Kenduri dan Kuda Kepang

Hari kenduri pagi tu…bangun lepak-lepak…aisemen..Rayyan bangun pagi la plak. Takleh nak sambung tido. Mak Long memang dah paham perangai I mesti nak sambung tido. dulu dok ngan dia harus dia tau perangai I. Bangun lepak sambil layan angin sepoi bahasa sembang ngan my auntie. Pastu Rayyan datang bisik..mama nak atan (makan) hehehe… Nenek dah standby breakfast dah pun. siap buat milo untuk cucu sedara. Bebudak makan egg sandwich, ada roti canai with kari daging kek dan my nasi goreng fav. nasi goreng pedas. Mana dia tau I nak makan nasi goreng ni?Kesimpulan yang makan banyak bebudak la. Rayyan makan sekeping roti canai, 2 potong kek dan 2 sandwich. Ashraff balun sandwich je 4 ke 5  and Afriena 2 keping roti canai yang disuap oleh my cousin.

Lepas breakfast lepak sesiap then terus ke rumah another cousin sbb dia nak tumpang. Sampai sana macam biasa salam semua orang macam raya gitu..then makan. Lepas makan, I lepak dengan bebudak kat playground. Suka cara perancangan bandar dorang ni. walaupun flat, tapi semua lengkap . Bawah blok boleh buat majlis, tepi situ ada playground which is playground dia duduk tengah tengah flat. jadinye kat playground tak kena panas sebab dok tengah tengah and kids feel safe. Tak macam sini, playground kat tepi jalan raya.

270120131262

dorang kendurikan candy buffet bukan lauk kenduri. My cousin yang lelaki melayan dorang.  maklumlah anak dah remaja..so layan jelah anak-anak I kan

270120131259

Kheirul cam biasa melepak dengan rakan-rakan sebaya :) Tu tengah tunggu genag la. Dia kalau jumpa geng dah lupa dah anak bini .hahaha bukan selalu jumpa teman sebayakan. Kalau balik kampung semua ipar muda-muda lagi

270120131267

Budak yang happy jumpa playground. Dok tolak je stroller dia

270120131270

Tak padan pakai dress, panjat sana, panjat sini. Yang kat belakang tu nampak gebang biru..tu tempat orang sediakan makanan

270120131260

One of my cousin. She’s the eldest cousin. Anak pun dah remaja.dah macam adik beradik dah kiterang ni

suria

me and cousin, Suria. Maaflah muka tak bersolek pun. bare skin with SKII gitu hahaha (sila jangan muntah)

moment

3 of us… sangat close dari kecik lagi. Siap mandi sesama masa kecik dulu kelakar la

first time experience dengan kuda kepang. Selalu masa kahwin ada kompang and silat je, but this time ada kuda kepang. I tengok la jugak menarik tapi sesuati yang mengejutkan, macam ada unsur unsur syirik . Macam mana tak pelik, lepak perform tetiba, penari-penari akan jadi tak sedar diri, ada yang sampai mata jadi putih then I tengok dorang bersilatla, menggelupur la. Kalau ikut logik selepas menari takde yang menggelupur, harus berkait rapat dengan jin. Kheirul la stay kat situ tengok. I bawak bebudak pi tempat lain sbb takut benda-benda yang tak diingini. Dahlah bebudak  selalu ada “third eye” Dalam 3 org yang macam tu. Dorang adalah yang pakai topeng. Kheirul cakap ada siap boleh berjalan atas tangan. Dia cakap lagi benda tu macam tak keluar, lepas kasi minum air, baru keluar. Then masa nak balik dorang ketuk caklempung 3 kali. Kheirul cakap..itu cara dia panggil balik kot. Ya Allah dorang ni tau tak benda ni haram ? I ada tengok kat you tube siap pakai kemenyan pastu yang  tak sedar diri tu akan minum air macam kuda..letak air dalam baldi, terjelir lidah and ada siap makan rumput. Yang kat kenduri tu, minum air sirap je kot :). Ni saja nak share supaya masing-masing tahu disebalik tarian tu. Takut kita terlibat secara tak langsung kan.Hanya untuk ingatan je. bukan nak kutuk sesapa.Ini adalah pandangan dan pengalaman menyaksikan penari yang kena rasuk ke apa.

Oklah… takmo cakap benda seram… I lepak dgn cousins..berbual pasal anak, pasal zaman remaja, lepak ngan makcik pakcik. Moment yang best tapi kejap sangat sebab lepas kenduri terus balik KL. Tapi sebelum tu sempat singgah shopping gitu :)

6 thoughts on “Kenduri dan Kuda Kepang

  1. Ayue

    heemphh…
    dulu2 tarian kuda kepang mmg camtu..
    tp dh lama dh kuda kepang komersilkan..
    cuma tarian je…

    masa i kecik2 dlu mmg slalu tgk tarian kuda kepang msa org kawen…mmg camtu lah…buat kerja kawen 3 hr 3 mlm..ada tu berhari2..kecik dlm tadika lg i msa tu..ahh seram gk klu igt balik… *eh msh kuat gk ingatan ni kan*

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *