RSS
 

Archive for the ‘Makan Time’ Category

Bake chicken, pasta and bake mushroom


11 Mar 2013

DSC_5279

Ini adalah makanan yang telah saya masak masa birthday Kheirul 2 bulan lepas. Lama dah baru nak share. Selain buat tiramisu in glass, I masak gak main dish.Takdelah  special mana, masak apa yang ada kat dapur. Tengok ada banyak white meat, so dari dok simpan lama dalam freezer, baiklah buat bake chicken. Ayam tu, I perap dengan black pepper and salt then salutkan dengan bread crumb. Pastu shallow fry for 2 mins each side then bake with cheese and pasta sauce. Mozarella cheese takde so guna je cheddar cheese. Pastu rebus pasta, serve dengan pasta sauce yang telah di masak dengan ayam tu.

 

DSC_5283

Then this is appetiser, stuffed mushroom. Disebabkan baby birthday boy tak boleh makan fresh mushroom jadi kena pakai mushroom yang dalam tin je. Kalau ikutkan I , I tak suka canned mushroom sebab rasa dia tak berapa sedap and mushroom tak moist . Untuk stuffed mushroom, inti dia, I just stir fry some garlic with chicken and mince mushroom, salt n pepper then letak sikit parsli. bila dah sejuk, I gaul sikit dengan bread crumb and cheese. Pastu bake for 15 minutes.

Simple je masak kan. Masa birthday Kheirul yang kelakar nye, pukul 4.15, I dengan Rayyan nak keluar pi amik abang n kakak dia kat sekolah, tapi tetiba je, kiterang terkunci kat luar rumah. Kunci kat dalam. Terkunci kat luar rumah maksudnya, takleh keluar takleh masuk . Nasib baik ada ipad, hp, makanan dan minuman.Kalau tak mau Rayyan mengamuk kebosanan. Lama gak lah dalam 30 min menunggu Kheirul balik. Dia balik boleh gelak-gelak sbb kiterang telah nyanyi lagu tolong kami bantu kami.Jadinya sesama lah kiterang bertiga pergi amik bebudak kat sekolah then balik celebrate birthday :)

 

Jemput-jemput Udang


25 Feb 2013

Budak-budak kat rumah nikan..sukalah sangat dengan jemput-jemput. Cakaplah jemput jemput apa pun, jemput-jemput pisang? Udang? kosong? Ikan bilis semua dorang bantai. Memang kalau tau buat jemput-jemput, standby je dok tanya bila boleh makan. So pagi Sabtu, macam biasa la pukul 10 baru breakfast. I buat jemput-jemput udang sebab tak tahu nak masak apa. Kalau roti semua dah bosan. I teringin nasi lemak tapi macam takde sambutan je, kang beli kang…malas la nak susahkan Kheirul hehehe..padahal boleh je, drive tu. Biasala weekend je.. manja tak nak drive

BEbudak ni kalau makan jemput-jemput mesti siap ada sos tomato. Tak best kan makan dengan sos tomato. Dorang takleh… burger, hotdog, telur apa-apa yang berkaitan dengan sos mesti sos tomato. Sos cili tak nak.  Jadi masa makan jemput-jemput, I buat cam ni ha senang..takyah tanya ni sos apa dan tak payah banyak-banyak pinggan. JEmput-jemput Udang dengan Kopi O… sedap makan masa pagi hari yang sejuk.

tnc

Haaa I buat macam ni… T for tomato, C for cili. Tapi sos banyak tu tak cukup dorang. Tambah lagi tu…

I ada letak resepi dia kat sini. Senang je..letak lah bawang banyak sikit, udang lebih tapikan kalau ada udang geragau fresh tu mesti sedap.

INGREDIENTS

  • 2 1/2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • 10-15 ekor udang- buang kulit and kepala
  • 1/2 biji bawang besar- hiris nipis
  • daun bawang dan daun sup – hiris
  • 1 biji telur
  • 1 cawan taugeh
  • garam secukupnye
  • sedikit kunyit untuk pewarna
  • air untuk bancuhan

METHOD

  • gaulkan semua sekali bahan sehingga sebati
  • panaskan minyak masak secukupnya
  • goreng bancuhan tadi
  • sedia di hidang dengan sos cili/tomato

 

 

Resepi Sup Cendawan


07 Feb 2013

 

Ini adalah cendawan Korea. Jarang kat rumah ni dapat makan mushroom sebab si suami alergik dengan mushroom. Cendawan korea ni, pelik sikit sbb dia ketul-ketul besar. Tapi rasa dia sedap. Lagi sedap dari cendawan tiram. Tapi takleh la lawan cendawan pbusut dan cendawan sisir. Dulu kat kampung, selalu la dapat makan cendawan sisir masak lemak cili api . Kecik-kecik dulu selalu cari kat batang getah lepas musim hujan. Cendawan busut (kulat pusu) plak akan tumbuh kat kawasan busut. Selalu masa kecik-kecik, kalau kulat busut tumbuh maknanye nak banjir. Entah betul ke tak. Selalu kat  rumah , mak masak kulat busut dengan cara tumis iar campur dengan pucuk manis dan pucuk miding. Kena pulak dengan ikan masin goreng ke, Makan dengan nasi panas time hari-hari hujan…pehhhh.Tapi awas jangan main kutip je cendawan sebab banyak cendawan beracun. Cendawan beracun boleh buat kita pening, muntah, mabuk-mabuk dan paling takut membawa maut. Sila tanya orang tua.

Ni resepi plak , resepi untuk anak bandar la.Ni cendawan korea, hari tu test sedap manis rasa macam ayam

INGREDIENT

  • 1 mangkuk cendawan korea
  • 1 keping dada ayam -hiris nipis
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun bawang untuk tabur hias
  • 1 sb minyak untuk menumis

METHOD

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan lada hitam hingga naik bau
  • masukkan ayam,kacau hingga masak
  • tambah sikit air (jgn banyak sbb cendawan akan keluarkan air)
  • bila mendidih, masukkan cendawan
  • rasakan dengan garam, bila mendidih tutup api
  • tabur daun bawang , sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin goreng

Note: Masak dengan ikan bilis lagi sedap. cara: tumis dgn ikan bilis. Dah siap tabur plak dengan ikan bilis goreng

 

 

 

ZZ Sup Tulang


06 Feb 2013

26012013832

Akhirnya, berpeluang jugak nak makan kat sini. Last year masa pi Singapore, hajat nak singgah sini kedai tak bukak plak. Kali ni pergi memang dah plan dari KL. Pukul 2 lebih kot sampai, ke pukul 3? Lupa la…

26012013833

Ini lah suasana restoran dia. Memandangkan kite  lupa bawak camera, so guna henpon nokia je la ye.Tempat dia besar gak, ada tempat bersila, berkerusi.

26012013837

Kiterang amik tempat bersila, then cepat-cepat order sebab lapar sangat. Satu nasi ayam untuk bebudak share, 2 mee rebus.Nasi ayam dia so so oklah tapi mee rebus dia!!!!

 

26012013838

Sedap giler. 6 bintang. Kuah dia pekat likat, cukup manis , masam kena pulak tergigit cili hijau dia. sedap. Sebenarnya kiterang order mee rebus tulang, tapi tulang belum masak lagi, jadi mee rebus daging je la. Memang kalau next visit, kena gak pekena mee rebus tulang.

26012013839

Dah habis mee rebus, order plak sup daging, kalau ada tulang memang tulangla kita order. Punca sebenar kiterang order sup adalah disebabkan oleh sup dari nasi ayam bebudak ni. Sup sesajor pun sedap, terus order sup daging. Budak kan suka hirup sup.

Insya’ Allah nak pi lagi, try pi malam plak ke pi time breakfast? PErgi dua-dua la… oh saya sudah tamak !!!!! Servis dia ok tak la lambat or cepat cuma keadaan meja melekit, lantai melekit, susah nak makan kalau kena dgn budak yang jenis super hygienic freak. Semua benda kata dirty and tak nak duduk.Afriena and Rayyan la tu. Lantai pun taknak pijak

Mee Rebus Tulang…wait for me!!!!!!!!!!!!!!!

Alamat dia

Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang
Lokasi : Jalan Petrie 5/1 , JB
Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM

Nak senang masuk FB dorang 

Pesanan untuk En Kheirul… Kita try mkn time breakfast plak nak tak?

 

 

 

Tags:

Tiramisu In Glass


23 Jan 2013

DSC_5290

First time ni buat tiramisu. Buat ni pun sebab untuk celebrate birthday suami yang tercinta. heheheh. Sekali lagi.. Hippy Birthday Suami…Sorry lah takde hadiah pun. Isteri takde duit la. Isteri hanya mampu buat kek dan dinner je. Since tengah hari lagi I dah start buat tiramisu ni. Resepi kastard dia I guna dari  Joy Of Baking. Dan untuk base I guna cake biasa celup dalam nescafe. Tak guna pun crisp ladyfingers tu. mana mau cari. malas nak keluar dengan Rayyan pastu balik pastu keluar balik. Siap masak kastad, kasi sejuk then baru assemble. Masa buat kastad…umm sedap baunya. FYI… kat resepi tu cakap guna RUM tapi I tak guna sbb haram…tukan alcohol. I baca …Rum tu boleh ganti dengan jus apple atau nenas. I tak guna pun. mula-mula ingat nak letak rootbeer je dalam kastad tu hahaha… suka hati je kan.

Sapa kata buat tiramisu susah? senang je rupanya. Lepas assemble, simpan dalam fridge untuk 3-4 jam. Bila nak hidang ayakkan serbuk koko atas dia pastu boleh lah santap. Afriena makan banyak la.  Biasalah perempuan… mesti suka dessert kan.

Resepi Tiramisu cara saya

Cream Filling:

1 cawan susu – bahagi 2

1/2 cawan gula (saya kurangkan lagi dalam 2 sudu)

2 sudu tepung gandum

3 biji telur kuning

1 sk esen vanilla

2 sudu butter

150g cream cheese – mascaporne takde dlm peti sejuk

Base 

sponge cake

Coffee Soaking Syrup:

1 1/2 cawan nescafe pekat

Topping:

Cocoa Powder for Garnishing

 

Cara buat kastad

masukkan separuh susu dan gula dalam periuk, kacau dgn api kecil.kacau sampai nak nampak mendidih tapi bukan mendidih. Sementara tu pukul telur  dgn susu, gula dan tepung dalam bekas yang lain . Bila susu nak mendidih.tuang kan susu tersebut kedalam mangkuk yang berisi campuran telur dan kacau hingga sebati. Lepas tuanglah campuran tadi dalam periuk dan kacau hingga pekat. Bila dah pekat dan takde ketulan, tutup api dan masukkan esen vanilla dan butter.  tutup kastad dengan plastik wrap dan simpan sejuk selama 2 jam atau lebih.

Bila kastad dah sejuk, keluarkan dari peti sejuk. Dalam mangkuk lain kacau keju krim hingga lembut dan sebati, lepas tu baru masukkan castad tadi dan kacau sebati

To Assemble

kacau kopi dengan air panas. rendam sponge cake dalam air kopi lepas tu transfer dalam gelas comel-comel. pastu isikan kastad. buatlah berapa lapis yang anda suka. bila dah selesai kerja assemble, simpan tiramisu dalam peti ais. Bila nak makan ayakkan serbuk koko. kalau ada buah berry boleh la letak.

Sekian sahaja resepi saya..anak dah nangis. Memang dia takleh tengok mama dia dok ngadap PC.

 

 

Tags: