RSS
 

Archive for the ‘My Notes’ Category

Give Away : Sapa Nak Novel Adam & Hawa ?????


07 Nov 2012

Sapa nak Novel Adam & Hawa??? cepattt free je. Kan sekarang tengah hangat citer tu? I bukan lah peminat novel, tapi sebab citer dia panjang sangat cam nyampah plak spent 1/2 hour just to dengar lagu la, or just tengok dorang SMS..mengalahkan sinetron indon or citer drama hindi or telenovela. Jalan citer best dah tapi BORING plak. So I beli buku baca, dah.. tgk pun forward je…

Sapa nak?? Kalau sapa nak email je kat SINI, cakap

Saya nak Novel Adam & Hawa kerana ____________________________ . Pastu berikan cadangan,posting apa yang menarik untuk dikongsi disini? pasal masak ke, nak ke? review ke? apa -apa je

Tak pun tulis je kat komen tu. Sapa yang mengayat paling best akan dipilih sebagai pemenang. Satu je pemenang ye. Pertandingan akan diadilli oleh adik saya Sidah.Tarikh tutup adalah pada hari Khamis 11.59pm , 8 Nov.

Ok  bye

 
 

Pasal Breastfeeding pun mau propa ke?It’s on Galaksi


06 Nov 2012

Sapa tengok Galaksi Sabtu Lepas? I tak tengok tapi, terbaca pasal isu ini kat Facebook. Hish apa la, pengacara and Kiah propani..macam takde isu. Pasal seorang artis menyusu anak kat Lobby punjadi isu besar.Jijik sangatke, ibu yang menyusu anak kat public?

You all lakan yang menyusu anak kan… tengah dok tempat orang ramai sekali anak dok meraung nak susu, sampai hati tak you all rilek tangguhkan dulu. takpe anak nangis tahan je..Kalau I tak sampai hati, mesti kasi susu. In my case memang kalau menyusu badan memang takde bekal botol kat luar. Less hassle. Yang penting, pakai baju yang proper, ada nursing cover dah cukup . Tapi budak kecik kalau menyusu dia  kira dah nak selak baju mak dia semua kan, I think itulah yang terjadi pada artis tu, Bukannya dia sengaja nak tayang aset, maybe anak dia selak ke..paham jelah budak kecik, kalau dapat susu macam setahun tak dapat. Kiah propa cakap selak sehabis baik.Bagi yang tak tengok lagi..sila ke Tonton, Galaksi episod 42 minit ke 20.

I told Kheirul about that,dia cakap ..yang tukang cakap tu, mak dia tak kasi susu badan ke dulu?? hahaha ada lagi orang yang kolot, yang menganggap menyusu badan in public sesuatu yang memalukan. I think ni perkara biasa. Sepatutnya, kalau nak propa..propa pasal artis yang pakai baju ala ala dah nak terbogel ke?

Sepatutnya pengacara kena peka pada benda macam ni, ramai yang terguris, ramai ibu-ibu yang menyusu complained.Pernah tak you all tengok citer Charmed season 7, The Bare Witch Project? Ha yang ni Phoebe, buat protest pasal satu restaurant yang misstreat Piper masa breastfeed Chris kat situ. Dia pun, sebagai tanda protest, dia naik kuda naked.pusing town. Ha yang tu orang nak tengok plak… kolot.

ANW, Rayyan dah fully wean off, finally…Alhamdulillah. Now dia dalam phase makan tak ingat :)

 

 
 

Pakej Berkhatan


05 Nov 2012

Curi Sekolah dah dekat, mula lah dok bertanya pasal bersunat. Ingatkan nak sunatkan Ashraff next year, tapi papa dia cakap buat this yearlah..next year cuti sekolah dia pendek je. Ok Ok ok… so kita kenalah slow talk dengan Ashraff. Mula-mula dia tak nak menangis, cakap nanti birdy dia putusla.. bla bla..but akhirirnya…dia setuju. Alasan dia, lepas sunat, dia jadi tinggi and kena cat bilik dia.

So sekarang mama dia kena mencari pakej yang sesuai untuk bersunat. Any of you tau  tak atau berpengalaman?

I need these info

  • Klinik/ Hospital
  • Cost
  • Method , Conventional/Clamp
  • Berapa lama boleh sembuh

You all… anak I dah nak remaja gitu. Next year darjah 3. Bila anak dah besar macam macam hal sikit. Sekarang…nak pi sekolah pun ngadap depan cermin betulkan rambut. Tanya nak pakai baju apa kalau keluar…aiihhh..cepatnya masa berlalu

 

Plan Cuti Sekolah


31 Oct 2012

Lagi seminggu cuti sekolah. yeay… bestnye.Bebudak yang yang mak budak sure penat sebab tiba-tiba anak jadi ramai kat rumah. Kena layan makan-minum, asyik masak jela nanti. Kiterang takde plan pun lagi. Takde plan nak pergi cuti kemana-mana kecuali nak balik kampung. Tapi before balik kampung kena lah habiskan cat rumah dulu. Pening kepala tengok rumah tunggang langgang . Semua barang tak duduk kat tempat yang betul.

Bila rumah tunggang langgang, nak kemas nak buat kerja lain pun malas.Dengan langsir yang belum berjahit. Semalam patut dah jahit dah, tapi tak jugak buat sebab Rayyan ni, suap makan dia je satu jam, pastu nak tidokan dia pun makan setengah jam. Bila dia dah tido, time nilah nak masak dengan tenang. Dah settle masak tengok jam 4.30, dah malas nak jahit sebab bila dah menjahit cepat je masa berlalu terus kena pi amik budak kat sekolah.

Begitulah rutin harian. You all dah ada plan cuti sekolah tak?

 
 

Hari Raya Haji Kami


30 Oct 2012

Dah habis dah Hari Tasyriq, baru nak update. heheheh semalam budak sekolah petang je, jadinye komputer  tu jadi rebutan la kan. Pastu Rayyan bangun awal. Hmmmm raya haji kami, kiterang raya kat sini je, macam biasalah. Kalau tak dapat cuti, memang raya kat sini. bebudak dapatlah cuti tapi Kheirul tak dapat.Nak balik tu boleh tapi taknaklah bersesak dalam jam dengan bebudak pastu kejap je lepak kat kampung. Maklumlah kiterang ada dua rumah kena balik. so to be fair, tak balik terus.Paling kurang balik kampung kena seminggu baru fair untuk ke rumah mak saya n mak suami.

So dipagi raya yang hening, Kheirul pergi masjid tak  bawak Ashraff. Ashraff tak puas hati nape tak ajak dia. hahahah, sengaja tak bawak sebab papanye nak tolong melapah daging. Kang kalau bawak ada je komplen panas, lambat komplen. Pastu tak pasal pasal komplen and kasi alasan untuk taknak sembahyang jumaat plak kang. Sementara Rayyan tengah tido, I pun masak le sikit. Buat pulut kuning, ayam bakar and goreng mihun. Pulut kuning tu I tanak je, Mak mertua ajar.

Selalu kalau makan kat kedai pulut yang tanak tu lembik, memang tak suka, buat dia ajar tak lembik pun. Senang je, kalau pulut 3 cawan, air/santan mesti 2 cawan. Malas nak angkat pengukus semua tu. Raya kedua plak, kiterang sibuk car rumah rumah. belum siap lagi, maybe 2 weekend baru siap.

 
 

Tags: