RSS
 

Archive for the ‘My Notes’ Category

Demam Masterchef sudah datang, tapi….


24 Oct 2011

Demam masterchef dah.. dah 2 malam berkobar-kobar tuggu nak tengok Masterchef Malaysia.Tapi macam hampa sikit lah sebab

3 chef merangkap juri dan host kaku

First night tengok wah best tapi macam tak syok sangat sebab Juri yang jugak host cakap maca baca buku sastera. Kan best kalau dia bleh bersahaja cakap. Memang la dorang chef-chef yang layak tapi rasanya..penting jugak cara untuk berkomunikasi. Sebab dorang bukan setakat berkomunikasi dengan peserta tapi dengan penonton yang kat luar ni. Nasib baik semua dok tunggu nak tengok MCM kan. Cubalah bersahaja…Malam kedua pun macam tu… mungkin dorang tak dapat membiasakan diri lagi kot. Memang susah gak. I paham sebab  pernah mengalaminya. So mungkin penonton yang kena adopt  dengan kekakuan juri kot . Mungkin kah?

Iklan banyak sangat

Taula nak iklankan sponsor, tapi kalau every 15 minit kira melampau lah sebab we not getting the astro free… bayar ok. Dah lah charge astro asyik naik je. Dah kalau nak iklankan sponsor tu tak payahlah nak iklankan rancangan serasi bersama tuh. Mesti uolss nyampah kalau banyak iklan kan.

Membazir

gila dorang membazir. Orang miskin nak beli telur sepapan pun rasa terbeban.. ni MCM mai buang je. Tu belum kira bab bawang lagi. Wei bawang mahal tau. Naper? tak boleh ke buat skill test pakai time. Ok sapa boleh potong bawang paling banyak dalam masa 10 minit? Sapa boleh asingkan telur dalam masa 10 minit? Barulah tak membazir. Ni tak puas hati main buang…membazir tuh. taulah barang sponsor tapi jimat lah sikit

Apa kata yo all? You all tengok Mastechef Malaysia tak?

 

 
 

Tags:

Astro Masterchef Blogger Finale- part last dah


23 Oct 2011

Saja jekan….bebuat tunggu lama posting ni.. Mari sini..let me show you my pom pom girls and boys…

my cute handsome boy… mana mama pergi mesti dia ikut…penyokong kuat ni

Ashraff and Afriena…yang senang impress with my cooking and selalu sangat order mama dia masak itu ini

My sister, Sidah yang gabra lebih daripada saya… hahaha dia plak gabra.

anak sedara saya…Hakim and Kakak Syafiqah dan juga my SIL…

Ayu

Kak Ina KL

and off course my supporting husband yang akan ke mana saja dengan saya…gambar cilok kat blog Kak Ina KL, sebab gambar si suami takde kat kamera dia

Tak lupa juga buat Ibu saya, Mak Mertua saya,Adik-adik and ipar-ipar,  kawan-kawan twitter dan Facebook… thank you awak-awak semua.

See I menang sorak ok..ramai yang pom pom saya kan kan kan… So next year Insya’ Allah, Saya akan cuba nasib di Masterchef Malaysia plak

 
 

Tags:

Gambar Blogger MasterChef Challenge


15 Oct 2011

Ni gambar event petang tadi… saya pakai snap jer.. Kepada sesapa yang nak rompak gambar nih dipersilakan.. takyah mintak permission.. memang saya dah kasi nih..

Cuma kalau gambar tak lawa tu… jangan kutuk yer….. akhir sekali tahniah kepada pihak Astro, Nuffnang, penaja-penaja dan semua peserta finale tu.. korang semuanya pemenang……

 

:)

 

 

 

Tags: ,

Not So Surprise Birthday Party


13 Oct 2011


The Birthday cake….beli je. hajat di hati nak buat tapi takde air pulak. Actually Afriena dah plan dah nak buat rainbow cake….

Since birthday Ashraff and Afriena 3 hari beza, so sambut sekali lah…


Punyalah excited both of them

Mesti dorang happykan dapat cake….Patut snap gambar Rayyan yang pelik semacam…

Apa yang tak surprisenya???

Me and Afriena plan nak buat surprise birthday untuk Ashraff since dia still demam kan.. so yo yo o la Afriena suggest… Dia cakap macam ni

Afriena : Mama, let’s hide the cake under the table

Me:Why

Afriena: So Ashraff cannot see the cake, then when Ashraff home we say surpriseeeeeeeee

Me: Ok ok

Sekali bila Ashraff balik, baru bukak pintu je… Ashraff mama bought cake for you.. it’s in the fridge!!! Apada Afriena..kata nak surprise.. awal-awal dah bocor rahsia…. hampeh…

Excited punya pasal la tu

HAPPY BIRTHDAY Ashraff ……..

 

Tags: , ,

Masterchef blogger – round 2


10 Oct 2011

Hari Sabtu lepaskan ada lagi Masterchef Blogger. So I pergi lagi. Bukan nak menyibuk tau, just hantar my sister. Dia pun join event.Selain my sister, my friend pun ada. kira rapatlah jugak sebab kiterang satu office dulu. Birthday pun sama. namanya Ayu.Keluar rumah awal… nak pi amik my sis kat Sri Damansara sekali GPS tunjuk salah jalan…..dia pi Ara damansara.. boleh???

Amik my sis je terus ke Hartamas, sampai tinggalkan dia kat situ and kiterang pi makan sarapan dulu. Lepas sarapan baru I boleh pikir dengan waras. tula apsal tak makan kat rumah tadi??? Pastu naik balik… Dorang baru nak masuk rupanya ingatkan dah masak… Then I pun amik gambarlah kerjanya. Nak lebih-lebih tak boleh sebab nanti orang cakap apa plak kan….

Tengah nak pakai apron… reti ke tak tuh???hahah harus reti dah kerja hari-hari pakai apron. Dia ni bakers…tukang buat roti. amik course Math…tapi nak kerja buat roti…

2nd round dorang dapat udang. perghh syok ah dapat udang. I pun confuse apa nak buat dengan udang tuh. Nasib baik my turn dah lepas.


tu kentang tu nak masak apa? finally dia kupas je tak pakai pun…


siang udang ….
udang mahal ni….semua sengih dapat udang sbb jap lagi dorang nak buat kenduri…


nenas goreng..you all pernah makan tak???


time hias.. dok sibuk dengan penyepit dia… last I cakap tokpayoh pakai nyepik..paka tange lagi cepak… tangan ke cuci doh..
dah siap. grill udang dengan percik kot…tapi pedas giler..

Pesta udang…


Judge tengah dok taste makanan…. Judge ni siap panggil I..tanya you datang sini ajar kawan-kawan ke.. I said no lah just sent my sis and support her. Dia tanya dah ready for final ke??? hahaha gua cakap belum. nanti kita tengok isi dalam kotak dulu ye…

Ramai blogger otai kat sini..Kak Ina KL, Jejai, Cik Lily Putih,  with me and my sister sidah.

macam-macam pesen masakan….

Yang I tau I nak try masak lomak ni ha… tapi habis dah

sessi kenduri……….


sedap …………….
skill test pun kena buat poached egg..

ni sidah punya.. I tak tolong eh….

snap gambar blogger….yang baju merah tu Ayu

baju belang Zaid

cik jemah viruspadu yang nervous and kak Ayu Arjuna….sempoi je suruh anak rasa sedap ke tak

group photo…..yang lain hakak tak kenal hehehe almaklum saya ni pemalu….kah kah kah

pastu tunggu lepas keluar keputusan sapa dapat masuk final then terus balik sebab ada hal pulak lepas tuh…ANW tahniah kepada Bro Jejai sebab masuk final .

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysiayang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104
 

Tags: