RSS
 

Archive for the ‘Breastfeeding’ Category

The breastfeeding baby


07 Feb 2011

Hensem tak saya???

Alhamdulillah, so far Rayyan masih fully breastfeed. Pecah rekodlah. Sebab Afriena sampai 8 bulan while Ashraff 2 bulan jer. Since he fully breastfeed, Memanglah manja asyik nak berkepit jer. Pantang nampak mama dia lalu mesti dok panggil mama mama mama. Sampaikan Kheirul pun boleh cakap, apasal baby ni nak dengan mama je.

Dia cuma akan berkepit dengan Kheirul kalau nampak papa dia makan atau minum, Dah pandai mintak nak makan. Kalau nak something dia akan tunjuk  then cakap mamam mamam mamam. Kalau nak susu sekarang main selak je baju mama dia.

Now ada gigi dah keluar, hobi gigit sambil menyusu dah start. Dia gigit pastu gelak. Bila mengadu sakit kena gigit, Papanya cakap kite kasi dia susu botol jelah… Amboi… syian plak dengan baby. Dia isap botol pun tak reti ok. Pernah once I left him dengan Kheirul for 4 hours sebab ada meeting , dia tak minum pun susu eventhough tu susu badan. So macam mana nak kasi botol? One more thing, kalau nak kasi botol, sapa nak bangun tengah malam? I think I nak BF dia selama mungkin yang boleh. Rasa sedih nak berpisah  susu badan nih.

So far susu badan masih banyak. I drink Monavie. Some of my friends pun minum gak. Good supplement. And as for Rayyan, selain susu badan, dia kuat makan. Fevourite dia sekarang ialah roti. Next month tak tahu dia suka makan apa plak. :)

 

Tags:

No Idea


23 Dec 2010

I have no idea…. why some people like that….Takde idea kot dia,

Me??? always fulls of idea cuma masa jer takde. Asyik berkejar dengan anak-anak jer.BTW, since I have no idea what to write, let me share some idea for baby food.

Rice porridge

Kekadang, I pening gak apa nak masak for baby. Dah lah dia pandai pilih-pilih makan so, kena selalu tukar . Some ideas to be shared. Apa yang I masak untuk dia

Breakfast - Rayyan suka finger food, so most of the time dia makan baby biscuit or toast.

  • Baby biscuit
  • toast
  • baby cereal
  • Breast Milk – MUST HAVE

Lunch + Dinner – still bubur nasi. I selalu buat vegie stock, ikan bilis stock to be used for porridge.

  • bubur nasi + ikan bilis + carrot
  • bubur nasi + ayam + green peas
  • bubur nasi + oat + labu
  • bubur nasi + keledek
  • Rice noodle + vegie/chicken broth
  • bubur nasi +peas/carrot+tofu
  • bubur nasi + potato +carrot

Snack time – memang dia suka sangat

  • Banana – since dia ada gigi so, I kasi chunk banana jer
  • steam sweet potato
  • plain bread
  • rice biscuit
  • Steam epal/pear

Drinks – Now , I ajar dia minum pakai cawan sebab dia always tolak botol

  • Plain water
  • Baby juices – yang di beli or buat sendiri.
  • Breast milk

How to prepare baby juices?

- Senang jer, I steam apple or pear (pakai Microwave) , tambah sikit air for 3 mins then bila buah dah tender, mash it then tapis. Siap untuk diminum. Kalau malas, hakak beli jer. :)

Soon, nak introduce dia dengan cheese, egg yolk plak. Slowly

 

Tags:

Kurus saya kerana…..


26 Oct 2010

Gambar 2008 -nampak chubbykan….masa ni berat 52kg. Rimas sangat kalau badan rasa berat.Dah lah cepat penat. Masa ni stress dengan kerja and tengah sakit belakang.

Gambar 2009 – Masa ni berat 52kg gak. Tengah dok pikir camna nak buang lemak…hahahah

Gambar 2010 – Ha ni masa ni dah kurus.Berat sekarang adalah 48kg.

Masa event hari tuh ada org tegur kurus. kui kui kui. Memang I dah rasa badan ada sikit susut. Jeans semua dah takleh pakai. Jean yang ni saiz 27 tu pun dah longgar. Camner boleh kurus? I breastfeed my baby exclusively. Selain daripada tu, I pakai Spanx kat rumah tu pun kalau rajin. Minum yogurt regularly and exercise moderately.No pills No starving ye. Now badan rasa ringan sikit. Alhamdulillah. Nak kurus? breastfeedlah jawapan dia. Semoga berat I sentiasa macam nilah. Masa ni I tak pakai Spanx pun malas nak cepat.

Tapi kalau orang laki nak kurus I tak tau. Yang penting you all jagalah diri, pemakanan. Kalau boleh lepas makan jangan le baring. Nampak na pemalas. Cubalah duduk rest, cuci pinggan mangkuk ke, lap meja ker. Jangan jadi cam ular sawa ye.

 

Tags:

Menyusu dan berpuasa


13 Aug 2010

Semalam ada terbaca post pasal menyusu kat blog kambing bujang, so terdetiklah hati ini nak citer pasal my breastfeding journey semasa berpuasa. Ni kirakan first time berpuasa sambil menyusu. TO be frank, Rasa dia lain sikit. Penat yang eramat. Rasa macam kaki ada lembik sikit. Suara pun macam nak tak nak keluar. Tapi susu tetap banyak. Nak nak menyusu anak laki yang amatlah sihat badn dia.Walaupun baru 2 hari berpuasa tapi tetaplah nak berkongsi pengalaman. Alhamdulillah susu banyak and Rayyan tidak menunjukkan tanda-tanda lapar. Kalau tak puasa, everytime menyusu mesti I nak kena top up air hihi minum air la. kejap-kejap minum air. sampaikan kalau rasa nak menyusu tu, standby air kat sebelah sebab terasa dahaga sangat. Tapi masa bulan puasa, takde plak rasa dahaga cuma penat teramat.

Macam mana nak tambah susu semasa berpuasa? Since tak leh nak minum masa berpuasa, so bila berbuka, I minum air sikit, sikit bukan terus minum segelen. Dah 2 hari berbuka, bila azan jer, I akan makan kurma dan minum secawan air soya. Pastu baru makan kuih manis sikit. Seriuosly, I kena makan benda manis dulu sbb kalau tak macam nak pitam jer. Bila dah selesai makan nasi, I minum air kosong secara kerap alternate dengan air manis gak . My fav is soya and juice. so sebelum tidur mesti make sure minum air 5 gelas dah and 1/2 biji epal. Sahur plak, I minum air Milo panas tak pun Air Soya. Kalau ada fresh milk I minum je fresh milk. FYI I tak suka susu tepung. yikes. So masa sahur 3 gelas air make sure kena telan.PEpaham jelah time sahur nak minum air pun susah. Then sebiji kurma beserta makanan lain (selalu roti je masa sahur).

Alhamdulillah sehingga hari ini susu masih lagi banyak yang kadang -kadang baju basah. hahaha. Kuasa tuhan. Tu yang kadang-kadang, Afriena tanya

“mama, why your stomach got so many milk?”

Jawapan I,”cos I drink a lot  of milk”

Antara makan lain yang disyorkan makan untuk membanyakkan susu adalah

  • Oat – kekadang jer I makan, campur dalam masakan. Nak makan macam tu, macam kureng sbb tak syok makan sengsorang. I suka kalau oat masak dengan susu then makan dengan madu. Tapi time sahur nak masak?? Masak I pun boleh tertidur.
  • Sayuran hijau – yang ni momantai sebab I memang pemakan sayur
  • Kurma- Yang ni adalah yang terbaik.
  • Madu – kat rumah ada je madu, tapi lupa nak makan. I amalkan makan madu once a day in the morning. Kang sahur kena makan balik. Madu adalah makan yang bagus ok
  • halba- I tak suka ni. I allergy dengan halba sebab bila makan ni badan berbau. Susu pun berbau
  • horlick  and Milo – benda yang sentiasa ada. Selalu I bancuh campur fresh milk
  • Menyusu lebih kerap waktu malam – Rayyan macam pepaham jer, now asyik melekat jer tengah malam kekadang sampai 2 jam dok menyusu tapi mata pejam
  • Supplement lain – I tak makan supplemen. Jamu makan la

So pada ibu-ibu yang menyusu, selamat menyusu dan berpuasa. Besar pahala kita menyusukan anak. So far Rayyan belum makan solid lagi cuma baru di introduce jer. Nak tunggu 6 bulan ke atas baru start solid.

Note: Menyusu ni macam, Supply on demand, so kenalah kerap menyusu

 

Tags:

Dari Mata turun ke hati


24 May 2010

Dari Mata turun kehati, Itulah cinta pandang pertama.Hahaha amacam romantic tak? Agaknya setiap anak jatuh cinta kat ibu memasing macam nilah kan. Macam mana boleh jatuh cinta tuh? By breastfeeding. Tipulah kalau takde Ibu dan anak yang rasa terjatuh cinta antara satu sama lain. Masa breastfeeding tuh, wujud suatu perasaan yang tak dapat digambarkan.Entahlah tak faham saya bila ada ibu dan bapa yang sanggup buang anak.Cubalahmenyusu dulu, akan tahulah dia apa itu cinta.

I like this moment. priceless

 

Tags: