RSS
 

Kenangan Seksyen 2, Shah Alam


03 Jan 2013

1 haribulan 1 2013 , kiterang pergi Shah Alam. Sebenarnya ke Masjid Shah Alam untuk cari jubah kat Ashraff. Lepas cari dan beli jubah, teruslah masing masing tanya nak makan apa, nak makan kat mana kan. tu biasa lah. Then Kheirul cakap, Seksyen tu la. Ok gak tu.nak makan ABC. Dah lama tak ke Seksyen 2 , ada la setahun lebih kot. Sampai sana, Rayyan yang memula excited nak makan…jadi takut-takut je, jalan menjenjeng je…hish susah betul budak bandar ni. Tapi itu tak kisah la… Sampai order makan bebudak dulu.. 2 orang makan hotdog sorang makan ayam uncle Bob.Pastu kiterang order Nasi Goreng USA and Nasi goreng Osama. Air plak..laici for Afriena, 2 gelas barli suam untuk Ashraff, 2 gelas jus tembikai untuk Kheirul and 1 ABC untuk saya. Tapi sebenarnya ABC tu Rayyan yang banyak makan :)

ABC

Harga sekarang adalah RM3, tapi rasa masih sama sedap.

Tempat makan ni dah banyak berubah..berubah dari segi meja makan, I suka seksyen 2 dulu , suasana yang terang senang nak nampak makanan yang di makan. Sekarang macam kelam je…dah tak syok nak makan. Pastu plan gerai tu macam tak kena la. Ada yang sempit la. Macam dulu kan best.sekarang macam sempit je nak jalan. Kebersihan sangat kurang. Ke dulu sama gak..mungkin sebab kiterang jarang makan luar kot. Dulu masa study, time dok luar,habis kelas tengah hari mesti keluar lunch ramai-ramai. Lunch kalau makan paling mahal lauk ayam RM3. RM1.50 boleh dapat sepinggan nasi dengan ikan keli. Air suam 20 posen. Kalau masa dok hostel, kalau hari lauk ikan jaket, memang berduyun-duyun keluar makan kat Seksyen 2. Ikan jaket tu kalau nak tau ikan cencaru goreng kering keras macam  kayu. Memang makan pun dah takde raa atau feel. Tak paham macam mana tukang masak boleh mengerjakan makanan macam tu. Kalau dapat lauk daging plak, adoii macam getah skrap jadinya.

Dulu I dok kolej seroja, jadi kalau lauk tak sedap kite seludup masuk dewan makan kolej delima takpun seroja 3. heheheh…masa tu mana la ada loan bagai jadi kena berjimat cermat kan. Seksyen 2 tu bila ada duit pi la cari makan sana. Time tu nasi ayam atau nasi goreng ayam RM2.50 je sekarang nasi goreng RM5. Zaman dah berubah. lepak hari tu pun tengok student dah advance. Masing-masing dah ada ipad kat tangan. Pakaian student perempuan pun tak macam dulu, Dulu budak hostel kena pakai baju lengan panjang, da baju kena labuh tutup punggung, sekarang memang ikut trend. Dekat foyer tu berlambak camtu. Pak guard dah tak heran kot

apa kengan you all kat U, kolej ?

Related Posts with Thumbnails
 
4 Comments

Posted by Yatie in My Notes, SawaBlog

 

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?
 
  1. eliss

    3 January , 2013 at 10:25 am

    nostalgia pulak bila sebut2 pasal zaman universiti yer :) saya hari2 yang kerja kat uitm ni pun lama dah tak makan di sek 2 tu.. tahun lepas pun sekali jer kot. tp memang rindu sungguh nak mkn abc tu :p

    Posting from eliss : Bersalin awal tahun dan hari pertama tadika

     
    • Yatie

      3 January , 2013 at 12:48 pm

      Hahaha eliss.. ABC tu sedapkan…semua ada byk harta karun dan ygenting murah

       
  2. ayuarjuna

    3 January , 2013 at 3:36 pm

    tempat yg lama tu lagi besh kan

    Posting from ayuarjuna : Ada Apa Di Bukit Jugra? Ada Bukitler….

     
    • Yatie

      3 January , 2013 at 5:06 pm

      Kan yg lama best mcm teratur dan cerah mata memandang