RSS
 

Archive for the ‘Free Time & Hobbies’ Category

window shop


07 May 2013

Lagi 2 bulan nak puasa. Sekejap je kan?? Ni tengah audit diri ni. Puasa dah habis ganti ke belum? hahaha ada lagi 2 hari. Bila nak ganti, hari tu demam, pastu gastrik, pastu kalau hari sebelum tu lapar sangat..I tak puasa next day. hehehhe. OKlah…kita citer pasal window shopping nak?

Sejak unifi belum lagi nak dibaiki, masih lagi dok pakai Umobile. Not bad la Umobile tapi takleh lah pakai untuk tengok TV. Kat rumah ni semua benda bergantung pada internet. Jadinye sekarang takde internet, maka takde astro, maka kena tengok TV1, TV2,TV3,NTV7, TV8 dan TV9. Kalau pukul 8 berita…semua berita haih bosan kawan. Kalau berita yang betul takpe, ni dok citer pasal negatif. Kena off sebab bebudak nanti tanya..mama apa maksud ” itu”..maksud “ini”, Budak peringkat nak belajar kan. Jadinya window shopping lah menjadi pilihan saya.

Online window shopping. Kalau browsing internet, Kheirul tanya buat apa tu? windoww shopping. Dia gelak je sbb macam kelakar kot browsing barang kat internet ada dia. Actually browsing internet like window shopping sungguh menenangkan. I tengok apa barang mau beli. Ni ha kena tambah lagi koleksi seluar panjang kat Ashraff, sebab senang nanti kalau outing then dia nak solat. Kalau berseluar pendek, nak bawak kain lah apa.. nanti mama dia kena bebel. Kalau dah browsing untuk Ashraff, lagi 2 orang pun kena gak buat. Tapi kalau dah browsing untuk 3 budak tu.. mama dia pun join sekali. heheh. Pastu papa dia cakap..nanti dah beli claim ye. hohoho itu sudah tentu. Seriously, sekarang lagi suka beli online dari US dari beli kat shopping mall. sebabnya??? rimas lah dengan bebudak yang berlari sana sini, pastu rimas dgn dorang baru sampai nak balik, nak makan, gaduh-gaduh and lastly, beli online jauh lebih murah.

oshkosh

 

Suka beli kat sini..murah

 

Chinese New Year punye cerita


13 Feb 2013

Setelah 4 hari cuti, hari ni bebudak dah sekolah. Jangan tanya kenapa, sekolah dorang lain sikit ye. Tapi memang terisi dengan aktiviti lah. Kiterang tak balik kampung sebab 4 hari memang tak cukup nak cover 2 rumah. So kite melepak je. Bermula hari Sabtu, My siblings datang rumah then kiterang keluar makan sate ramai-ramai. Terus rasa pening ada anak ramai hahaha. Bebudak ni lah lari sana-lari sini. My sis cakap pening aku , tak tahu mana satu nak tengok. nasiblah ada lagi 3 beradik yang single tolong melayan. Biasalah bebudak jumpa sepupu. Rayyan plak menjadi tumpuan orang sebab dia topless kat Satay Samuri. Dia cakap baju basah, padahal peluh. Abis makan kiterang balik layan bunga api kat tepi tingkap rumah. Memang macam nilah rutin setiap tahun, cuma tahun ni pertunjukan bunga api macam kurang. I rasa sebab tokey-tokey takde duit kot maklumlah harga barang semua dah naik kan.

safe_image

<< nak tengok bunga api click gambar>>

Pagi plak, bangun tido lepas breakfast pergi swimming. Swimming pool tu macam kitarang yang punya sebab tak de orang. Suka lah bebudak ni dapat swimming especially sikecik . pandai dah selam-selam kepala dalam air.Masa takde orang nilah boleh ajar bebudak berenang. Afrienalah terutamanya. penakut sangat. Rayyan kelakar… tanya dia papa tak swimming ke? dia jawab, no papa ipad (main ipad) pastu abang n kakak dia cakap papa lazy bone .

Antara breakfast dipagi hari, tengok apa yang dimimpi untuk di masak

boss kecik nye breakfast. telur wajib setiap pagi. mee goreng makan bertambah

tengok muka memasing kalau cakap nak pi swimming

Ni jiran depan rumah yang bagi. Memang jiran depan and sebelah depan tu akan kasi something every CNY. rapatla jugak kadang bersembang tepi pintu kiterang bertiga. cite pasal anak la apa lagi.

2 hari berturut-turut pi swimming, cuma semalam tak sbb kena stock up barang dapur.mahal betul barang sekarang. paling terkejut, pencuci pinggan sunlight yang dulu RM3.99 kadang kadang RM2.95, sekarang dah RM7.30? terpaksa pakai jenama lain. seriously, kalau pi survey barang dapur kat singapore terus rasa sakit hati. Like that day masa beli Milo Australian recipe cuma S$17, pastu nampak Australia Milo, imported nya harga baru S$21.60 kat fairprice tapi kat Village grocer yang 700g harga dah 49.99??? giler mahal. Ada yang tanya sedap ke Australian recipe milo ni? my kids love it so much sbb milky taste.

290120131273

Hari tu beli kat Cold Storage Singapore. Nutella tu cuma S$5.95 kat sini RM18 (kalau yang besar S$10.25 kat sini selalu RM29.99 paling murah nampak RM24.99), Skippy S$4.95 sini RM15-18 and the Milo. Memang la tak banyak beza n kalau drive semata ke sana nak beli barang dapur memang tak berbaloi, just nak compare harga. Kalau duduk sana dengan gaji yang S$3000 , boleh survive beli macam ni kot, tu tak termasuk perks lain . just saying. tak puas hati sorry kua..

Oh ya CNY ni, 2 kali gak lah pi pasar malam semata nak makan chicken dinasour… haih budak-budak ni. buat homework yang banyak esp Ashraff ada assignment kena pakai computer. Advance betul dorang. Dia siap cakap my hand so tired typing. hahaha takpe Ashraff practise nanti boleh update blog plak. Sekian lapuran untuk hari ni

tengah taip assignment

Note: Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Jejai of  teratakarmo.com atau Azhar Ramli yang telah pulang ke Rahmatullah jam 3pm semalam sehari selepas hari lahir beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

 

Big Bad Wolf Books Sale


26 Dec 2012

Dah abis dah pun baru nak update. Tapi takpe nak tunjuk dak beli buku apa. Kiterang pergi hari Sabtu. Hajat di hati nak cari buku bacaan untuk bebudak. Tapi tengok buku banyak jenis fairytale plak…so cancel la. Sebab I suka lagi kalau buku tu macam buku princess fatima ke… buku untuk kanak-kanak yang bercirikan islamic. Buku-buku fairytale dah banyak kat rumah yang orang kasi. And as for me, hajat mencari buku islamic biography tapi tak jumpa. Tapi tu tak membuatkan kiterang tak beli apa apa, sbb bebudak mintak buku resepi. Hehehe..apalagi suruh amik sorang satu. Suruh amik yang hard cover…
6

Coom Book for Kids… yang ni Ashraff punya..ada cara masak mac n cheese, burger,roti, , pie siap dgn gambar.

7

Yang ni plak Afriena punya… Baking. haih dapat je..mama later we bake ok. banyak resepi baking. Yang dia tak sabar buat ialah monkey bread. Selain cake ada pie, tart…macama -macam la

5

Yang ni I punya… nak belajar pasal more n more

4

Beli gak buku latihan untuk bebudak. Takpe belajar advance sikit.

3

Yang paling best… Cupcakes kit. ada silicon tray, nozzle pastu yang satu lagi tu, silicone cup for cucakes. Setiap kotak tu ada buku resepi. Now , sapa yang excited? mak ke budak-budak?

 

 

 

 

 

Tags:

Redecorated Mirror Frame


24 Dec 2012

Afriena la…dia kan banyak je idea dia. Sekarang tengah nak siapkan bilik dia…so adalah cermin kat bilik tu,dulu maid punya tapi maid dah takde so dia lah guna kot. SO dia cakap …can we colour and make new frame mama?

Oklah …boleh..

So Letsss

181220121198

Bahan yang diperlukan, cermin, kertas keras (kertas kadbod), glue, water colour, white paper and double tape

181220121199

Potong kadbod dan bentukkan 4 segi  unutk bingkai cermin

 

181220121200

Balut frame dengan kertas putih

 

181220121201

 

Hiaskan… boleh warnakan dia, tampal stcker, letak manik-manik, bunga  ikut kreativiti masing masing. Bila dah siap, bolehlah lekatkan pada cermin dgn double tape

201220121202

Afriena warnakan frame dia macam ni…I balut dengan plastik jugak sebab takut koyak.Senang tak? agak-agak dah boring warna/bentuk macam ni…boleh je cabut buat pesen baru :)

 

Tags: ,

Busy dengan Restoran Baru


25 Oct 2012