Apa Itu Kenderaan Hybrid?

Ini adalah posting berbayar 48 jam sticky.

Tahukah anda apa itu kenderaan hybrid? Dan tahukah anda bagaimana enjin hybrid berfungsi? Tentu masih ramai lagi yang kurang pasti atau tidak memahami apakah itu sebenarnya kenderaan hybrid kan? Saya ada juga bertanyakan soalan ini kepada ramai rakan-rakan saya dan jawapan yang selalu saya terima daripada meraka adalah kenderaan hybrid kenderaan yang menggunakan bateri dan enjin. Tetapi saya rasa itu kurang tepat. Untuk kepastian.. mari kita tanya orang yang pakar dari HONDA……

Mari kita saksikan perbualan saya dengan wakil kenderaan Honda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat berkaitan dengan kenderaan hybrid dari Honda.

Saya: Assalamualaikum bang..

Wakil Honda: Walaikum Salam. Boleh saya bantu.

Saya: Bang, boleh tak saya tanya, apa itu kenderaan hybrid bang? Apa beza dia dengan kenderaan biasa.

Wakil Honda: Boleh apa salahnya. Ok. Kenderaan hybrid itu adalah kenderaan yang dikuasakan oleh enjin dan dibantu oleh motor elektrik secara bersama-sama. Kenderaan Hybrid Honda seperti Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid menggunakan enjin 1.3L i-VTEC sebagai enjin utama dan dibantu oleh motor elektrik iaitu IMA (intergrated Motor Assist). Selain daripada itu, Unit Kuasa Pintar atau IPU (Intelligent Power Unit) yang merupakan gabungan 2 komponen iaitu bateri dan Unit Kawalan Kuasa, PCU (Power Control Unit) membekalkan kuasa kepada system hybrid kenderaan tersebut.

Saya: Pening kepada saya dengan bahasa teknikal tu bang. Cuba abang cerita dengan bahasa yang lebih mudah.

Wakil Honda: Ok senang aja.. Untuk setiap kenderaan hybrid, No.1, ia mesti ada enjin, No.2 ia ada motor elektrik dan No.3 ia ada sumber kuasa iaitu bateri untuk menjana kuasa system hybrid itu. Senang cerita, walaupun enjin kenderaan Honda Hybrid ini Cuma 1.3L tetapi ia member kuasa bersamaan dengan enjin 1.6L yang lain. Berkuasa kan.

Saya: Hah!.. Baru saya faham. Sekarang ni cuba abang cerita apa kelebihan yang ada pada kenderaan Honda Hybrid ini pula?

Wakil Honda: Kelebihannya banyak sangat. Enjin 1.3L i-VTEC dan System Hybrid IMA memberi kuasa yang optimum dengan mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api. Oleh itu, ia memang mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan pada yang sama ia menjaga alam sekitar supaya menjadi lebih hijau.

Saya: Saya nak tanya pula pasal penyelenggaraan ataupun maintenance kereta ni bang. Adakah dia perlu penyelenggaraan yang rumit?

Wakil Honda: Tentang penyelenggaraan, itu mudah sekali. Walaupun ianya nampak sukar dan rumit tetapi ia tidak memerlukan penyelenggaraan tambahan. Ianya seperti memandu kenderaan biasa yang lain juga. Cukup masa, hantar sahaja ke pusat service seperti yang tercatat dalam jadual penyelenggaraan.

Saya: Tapikan bang, saya ada terdengar ada orang cakap kereta hybrid ni berhantu. Sekejap enjin dia hidup, sekejap enjin dia mati. Lepas tu hidup semula. Macam mana tu bang?

Wakil Honda: Hahahaha!!. Itu bukan berhantu. Itulah system hybrid berfungsi. Mari abang jelaskan. Ada beberapa keadaan system hybrid ini akan mematikan enjin dan menggunakan motor elektrik contohnya jika kita memandu dalam pemanduan perlahan iaitu lingkungan 10km/h hingga 50km/h pada jalan yang rata. Pada situasi lain pula, enjin kenderaan juga akan dimatikan pada keadaan berhenti atau pedal brek ditekan dan memandu kurang daripada 10km/h contohnya pada kesesakkan lalulintas. Dan satu lagi, sekiranya menurun bukit pula, enjin juga akan dimatikan dan bateri akan dicas. Sekiranya abang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan cara system pemanduan hybrid ini, abang boleh membaca brochure ini bang.

Saya: Ooo… baru saya faham. Ingatkan enjin hybrid ini berhantu. Ok bang. Soalan last sekali bang. Saya tengok kat panel meter kereta tu kan bang, panel dia boleh bertukar warna bang. Apa pasal tu bang?

Wakil Honda: Itulah kehebatan kenderaan Honda Hybrid. Warna pada panel itu menyatakan cara pemanduan kita berada pada tahap mana. Hijau bermaksud cara pemanduan paling jimat, biru kehijauan itu maksudnya cara pemanduan kita boleh dikatakan jimat dan biru itu tidak jimat.
Setiap kenderaan Honda Hybrid juga dilengkapkan dengan Multi-Information Display dan yang paling hebat sekali, terdapat Scoring Function yang akan memberitahu kita cara pemandian kita berada di tahap mana… Stage 1, 2 atau 3. Ada reward juga tau. Jadi ini akan menjadi satu perangsang kepada kita untuk mengubah tabiat pemanduan kita supaya lebih ekonomi.

Oh ya… Jangan lupa untuk memastikan butang ECON sentiasa diaktifkan kerana itulah rahsia penjimatan pemanduan yang lebih ekonomi. Tidak perlu risau apa-apa, cuma pandulah macam biasa dan segalanya akan diuruskan oleh komputer dalaman kenderaan tersebut dan ia akan menjadikan pemanduan kenderaan hybrid ini satu yang menyeronokkan dan paling penting menjimatkan serta menjaga alam sekitar.

Saya: Huhuhu!!!…. Terima kasih banyak-banyak bang atas penjelasan yang panjang lebar ini. Ada brochure tak untuk kedua-dua model Hybrid Honda ini bang.

Wakil Honda: Ada… untuk Honda Jazz Hybrid dan Honda Insight Hybridada disini dan kalau nak maklumat lebih lanjut lagi, boleh layari di http://hybrid.honda.com.my. 

Sekarang ni saya pula nak tanya satu aja…. Berkenan tak nak pandu Honda Hybrid ni. Kalau berkenan tu, bolehlah kita sign apa yang patut lepas ni ya.

Saya: hehehhee… buleh… buleh……

9 thoughts on “Apa Itu Kenderaan Hybrid?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *