RSS
 

Siakap Kukus sempoi…


25 May 2012

Tadi dok sembang ngan Rayyan dalam kereta, dia dok kira orang dalam rumah kot kat belakang..then i nyampuk

Mama: Mama, Papa, Abang, Kakak, Rayyan

Rayyan : no no no….. Mama, Papa, Abang, Kakak, Baby (baby sebut slow je, dia malu)

heheheh budak ni perasan betul , ingat dia baby lagi

Oklah….meh sini I nak share ikan siakap kukus. Ni versi paling sempoii tapi sedap.

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ikan siakap -cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup -  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ikan  bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ikan separuh masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula)
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ikan dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ikan dah masak tabur, daun sup dan bawang, lepas tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

Cara masak ni senang and tekstur ikan sedikit firm. Sedap.

Related Posts with Thumbnails
 
1 Comment

Posted by Yatie in Fish & Seafood

 

Tags: ,

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?
 
  1. spudin

    30 May , 2012 at 11:27 am

    uish..sodap ni ..hha

    Posting from spudin : Najwa Mahiaddin Power Mendendangkan Lagu Inggeris