RSS
 

Archive for August, 2011

So Sweet!!! :)


18 Aug 2011

Tadi masa nak pi sekolah , depan lift masing -masing dok salam peluk cium sebab I hantar Ashraff pi sekolah, and Kheirul hantar Afriena. After salam-salam semua tiba-tiba Ashraff sound Afriena…

Ashraff : Afriena..you not salam me yet

Afriena : Oh sorry..sorry

Pastu Afriena pun salam Ashraff sambil cium tangan Abang dia. I senyum je. tapikan kalau nak tau dulu, kalau nak suruh salam cukup punya susah. sorang  kata dia busuk, sorang kata dia naughty… hish memacam. Now dah besar pandai sendiri. Yang penting kita bimbing dorang.

Masa kecik dulu, sayang sangat dia dgn adik dia

Masa baru masuk tadika. ni kat Cameron Highland

 

Nescafe Chill-Lah Contest


18 Aug 2011

Apa rasa ek kalau tetiba menang duit RM10,000? Mesti bestkan. Kalau I lah yang menang RM10,000 tu kan, I rasa I nak spend buat travelling kot. Tak pun shopping. hish tak abis-abis dengan shopping kan. Takpe shopping bebanyak, asalkan tak membazir. You all pun kalau nak menang duit RM10,000 boleh gak mencuba.

Nescafe ada buat contest. Nama contest dia Nescafe Chill-Lah. Ni ha I nampak kat ChurpChurp. Contest dia senang je. be creative. Design  tin Nescafe lawa-lawa pastu pas tu mana tahu anda menang RM10,000 tu kan…. Kalau nak maklumat lanjut bolehlah singgah ke laman Facebook Nescafe Chill-Lah nih

 
 

Tags: ,

Laksa Kelantan – 16 Ramadhan


17 Aug 2011

Semalam buat laksa… tak masak nasi. Laksa Kelantan. Sedap.

Memang makan banyak tak ingat. Sedap. peminat laksa katakan….

Resepi untuk laksa kelantan ada di sini..silalah CLICK

 

Tags:

Sahur @ McD


16 Aug 2011

Selalu citer pasal berbuka je kan..now let me story story pasal bersahur pulak. Kalau you all nak tau, kat rumah ni no one is eating rice for sahur. Paling berat makanan is roti. Kalau bebudak dorang akan makan cereal dengan susu. Yang papa nye cuma air dan kurma. And me? I minum 1 gelas susu/yogurt, air kosong 2 gelas, pastu  kurma or roti atau apa-apa makanan yang berkenan. Semua susah nak makan kalau pagi-pagi. Tapi cuba kalau bawak ke Mc D? Semua makan sampai habis.

KIterang pi sahur dalam pukul 3.30 gitu. Suka lah bebudak ni, kejut bangun tidur pun senang. Macam biasa, dorang makan cheese burger, pastu ada fruit and air milo. For me, I makan Big Mac, jarang I makan big Mac tapi sahur punya pasal big Mac nampak besar. Tapikan rasa macam tak cukup je. Big Mac macam dah kecik sebab dulu nak gigit burger tuh tak lepas satu ngap, kena buat bagi 2 baru lepas. Tapi sekarang satu ngap boleh lepas. Kheirul plak Chicken Mc Deluxe. I suka gak tapi takut nak makan pedas kang sakit ulu hati kang…

So sekarang bebudak dah merancang untuk sahur kat luar lagi. Sabtu lah ..hari sekolah cannot. Ngantuk beb. Oh ya, sahur kat Mc D ni, Rayyan pun sama sahur. tapi dia makan cheese je…pastu fries. Sahur you all macam mana?

 

Tags:

Rayyan & Ipad 2


16 Aug 2011

Kita lupakan pasal makan dulu…layan video Rayyan dengan iPad 2. Friendly user lah iPad ni sampaikan budak kecik pun tau pakai..

Lupakan kesepahan katil saya ye…sebab Rayyan baru sepahkan. Kalau Abang dgn Kakak dia buat sure kena marah..:)

 
 

Tags: ,