
Memang pun 5 tahun blogging dapat RM50 jer. Yang ni my hasil blogging kat Mari -Mari Makan..oklah tu..hits pun tak samapi 20 orang satu hari hahahah

Memang pun 5 tahun blogging dapat RM50 jer. Yang ni my hasil blogging kat Mari -Mari Makan..oklah tu..hits pun tak samapi 20 orang satu hari hahahah




NI namanya takde kerja. Menunggu Kheirul beli seluar, tukar seluar, so I pusing-pusing tengok kasut budak perempuan. Semua cute and lawa kan. So, snaplah gambar kasut-kasut ni sebab nak tunjuk kat Afriena.Semualah dia berkenan . Tapi yang paling dia suka high cut colour pink tu..Jangan kata dia, mama dia pun berkenan.

Hari jumaat malam tukan… malas nak masak so Kheirul ajak pi cari burger kat Puncak Jalil. So dapat burger sedap makan-makan,tapi satu benda yang mengganggu, ada ajinomoto aihhh potong stim. Kalau ada ajinomoto terlebih, perut I akan rasa sakit berhari-hari. Sakit macam angin ada, cramp ada. Tapi kiterang still tak puas makan burger, so Sabtu petang tu mulalah mencari bahan untuk buat burger. Nak buat burger senang je, cari daging kisar. Untuk mendapatkan burger dgn texture yang lawa, mesti dapatkan bahagian topside. Sebab dia ada lemak sikit kat situ kan. Pastu jangan lupa bread crumb. Kalau yang buat sendiri lagi bagus. Beli roti, potong kecik-kecik masuk oven, toast sampai kering then blend. Pasal rempah untuk burger, boleh lah letak parsley and oregano bergantunglah, kalau you all suka rempah ala-ala Morocon, boleh letak cumin, paprika and mint. Ala macam nak buat kofta, pakai je resepi dia. Nanti nak try gak lah..tapi pakai lamb.Sedap gak ni
Berikut adalah resepi burger membakar jiwa raga
For those yang nak try resepi burger untuk yang berpantang atau jaga badan boleh tengok ka SINI

Sebelum tu.. saya tahu makan aja… nak resepi…. kene tanya orang rumah ye….

Dari Daging yang dikisar.. diadun dengan resepi rahsia….. jadilah Home made Patty Burger tersendiri.. takde jual kat kedai punya…

Apa lagi… goreng ler sesedap rasa…..

Akhir sekali, pepandai la cari pelengkapnya, cheese bawang goreng, tomato dan salad…..

Abaikan onion rings yang hangus tu ye…. ni penambah perisa ni….
Actually…how was your weekend? My weekend, memang penuh dengan aktiviti.
Sabtu, pagi lagi dah bangun, sebab macam biasa kena hantar Ashraff dan Afriena ke kelas Qiraati kat Sunway Damansara. Ramai orang cakap jauhnya…. 2 sebab, kelas tu tak ramai student so dorang selesa and seronok nak belajar. Lagi satu sebab, sebab dekat dengan IKEA and 1U. Senang nak tunggu. Actually I masih menunggu kelas untuk adult. Dorang tak cukup orang lagi. Sapa berminat nak belajar boleh lah tanya I. sambil hantar ank belajar, kita pun boleh belajar.
Okey.. Sabtu kiterang lepak kat 1U je sebab Kheirul nak beli seluar kerja.

sempat lagi beli popcorn for kids
Lama gak menunggu dia, so I pusing-pusing kat kawasan baby, lagipun Rayyan tengah tidur setelah kenyang. Fuhh harga baju bebudak mahalnya…Some brand is cheaper to buy through online. Habis, Kheirul membeli, kiterang beli barang dapur sikit kat Cold Storage then baru amik bebudak. Dorang habis pukul satu. Balik rumah pun dah sampai kat kul 3 sebab jalan jam. Balik rumah kasi dorang makan, pastu we all lepak-lepak tengok movie dalam bilik while kids main game.
Ahad plak, macam biasa..I lah yang bangun pagi, sapu lantai mop lantai pastu buat breakfast then kerah bebudak bangun mandi , makan buat homework. Aduuhhh kenapa ah banyak sangat homework sekolah cina ni???Rasa macam tension tau berbuku-buku kena buat homework. Sambil ajar homework sambil masak. Semalam masak asam pedas ikan kembung, udang goreng kunyit, telur dadar and ulam. Yummy..Alhamdulillah
Siap makan, sambung homework pastu keluar. Kiterang ke hospital. Sebenarnya, I sangat sedih. Kawan serumah masa kat UiTM dulu yang I anggap macam kakak, yang selalu tolong buat assignment, yang selalu keluar bersama, yang sangat caring, sedang sakit. She has tumor in her brain. Last Friday she had an operation untuk keluarkan tumor dia. And now dia dalam ICU. Masa I masuk tengok dia dalam ICU sengsorang, tersentak hati ni tengok keadaan dia. Terus menitis air mata, cepat-cepat lap, kalau boleh tak nak menangis depan dia. I cuma boleh cakap sikit je.
“Assalamulaikum Kak Ina, Yatie datang nak tengok akak. Semoga akak cepat sembut dan sihat kembali ye”
Itu je, lepas tu another friend datang, sama–sama berdoa untuk dia.My friend dah start crying, so cepat-cepat pull her out. Seriously, I memang sebak. Masa mula-mula jumpa husband dia just boleh say hi pastu keluar air mata dah…. Dah dekat nak balik tu jumpa jumpa lagi.. Cuma mampu berkata kuatkan semangat, bersabar dan banyakkan berdoa. Lepas tu Kheirul bersembang dengan husband dia.
Lama jugak kat situ lepas tu, kiterang ke Tanjung Malim makan pau sebab bebudak request. Dah alang-alang dekat je, terus pergi.
Kepada kawan-kawan pengunjung blog ini, Mohon doakan kawan saya semoga cepat sembuh ye. She has a blog too
Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin…