RSS
 

Archive for the ‘SawaBlog’ Category

Nasib Rayyan yang tidak diduga…


29 Jul 2010

Hari ini Rayyan diduga skit… Nak dijadikan cerita, pagi tadi kami bercadang nak buat passport untuk Rayyan. So, pepagi lagi dah pergi ke Pejabat Imigresen kat Shah Alam. Sesampai kami kat sana dalam jam 9 pagi, kami pergi ambil gambar Rayyan kat kedai gambar dulu… 5 minit siap gambar.. punye lah excited Rayyan amik gambar siap gelak terkedu lagi bila kene flash…

Lepas tu kami terus ke pejabar imergresen kat tingkat 2. Siap isi borang dan ambil nombor, kami terus dipanggil ke kaunter… memang cepat dan pantas Imigresen tu buat kerja… Lepas 10 minit pegawai imergresen tu panggil. Ingatkan dah siap tapi sebenarnya permohonan passport Rayyan ada masalah skit kat Sijil Kelahiran dia…. ADUUUSSSSS…… Selama nih semua orang tak perasan sijil kelahiran dia ada ralat tang nama bapa dia… Kesilapan ejaan daaa… so takbleh nak buat passport pasal nama bapa dia silap eja…  Baru perasan ejaan pada sijil kelahiran tu “KHERUL” dan sepatutnya “KHEIRUL”…Huruf “I” dah hilang daaaaaa….

So nak tak nak terpaksa pi buat pembetulan sijil kelahiran dulu lah sebelum buat passport. Tanpa lengah masa kami terus plak ke Pejabat Pendaftaran kat Plaza Masalam…. sampai kat sana plak pegawai tu cakap tak boleh buat pembetulan sebab Rayyan didaftarkan kat Kuala Lumpur dan bukannya Selangor.. so terpaksa bergegas plak ke Pejabat Pendaftaran Kuala Lumpur kat Maju Junction.

Tahu jer la kan… dari Shah Alam nak ke KL.. Masa pon dah kul 9:45 pagi dan kami terperangkap plak dalam traffic jam… peeerhhhhhh… dekat sejam la sangkut.. dalam kul 11:30 pagi baru sampai ke Maju Junction…. Terus ke kaunter ambil nombor dan isi borang semua dan sekali lagi Alhamdulillah.. nombor kami terus dipanggil…..

Untuk membuat pembetulan sijil kelahiran nih, bayaran sebanyak RM7 dikenakan dan segala dokumen asal kena serahkan kembali. Dokumen yang diserahkan adalah, Sijil Kelahiran Asal, MyKid, Salinan Kad Pengenalan Bapa, dan Borang Penukaran Butiran Sijil Kelahiran. Proses untuk membuat pembetulan ini mengambil masa seminggu….. so minggu depan baru boleh ambil sijil kelahiran yang baru…..Mykid pon kena buat baru dalam sebulan ke 3 bulan baru siap…….

Kene tunggu posting menggu depan untuk mengetahui cerita selanjutnyeee……

 

Tags: ,

Priceless moment


28 Jul 2010

 

Sarapan orang kelantan


27 Jul 2010

Rasanya hari Sabtu lepas makan banyak sangat .Semua makanan yang sedap.Alhamdulillah Allah kasi nikmat rasa lagi.

Ni breakfast style orang kelantan kat Keramat AU5..

Nasi Putih with gulai kawah for Kheirul. And yes for breakfast ok. Menurut kata Kheirul, gulai kawah dia sedap. I try sikit je sebab takut orang tu tak cukup. Pekena plak dengan solok lada and sambal bodo. Syiook. FYI sanggup orang tu ponteng kelas Taekwon-do semata nak breakfast kat sini.

Nasi Dagang, memang best giler. die die must eat. Rasa dia macam nasi dagang kat Melor. letak pelak sambal kelapa. I pesen makan nasi dagang,  mesti kuah banjir. Next time pergi nak makan lagi tapi nak mkn dgn gulai kawah. Jangan lupa samal bodo.I up dengan paru goreng yang banyak dimakan oleh Ashraff.

Ha yang ni plak laksam. kosong jer. no kerabu sebab it’s for Afriena. Laksam dia not bad tapi I rasa my kuah lagi sedap. hahaha sila angkat bakul sendiri. Ashraff? dia tak makan, cuma dok ratah Paru goreng and minum. Diakan ala western mana makan nasi. Lepas makan kena cari roti untuk dia plak.

Hah ni map dia kalu nak ke Medan Selera AU5 tu…. senang je nak pergi… landmark dia Petronas dan Esso jer… Medan Selera tu sebelah Esso tu…. kebanyakkan stall kat situ menyediakan masakan Pantai Timur…


View Medan Selera AU5 in a larger map

Ha yang ni takde kena mengena dengan Kelantan cuma selingan jer. Fried prawn noodle yang I makan kat Pavillion on Saturday Evening. Rasa dia not bad. Sedap.

 

Tags: ,

Our Vacation Wishlist


26 Jul 2010

Semalam masa dok lepak tengah tengok TV, tiba-tiba boleh keluar tajuk pasal vacation wishlist. Pastu tetiba je dapat idea nak buat posting. hahaha.

Our vacation wishlist are

  1. Morocco – memang dah lama berangan nak pergi untuk honeymoon tapi takde duit lagi. Kitrang nak pergi sana sebab suka tengok keadaan kat sana, nak try makan makanan kat sana and offcourse nak merasa berposing kat bangunan dorang yang lawa and also berjalan dalam Assouq
  2. Japan – Nak pergi disneyland and nak tengok cara hidup orang Jepun kat sana
  3. Gold Coast -tetahujelah kenapa
  4. Europe – preferably Eastern Europe, sebab kat sana masih ada lagi tinggalan bangunan lama, makanan yang pelik-pelik, scenery yang lawa-lawa. Yang ni kalau boleh nak round naik Motor. hahaha ni tak tau boleh buat ke tak.Kena pakai duit banyak nih
  5. Egypt – Sebab nak tengok piramid??? Entahla… from the day 1 Kheirul dok cerita pasal  Mesir yang sangat trill tuh, I teringin nak pijak kaki ke sana…
  6. Pulau sipadan – yang ni kena tunggu anak besar, sebab we want to dive

Most of the reason pergi vacation adalah kerana nak merasa and tengok tempat orang. FYI I am not really into shopping. Cukup sekadar sightseeing. Kalau beli pun ala kadar jer. Bila lah dapat merasa one of them nih..

Ada lagi satu tempat we all nak pergi…Mekah. But this is not a vacation. Ia adalah untuk beribadat. Insya’ Allah dengan izinnya akan sampai nanti.

What is your vacation wishlist?

Ni gambar Kheirul masa dok Mesir…

 
 

Tags:

My Birthday Wishlist


22 Jul 2010

Tengah dok sedap tengok Rayyan tidur sambil menikmati rasa Horlick suam yang segar, I dok pikir.. apa aku nak buat posting nih? Ting mentol lampu keluar…. My wishlist

My wish list for my birthday……..Tak banyak sikit jer

  1. Actually tak tau nak hadiah apa and normally I’m not asking for hadiah pun just a few kisses from the love ones. So untuk suamiku tak payah la beli hadiah memahal ke apa… hand bag mahal ker cos I’m not interested and barang kemas pun dah banyak…. SO no need to waste the money
  2. A birthday cake….birthday cake yang lawa and sedap and off course I buat sendiri hahaha. Yang kat kedai too sweet for us and me and Ashraff have problem with sweet stuff.
  3. A honeymoon.. yang ni susah sikit nak dapat sebab sapa nak jaga anak-anak. FYI we never left anak-anak dengan sapa pun. Takut menyusahkan orang so most of the time honeymoon bawak anak-anak.
  4. Bunga- tak payah bunga membazir sebab I prefer bawak pergi makan tempat best , I love seafood
  5. Cuti-cuti , ikutlah dalam Malaysia or luar Malaysia
  6. Last, a me time. En suami, saya nak mintak off day from being a housewife for one day. Let me go out have fun and let you be with 3 kids. Don’t worry me not going for  clubbing. dah stop dah semua tuh

So mana satu yang akan saya dapat? Kalau boleh nak semua but I may want no 6,5 and 3

Note: Birthday saya lambat lagi but normally dapat hadiah awal…:)

 
 

Tags:

Rayyan Gelak Sakan


21 Jul 2010

Suka tengok si Rayyan yang dok gelak sakan nih…. Dia naik congek cakgung. Dah macam budak besarkan…. Hari ni genap 4 bulan umur Rayyan. Cepat betul masa berlalu. Now Rayyan dalam proses nak meniarap. Kalau letak mulalah berusaha nak pusing. Kalau tak dapat gak cam marah jer dia. Pastu kiterang tolong dia sikit… then dapat meniarap senyumlah…

Tengoklah video nih.. nanti tengok ada orang dok jeles.. sapa lagi kalau bukan the drama queen. Kakak dia. Kalau adik dia dapat lebih dia jeles. Then kalau dia dapat lebih Abang dia jeles. Last sekali abang dia je dapat lebih. hihih Cute tak Rayyan???Lepas habis turn Rayyan, Afriena pulak naik congek cakgung.Nasib baik Ashraff tak mintak nak naik, kalau tak sure patah kaki papa dia :)

 
 

Cradle Cap


20 Jul 2010

You all sure pernah dengar cradle cap kan. Tau apa cradle cap? Cradle cap is a form of seborrhoeic dermatitis, which can cause a dry, flaky, itchy scalp. Some people said sebab hormon chnge and some people said because of fungus.

Uumm sapa ada anak kecik tuh mestilah tau. Last 2 months Rayyan ada cradle cap. My experience with 3 kids, Yang paling banyak cradle cap was Afriena. Sampai kena bawak pergi mandi laut. Masa tu tak tahu macam mana nak cure. Maklumla masa jadi ibu for Ashraff and Afriena, I was still young. Masa dorang ada cradle cap, we all only guna cradle cap shampoo brand De****x. Tapi hasilnye kurang memuaskan. Tapi still jugak pakai sebab no othe choice. Hasilnya lambat sikit.Afriena sampai setahun gak baru hilang.

But for Rayyan, Mama dia dah ala berpengalaman and off course belum tua okeh…. I searched and asked kat Farmasi and get to know that brand D ada sulfur. Then I macam ooo no wonder cradle cap lambat habis. And some farmasi like Guardian dah stop jual brand tuh. So I asked them apa brand boleh pakai for cradle cap problem? They recommended me Sebamed kids shampoo. Dalam masa 2 minggu cradle cap dah hilang.

How do I do it? Masa nak shampoo kepala Rayyan, I sapu sikit minyak baby kat kepala dia,tunggu for 15 minutes then berus or sikat rambut dia slowly and let the flaky keluar. Lepas tu baru shampoo rambut baby. Sebamed kurang berbuih . tu yang bagus. Bila abis shampoo bilas sampai bersih and make sure no more oily scalp. Alhamdulillah Rayyan bebas cradle cap.Actually since day 1 , my 3 kids pakai sebamed product sbb hospital supply tu semua but bila habis supply, Mama dia gatal tukar pakai J brand, tu agaknya one of the reason. So now we stick tu Sebamed jer.

Note: Ini bukan iklan atau nak show off ke apa ye sekadar pendapat dan berkongsi pengalaman :)

 

Tags:

Pau Yik Mun


19 Jul 2010

Ada sesapa pernah makan Pau Yik Mun? Kalau dah mesti tau rasa dia kan. Hari tuh kiterang tengoklah rancangan Warung kita cite pasal makan-makan nih. FYI I suka tengok review pasal makan-makan. So terkena hari tuh tengok review pau yik mun tanjung malim. Mak Aih jauh nyer nak makan pau kena pergi tanjung malim. So dok pikirlah takan kat Tanjung Malim jer , sebab dia ada kilang mesti ada outlet kat KL. So searchlah kan finally jumpa ada kafe Yik Mun kat Hartamas Shopping Centre. Sanggup tuh dari jauh ke Hartamas semata nak makan pau. FYI we all satu family suka makan pau.

Ha nila rupa paunye…. Dia punya texture lembut sangat. Gebu and seksi plak tuh…. Kiterang order 10 biji sebab sedap. Pau kaya dia sedap kalau compare dengan kedai lain sebab kaya dia kurang manis.Kiterang order 3 daging, 2 ayam, 3 kaya and 2 kacang. BAnyak tak?

Peminat pau.. dari kecik lagi seka mkn pau…minum air barli. Air rasmi dorang. mana pergi mesti carik air barli. Standard piawai Ashraff Air barli kena 2 gelas dia sorang.

Tengok isi dalam dia seksi tak? I makan 1 daging, 1 ayam and 1 kaya.

And semua orang share mi kicap kuah kari

Nilah kuah kari dia…. sedap gak cicah dengan pau… napa dia takde plain bun boleh cicah dgn kuah kari… Tokey plain bun takde ker???

Ha nak tengok bill dia?? tadaaa. OKlah sebab pau dia mmg sedap. So sapa yang nak pergi, kafe dia kat Hartamas Shopping centre depan supermaket Mercato. Halal ok no worry.Hari tuh tengok dalam Warung Kita kilang dia bersih… Oh ya yang frozen pun ada jual…kat kedai dia. Ni mesti kena repeat nih…

 

Tags: ,

Carrot Cake kat Pavillion


16 Jul 2010

Last 2 weekend rasanya berturut-turut pergi Pavillion for lunch on Saturday. Kenapa ye…. Jawapan dia weekend I cuti masak. Kalau masak pun on Sunday. Housewife pun kena off gak tau.ANW, berturut-turut gaklah kiterang order carrot cake. I loike.

But one thing, the dish so oily. Nasib bukan pakai minyak petrol. Kalau minyak petrol mesti dikurangkan minyak sebab harga minyak selalu je naik kan. SO far this one paling sedap I makan kat KL lah. Kalau kat Singapore lagi sedap sebab dia ada kerang and udang. YUmmy yummy. Macam nak ke Pavillion plak

 

Tags:

Swimming


15 Jul 2010

Budak mana yang tak suka swimming.. rasanye semua budak suka air. termasuklah Afriena and ashraff. Everytime balik sekolah mesti dorang pergi check timetable apa yang kena buat hari ni. For their timetable, I make sure ada play time . So swimming and playground tu mcm selang sehari. Kalau hujan main dalam rumah jelah… Yang kelakar nye dalam timetable ada homework dorang bebuat senyap jer…

Nantilah I tunjuk timetable dorang. Bukan nak strict sangat dgn dorang just nak didik dorang to follow the instruction and to manage their time themselves.

Mana tah Ashraff…. Afriena jer nak bergambar.

Ha tu Ashraff….

 

Tags: