RSS
 

Archive for the ‘My Notes’ Category

Sapa menang MasterChef?


06 Jan 2012

agak-agak you all sapa menang? Insya’ Allah I’ll be there this Sunday

 
 

Tags:

MasterChef Malaysia Appreciation Night


05 Jan 2012

 

 

heheheh Sawanila.com dapat invitation….Alhamdulillah. So rasa-rasa you all sapa yang menang?

 
 

Tags:

Afriena: Mama, I want to colour my hair


04 Jan 2012

Kejap je rasa…macam baru minggu lepas beranak kan Afriena tup tup now dah nak masuk darjah satu. Last Friday, dia dah pergi Orientasi kat Sekolah Cina dia. No exam macam sekolah biasa .

Dia masuk kelas 1A sbb kelas tu ramai muslim so senang bila time kelas agama. Dulu masa Ashraff, muslim only 4 orang but this time for Afriena ada 10 orang. I cakap muslim sebab most of them anak cina muslim. Pepagi dah bangun siap nak pi sekolah. Sampai je, dia join her class then mak pak dengar briefing dalam bahasa cina (bayangkan mak pak macam kiterang ni yang tak reti cina, nasib baik Ashraff ada n me dah paham sesikit).

Tapi tak lama I lepak sebab Rayyan dah boring so bawak dia pi main kat taman mini, so tinggal Kheirul n Ashraff dengar briefing.

budak botak yang bulat

Pas briefing terus ke Kelas (masa ni I balik rumah kejap, sbb Rayyan yak yak), dalam kelas, papa dia settlekan bayar yuran sekolah. Hehehe Kheirul kata, Afriena nangis kejap sebab takde orang panggil dia duduk. Last  seklai dia duduk sebelah boifren dia yg satu sekolah masa kindy dulu.Masa ni, rambut Afriena panjang lagi, balik tu we all decide potong dia sbb rasa macam leceh rambut panjang nak cuci lagi, nak ikat nak bertudung semua…  so esok tuh pergi salon for new haircut.

Masuk je Salon, mama.. I want to colour my hair… mak aih nak pitam mama dia dengar, nak colour rambut… I buat tak dengar je. Yang tukang potong rambut tu cakap macam budak cina je, potong rambut macam ni..memang pun. Balik rumah ok lagi tak komplen tapi bila mandi, I ena marah sebab rambut pendek . Dia cakap napa suruh orang tu potong rambut dia macam boy. yelah bila mandi, memang la rambut nampak pendek kan..

Ada rupa macam boy tak???

Ni plak..masa kat sekolah agama….. dah berapa kali betulkan tudung… rambut asyik keluar je..

 

 

Tags:

Maggi Mee.. Anyone???


23 Dec 2011

Dah lama tak masak maggi macam ni…yummy selalu Kheirul yang masak maggi .yummy,yummy. Yang ni pulak my own style

 
 

Tags:

Unifi oh Unifi


08 Dec 2011

Semenjak kami menggunakan Unifi pada bulan Februari 2011 lalu, pada mulanya kami sangat berpuas hati dengan kelajuan melayari internet. Memang laju sangat jika dibandingkan dengan Streamyx. Seronok bila dapat tengok Youtube tanpa lagging dan download movie dalam masa yang sangat singkat.

Sehingga hari ini, speed Unifi masih lagi laju tetapi apa yang membuat kami sedikit kecewa dengan Unifi adalah perkhidmatannya kerap kali terputus, tergendala, rosak dan sebagainya. Yang paling tak tahan adalah dalam dua minggu yang lepas, 5 kali perkhidmatan tergendala dan  setiap kali service down kami terpaksa hubungi Unifi Customer Service.  Sekali down, dalam 2-3 hari baru nak solve dan yang terakhir ini sudah hampir 2 minggu tetapi masih tidak solve lagi…

Agak malang kalau service down hujung minggu or hari Jumaat dimana kami menghubungi TM Custermer Service dan diorang cakap takda technician yang bekerja hujung minggu so kami terpaksa menunggu sampai hari Isnin plak.

Ni satu pengalaman kami minggu lepas.

Selasa – 29 Nov 2011

Telefon tak berfungsi, takleh call-in dan takleh call-out. Call Unifi CS(customer service), dan CS arrange technician datang. Pada masa nih internet dan IPTV masih lagi berfungsi cuma telefon aja yang tak berfungsi.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 12:30pm

Pada jam 12:30pm, technician datang rumah untuk check… check punye check takda apa yang rosak cuma mengikut cakap dia card dalam MDF rosak dan kene reboot balik… ok lah tu.. Masalah selesai.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 10:30pm

Pada hari yang sama pada jam 10:30 malam…. Semua service Unifi takda langsung dimana phone, IPTV dan internet semua down… Call Unifi CS lagi… seperti biasa la.. dia suruh OFF dan ON kan setup box dan wifi router.. tapi service masih lagi down… then CS cakap ada upgrade kat kawasan saya dan service should be restored on the next morning @ 8am…

Sabtu – 3 Dec 2011

Pagi Sabtu (3 Dis) keesokkannya, dalam kul 10am tak restored gaks.. tunggu sampai petang pon tak retored gaks.. call balik CS… dia cakap dia akan fwdkan masalah ke network team…. Malam Sabtu pon masih takde apa-apa news dan semua service masih lagi down…

Ahad – 4 Dec 2011

Call lagi CS… dia cakap takde technician plak untuk datang check.. so kene tunggu Isnin…. HAMPEEEEEEHHHHH!!!!!!!!!!!! So, kat sini baru faham kalau ada masalah Unifi ujung minggu sekian maklum la kene tunggu sampai hari Isnin

Isnin – 5 Dec 2011

Pagi-pagi lagi dah call CS. dia cakap tecnician is on the way… by 2pm diorang cakap should be an update.. tapi HAMPEH takde… ada la 5 or 6 kali call CS rasernya tapi semua jawapan sama… biasalah jawapan diorang kene forwardkan masalah ke bahagian network untuk solvekan…. Dalam kul 5pm baru service restored.

Selasa – 6 Dec 2011

Telefon plak bagi problem balik.. takleh call-in n call-out balik…… call CS.. Service restored selepas reboot devices. Dalam hati terdetik macam nak kena balik jer nih

Rabu – 7 Dec 2011

Hari Rabu (semalam) dalam sebelah malam…. problem balik ngan telefon.. masalah sama… takleh call-in n call-out… kali nih dah reboot semua devices pon down gaks… call CS…. dia cakap they will attend this problem on the next day…

Khamis – 8 Dec 2011

HARI INI KHAMIS (8 Dis)….. PAGI 8 am.. SEMUA SERVICE UNIFI DOWN BALIK UNTUK KALI YANG TAH KEBERAPA TAH DAH TAK BOLEH KIRA LAGI…. CALL UNIFI CUSTOMER SERVICE….. PON SAMA JUST BAGI ALASAN YANG SAMA DAN SAMPAI SEKARANG NIH PON SERVICE MASIH LAGI TAK RESTORE…

Kepada Telekom Malaysia…. TOLONGLAH PELANGGAN macam kami nih.. kami nak satu perkhidmatan yang stabil bukan perkhidmatan yang kejap ada dan kejap takda macam biskut……

TOLONGLAH………. dari 29 Nov sampai sekarang  nih Unifi masih lagi problem.. takkan sampai nak masuk Aduan Rakyat kot baru nak amik tindakan…

UPDATE : JUMAAT 9 DEC 2011

Setakat jam 10:00am ni.. semua service masih down.. dah call CS diorang cakap diorang dah hantar technician dan kalau technician tak call balik sebelum kul 5.. diorang suruh call balik CS

3:45pm : semua service masih lagi down dan tak terima apa apa call dari technician… nih raser macam dah kene kencing ngan TM nih…. hampeh tul……

Sabtu 10-12-2011 12:30pm :

Technician datang dan tukat BTU,… Alhamdulillah… selesai dan semua masalah dapat diatasi selepas menguji tahap kesabaran kami

AHAD 11-12-2011 7:30 PM

HAHAHAHAHAH… JADI BALIK… TEPON DAH TAKLEH CALL-IN N CALL OUT.. this is really HAMPEH……

ISnin 12-12-2012

Service Unifi dah restore balik.. boleh senyum balik dah

PS: tapi apa-apa pon… sekalung pujian kepada Unifi Customer Service sebab layan kami dengan baik dan tahan dengan kerenah kami

 

Tags: