RSS
 

Archive for 2012

Alhamdulillah ..Ashraff dah bersunat


12 Dec 2012

Alhamdulillah ..Ashraff dah bersunat pada 11-12-2012. Kiterang buat jugak tahun ni sebab tahun depan dengan keadaan sekolah baru, cuti dorang tak panjang mana…so buat je la. Sepatutnya minggu ni ada orientasi dekat sekolah baru tapi, disebabkan dia bersunat so pihak sekolah cakap tak pe lah.. buat je next year.

Semalam bersunat punya pasal, everybody bangun awal. Belum 6.45 am, semua dah dalam kereta  . Sebab Ashraff kena sampai sana pukul 7.30. Sepatutnya Ashraff no.1 tapi sebab ada lagi budak awal so dia masuk no.2. Bagus gak, takdelah mama dia ni nervous. Dalam hati berdoa jangan budak yang masuk ni nangis atau berlari keluar. hahaha. Budak yang no.1 keluar..muka pucat tapi senyum bangga sambil makan lolipop :). So Ashraff plak masuk, siap mintak mama kiss dulu you.

Dia tak kasi amik gambar…

Sebab I tak masuk (kalau I masuk confirm I pitam tengok darah ataupun nangis sbb tgk anak kena “potong”) maka kita tunggu luar sambil menonton MHI. Menurut kata Kheirul, Ashraff mengalir air mata atau mungkin nangis sikit masa kena inject, pastu relax je. Doktor suruh selawat dia selawat, suruh baca komik ke tengok gambar pun dia buat?  Lepas tu doktor tu potong…, laser ,jahit dah settle. Nampak dia keluar senyum sambil pegang lolipop sbb dia takleh berapa makan manis so dia pegang je la.

Dah settle…semua orang senyum. memang gitu le budak kena sunat kat situ. nak masuk/keluar memang semua senyum

Sampai rumah, dia makan breakfast, pastu I suruh lepak main game atas katil, sambil I dok pikir camner nak cuci luka? I makan dulu sikit walau tak selera hahaha…pukul 9.45 kot, dia cakap nak shee shee aka pee, so kenalah bukak balutan. Lepas habis shee dia, so I pun kena cuci sikit luka, dgn air suam pastu blowdry dgn hairdryer. Lepas tu dia main game selamba je. Cuma nangis kejap masa nak bukak balutan tu je. Orang pantang ni makan banyak…nasi 2 mangkuk , pastu petang roti 2 keping dengan milo, malam nasi 2 mangkuk…kuah sup banjir. Hari ni masak sup lagi la kot.  Sup ikan

Sepanjang hari dia tak pakai seluar lepak je katil Rayyan (katil sementara Afriena sebelum bilik dia siap), so Afriena takleh masuk bilik, yang boleh masuk cuma mama and off course budak kecik penyibuk. kejap-kejap masuk check abang.. pastu cerita…

“mama… abang sasit (sakit)..

abang sakit apa?

bebird…ouch eeee.. sambil pegang bebird dia…

haih kepo je… seram je kalau dia masuk bilik check abang dia takut dia serang abang dia ke apa ke?  Last dia tertido kat tepi katil tunggu abang dia.

Gini gaya tido orang bersunat ye…Afriena tido atas…

Malam plak… I lap-lap je badan dia…pastu suruh pakai kain pelikat …kita buat macam ni senang dia tido. Alhamdulillah senang jaga dia..takde merengek.Makan pantang pun tak complaint cuma dia tanya, When I can eat lasagna? :)

 

Tags:

Merajukla ni


11 Dec 2012

ni rupa budak merajuk tak nak keluar bilik air… so dia buat-buat tido kat dalam tu

 

Lempeng cicah sambal sardin


07 Dec 2012

Orang lain sibuk dengan Durian Crepe… tapi saya??? hehehe lempeng panas cicah sambal sardin.

Resepi Lempeng

INGREDIENT

  • 2 cawan tepung
  • secubit garam
  • 1 telur
  • 3/4 susu – I guna air
  • 2 sudu mentega  cair- I guna 2 sudu minyak  zaitun

 

METHOD

  • kacau semua bahan dan kacau sebati
  • Adunan akan sedikit cair tapi takpe, lempeng jadi lembut
  • gris kuali, pastu melempenglah seperti biasa

Resepi ni macam English pancake. Anak-anak suka makan dengan madu.

 

 

 

 

Persiapan Sekolah


06 Dec 2012

Lagi Sebulan sekolah nak bukak. As for Ashraff and Afriena, Tak banyak mana barang nak beli, cuma baju sekolah je kot sbb  diorang takkan pakai baju sekolah biasa. Ashraff and Afriena akan ke sekolah baru next year.Harap dorang sukalah. So sekarang kena tunggu GB cakap colour baju sekolah dulu, baru boleh cari. Beg sekolah pakai yang  lama je sbb sorang ada 2 beg boleh gilir.

Oleh kerana dorang start sekolah lambat so kita rileks dulu la… cuti sekolah ni dorang byk lepak kat rumah sbb next year bila masuk sekolah no more main-main hehehe. You all dah prepare barang sekolah anak-anak?

dah nak remaja dah budak berdua ni

 
 

1st Experience


05 Dec 2012

Kalau rumah Nenek ada manggis, kat rumah Wan ada rambutan. Masa kat rumah my parents, ada manggis, so yang kait abah le… sbb takde orang panjat. Dulu kekecik selalu la panjat sekarang  jangan disuruh. Skill memanjat dah takde.

Dah tak banyak dah buah, tapi dapat gak sebakul setiap kali kait

Kekecik dulu… dok atas poko, kaki atas kepala bawah pun pernah buat you. Macam jantan betul . Tapi sapa budak kampung, panjat pokok adalah penting. So kat rumah Wan, rambutan plak, peminat dia semua orang esp Rayyan. Dia manggis, langsat durian semua rembat. Never say never.

Tayang rambutan yang dia sambut

So papa kait, bebudak ni kutip. 2 hari berturut -turut kait rambutan. Ni gambar 2nd day, balik dari Rantau Panjang, lepak jap pastu kait rambutan. Semua dok terpekik -pekik nak sambut.

geram plak nak potong rambut Afriena ni..tapi dia tak kasi

Yang jatuh atas tanah tak pulak nak berebut. Afriena..sian dia..punya excited sekali setangkai rambutan jatuh atas belakang..merah ..sakit la meraung la dia kejap je pastu melompat balik. Ashraff main sambut pakai bakul. Rayyan? dia kutip yang atas tanah…tapi bukan untuk isi dalam bakul tapi dia kasi mama suruh kopek rambutan sbb dia nak makan. Sikecik ni…makan je..makan rambutan tak ingat malam tu dia batuk -batuk…cepat-cepat sapu vicks takut melarat kang lelah plak.

Masa ni kot kena buah atas belakang

Suka bebudak ..macam nila anak bandar kalau dapat balik kampung..Teringat plak masa kecik-kecik dulu sepupu -sepupu dari Singapore datang, dorang siap amik gambar dengan kambing , lembu lagi hahahah

 
 

Tags: