RSS
 

Archive for the ‘My Notes’ Category

Redecorated Mirror Frame


24 Dec 2012

Afriena la…dia kan banyak je idea dia. Sekarang tengah nak siapkan bilik dia…so adalah cermin kat bilik tu,dulu maid punya tapi maid dah takde so dia lah guna kot. SO dia cakap …can we colour and make new frame mama?

Oklah …boleh..

So Letsss

181220121198

Bahan yang diperlukan, cermin, kertas keras (kertas kadbod), glue, water colour, white paper and double tape

181220121199

Potong kadbod dan bentukkan 4 segi  unutk bingkai cermin

 

181220121200

Balut frame dengan kertas putih

 

181220121201

 

Hiaskan… boleh warnakan dia, tampal stcker, letak manik-manik, bunga  ikut kreativiti masing masing. Bila dah siap, bolehlah lekatkan pada cermin dgn double tape

201220121202

Afriena warnakan frame dia macam ni…I balut dengan plastik jugak sebab takut koyak.Senang tak? agak-agak dah boring warna/bentuk macam ni…boleh je cabut buat pesen baru :)

 

Tags: ,

Afriena @Tokyo Street


20 Dec 2012

171120121181

heheheh kat Pavillion da

 
 

Merajukla ni


11 Dec 2012

ni rupa budak merajuk tak nak keluar bilik air… so dia buat-buat tido kat dalam tu

 

Persiapan Sekolah


06 Dec 2012

Lagi Sebulan sekolah nak bukak. As for Ashraff and Afriena, Tak banyak mana barang nak beli, cuma baju sekolah je kot sbb  diorang takkan pakai baju sekolah biasa. Ashraff and Afriena akan ke sekolah baru next year.Harap dorang sukalah. So sekarang kena tunggu GB cakap colour baju sekolah dulu, baru boleh cari. Beg sekolah pakai yang  lama je sbb sorang ada 2 beg boleh gilir.

Oleh kerana dorang start sekolah lambat so kita rileks dulu la… cuti sekolah ni dorang byk lepak kat rumah sbb next year bila masuk sekolah no more main-main hehehe. You all dah prepare barang sekolah anak-anak?

dah nak remaja dah budak berdua ni

 
 

1st Experience


05 Dec 2012

Kalau rumah Nenek ada manggis, kat rumah Wan ada rambutan. Masa kat rumah my parents, ada manggis, so yang kait abah le… sbb takde orang panjat. Dulu kekecik selalu la panjat sekarang  jangan disuruh. Skill memanjat dah takde.

Dah tak banyak dah buah, tapi dapat gak sebakul setiap kali kait

Kekecik dulu… dok atas poko, kaki atas kepala bawah pun pernah buat you. Macam jantan betul . Tapi sapa budak kampung, panjat pokok adalah penting. So kat rumah Wan, rambutan plak, peminat dia semua orang esp Rayyan. Dia manggis, langsat durian semua rembat. Never say never.

Tayang rambutan yang dia sambut

So papa kait, bebudak ni kutip. 2 hari berturut -turut kait rambutan. Ni gambar 2nd day, balik dari Rantau Panjang, lepak jap pastu kait rambutan. Semua dok terpekik -pekik nak sambut.

geram plak nak potong rambut Afriena ni..tapi dia tak kasi

Yang jatuh atas tanah tak pulak nak berebut. Afriena..sian dia..punya excited sekali setangkai rambutan jatuh atas belakang..merah ..sakit la meraung la dia kejap je pastu melompat balik. Ashraff main sambut pakai bakul. Rayyan? dia kutip yang atas tanah…tapi bukan untuk isi dalam bakul tapi dia kasi mama suruh kopek rambutan sbb dia nak makan. Sikecik ni…makan je..makan rambutan tak ingat malam tu dia batuk -batuk…cepat-cepat sapu vicks takut melarat kang lelah plak.

Masa ni kot kena buah atas belakang

Suka bebudak ..macam nila anak bandar kalau dapat balik kampung..Teringat plak masa kecik-kecik dulu sepupu -sepupu dari Singapore datang, dorang siap amik gambar dengan kambing , lembu lagi hahahah

 
 

Tags: