang ada masalah sama. Dan ada jugak beberapa orang yang memberi pendapat. Antaranya

  1. Anak saya 9thun..sya pun x tau samada dia btul2 fham o idak..sbb sya tnya dia,air mani tu apa erk?dia kata air yg kluo dr ‘ni’(dia tunjuk la yg ‘tu’)..saya kta air kencing dia kta bkn laa..dia explain gak la tp smada dia fham x tau la
  2. sy biasa akn trangkn mcm biasa makna tu cuma x detail sgt,,,biar dia tau jer…somedy br kita detailkn bila dia dh ‘bsedia’
  3. Saya belum ada pengalaman mcm ni sbb anak saya kecik lagi. Tp saya nak cuba beri jwpn kalau2 ia dpt membantu puan. Cadangan saya, sebagai langkah pertama… puan boleh ckp pada anak “mari kita lihat apa Quran kata tentang air mani”. (Tujuan adlh utk didik anak, supaya apa2 kita refer Quran dulu). Dlm Al Quran ada byk ayat yg menyebut tentang air mani. Lebih mudah jika puan memiliki ensiklopaedia atau index rujukan perkataan dari Al Quran utk memudahkn carian. Kemudian puan boleh terangkn yg air mani ni adalah air istimewa yg dicipta oleh Allah yg terdapat dlm tubuh lelaki & perempuan. Drp air mani terjadinya manusia… terjadinya ibu, abah & adik (sebut nama anak) dan smua manusia dlm dunia ni. Mgkin anak akn tanya pulak “mcm mana boleh jadi mcm tu?”. Erkk… Alamak… Kena la guna perkataan “istimewa” & “ciptaan Allah” byk2 nampaknya. Air yg istimewa ni dtgnya dari tempat istimewa dlm tubuh lelaki & dari tempat istimewa dlm tubuh perempuan. Ianya juga bercantum di tempat yg istimewa dlm rahim ibu. Dari situlah Allah bentukkan menjadi darah, daging, etc (explain mcm yg Quran bgtau). Hrp ia dpt membantu serba sedikit, InshaaAllah
  4. Just tell them mani hanya ada pada lelaki dewasa selepas dia baligh will do (itu yg saya beritahu anak2 saya waktu umur yg sama)
  5. ckp jewlah..mani tu adalah air yg keluar dr zakar lelaki bila baligh…kata lae..dr air manilah bule jadikan manusia…kita kene bg explaination yg terus terang..biar dia x salah tanyer…
  6. Sy bgtahu anak lelaki sy air mani ni keluar klu dh baligh… Bila dh ikhtilam pg2 basah yg keluar tu la mani bukan air kencing… Klu perempuan x tau lg camne nak ckp… Sebab yg sulong boy… Tunggu yg girl nanti tnye br cari idea…
  7. Seelok2nye perlu diterangkan dgn ringkas dan padat,agar ank2 mudah faham dr kita explain panjang lebar tp 1 ape pun ank tak faham..lg bertambah blurr diorg cuba nk faham,pastu pg pulak tanya org Lain..bkn ape takot jd salah pemahaman aje.

 

Saya percaya, mesti ada ibu bapa kat sini yang mengalami perkara yang sama.  Apa yang saya faham dari pembacaan buku Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina, kita perlu menjelaskan dengan perkataan yang ringkas dan senang. Biar mereka faham. Tak boleh berdolak-dalih macam nanti tanya cikgu ye. Kita kena jelaskan perbezaan anatomi tubuh lelaki dan tubuh wanita.Kena jelaskan proses hamil dan melahirkan dengan perkataan yang sederhana.Soal menstruasi bagi anak perempuan dan mimpi basah anak lelaki, perlu dijelaskan sebelum mereka mengalaminya.fuhh susah jugak nak didik anak yang nak meningkat remaja kan? Kalau mengenai menstruasi, rasanya saya dah jelaskan malah dah tunjuk macam mana, tapi yang mimpi basah tu rasanya..golongan bapalah kena cerita.

Agaknnya… inilah perlunye ada asas pendidikan seks kat sekolah kot. Jangan salah faham ye! Pendidikan seks bukanlah bermaksud pendidikan yang mengajar bagaimana untuk melakukan seks atau sebagainya sebab itu semua akan datang secara semula jadi sebab lembu pun takde pendidikan seks tapi tahu gak dia buat, tapi pendidikan seks yang sepatutnya diajar dengan cara perspektif anutan agama masing-masing. Macam islam, caranya ia perlu bermula dengan akhlak yang baik, perlu menenam rasa malu apabila aurat dilihat orang lain atau sebaliknya dan perlu tahu menutup segala kemungkinan ke arah seksual yang terlarang aka zina, perlu ada rasa hormat pada privasi masing-masing.  So complicated!

Jadi mulakan dirumah..mulakan dengan pengasing tempat tidur anak lelaki dan perempuan bila berumur 10 tahun,  Didik supaya meminta izin untuk memasuki bilik tidur kita ibubapa  terutama sebelum solat Subuh, Zuhur dan selepas Isyak. Yang ni ada diterangkan dalam ayat  Surah An-Nuur: 58-59.

Ok lah harap ini akan membantu.. kalau kawan-kawan atau senior-senior yang ada pendapat untuk dikongsi silakan.

 

 
 

Tags:

Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai


28 Feb 2013

Huggies Dry Pants_latest

Tukar? Tukar apa? Tukar nappy la. Tau tak Bruce Willis mempunyai kebolehan menukar lampin anaknya tidak sampai tujuh saat. Bintang Hollywood itu mengakui dia lebih cekap menukarkan lampin Mabel, 10 bulan, berbanding isterinya, Emma Heming-Willis (rujukan dari Harian Metro). Ye ke dalam 7 saat sempat ke? Ke Bruce Willis guna Huggies jugak :P

So kalau you all nak tukar lampin dengan cepat  macam hero Die Hard, apa kata cuba Huggies Dry Pants ?  Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik! Bolehlah iu-ibu, bapa-bapa pergi ke Mydin USJ dari 25 Februari ke 3 Mac 2013, ada acara roadshow  “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” 

Jom pergi, sebab banyak acara menarik. Ada persembhan, promosi (yang best ni), free gift, magic show dan banyak lagi. Singgah di booth Huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah! Jom lepak kat ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants!

Butirannya seperti berikut:

huggies

 

 Mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Huggies Dry Pants - Koyak Salin Lepas

Mengenai Huggies®

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

 

 

Wordless Wednesday: My Busyuk Boy


27 Feb 2013

rayyan2

 

Main sengsorang sesambil tunggu kakak and abang siap homework. Dah nampak cerah plak budak kecik ni

rayyan1Memang takde kerja lain… sepah mainan je. suruh kemas, dia kemas, pastu tuang balik

 

 

To Krabi Again :)


26 Feb 2013

Budak-budak bila cakap nak pergi Krabi happy je. Dah terdengar dah apa dorang nak buat. Did they say fishing? Mana ada fishing… kita pergi snorkel je. Inilah plan papanya masa cuti sekolah next month. I ikut je mana orang bawak. Macam biasa road trip, naik kereta dari KL to Krabi. Tak sabar rasanya nak makan pulut mangga, pulut ayam, tomyam and segala makanan. Ingat makan je kan. Pasal makan bukan masalah pun dekat Krabi sebab ramai muslim. Kadang-kadang kat hotel , ada je staff tegur and cakap I’m muslim. Pastu kasi guide mana nak cari makanan halal. Ingat kali ni, nak lepak hotel yang owned by muslim. Ni tengah survey lagi ni. Pastu bebudak ni cakap.. best naik boat. Kheirul cakap kita naik boat besarla kali tak payah speed boat. heheheh see first la. Kalau ramai join ok lah.

Ini yang buat bebudak teruja sangat ni…. pantai yang bersih

pastu dapat plak makan tepi ombak cam gini… nasi sepinggan tu tak cukup tu. Kali ni pergi kena bawak bekal gak lah. Sebab lapar walau dah makan nasi

Tengok… ni konon lah ni….memang mata takleh lepa… dah sampai ketengah

lawakan… kan. Mungkin disebabkan gambar begini my sis cakap.. dia nak ikut.  Boleh je

Pastukan lepas penat-penat mandi manda, harus mencari makanan kat tepi jalan. Street food kat Krabi banyak yang halal. Tomyam tu sedap, pedas gila. Nsi goreng, ayam goreng.Ni mesti cari hotel betul-betul depan gerai ni senang nak cari makan.

Ada sapa- sapa nak ikut tak?? kalau nak ikut jom, tapi drive sendiri ye hehehehe

 

 

Tags:

Jemput-jemput Udang


25 Feb 2013

Budak-budak kat rumah nikan..sukalah sangat dengan jemput-jemput. Cakaplah jemput jemput apa pun, jemput-jemput pisang? Udang? kosong? Ikan bilis semua dorang bantai. Memang kalau tau buat jemput-jemput, standby je dok tanya bila boleh makan. So pagi Sabtu, macam biasa la pukul 10 baru breakfast. I buat jemput-jemput udang sebab tak tahu nak masak apa. Kalau roti semua dah bosan. I teringin nasi lemak tapi macam takde sambutan je, kang beli kang…malas la nak susahkan Kheirul hehehe..padahal boleh je, drive tu. Biasala weekend je.. manja tak nak drive

BEbudak ni kalau makan jemput-jemput mesti siap ada sos tomato. Tak best kan makan dengan sos tomato. Dorang takleh… burger, hotdog, telur apa-apa yang berkaitan dengan sos mesti sos tomato. Sos cili tak nak.  Jadi masa makan jemput-jemput, I buat cam ni ha senang..takyah tanya ni sos apa dan tak payah banyak-banyak pinggan. JEmput-jemput Udang dengan Kopi O… sedap makan masa pagi hari yang sejuk.

tnc

Haaa I buat macam ni… T for tomato, C for cili. Tapi sos banyak tu tak cukup dorang. Tambah lagi tu…

I ada letak resepi dia kat sini. Senang je..letak lah bawang banyak sikit, udang lebih tapikan kalau ada udang geragau fresh tu mesti sedap.

INGREDIENTS

  • 2 1/2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • 10-15 ekor udang- buang kulit and kepala
  • 1/2 biji bawang besar- hiris nipis
  • daun bawang dan daun sup – hiris
  • 1 biji telur
  • 1 cawan taugeh
  • garam secukupnye
  • sedikit kunyit untuk pewarna
  • air untuk bancuhan

METHOD

  • gaulkan semua sekali bahan sehingga sebati
  • panaskan minyak masak secukupnya
  • goreng bancuhan tadi
  • sedia di hidang dengan sos cili/tomato