RSS
 

Archive for July, 2011

Something about Suvarnabhumi Airport


26 Jul 2011

Rupa-rupanya ada lagi cerita pasal Bangkok yang habis. Pasal Airport kat Bangkok. Airport dia biasa-biaa je tapi layanan untuk pasenger yang berkeluarga memang best. Semua benda dapat priority. Senang. Something about the airport we should know :

Halal Food.

Kalau nak makanan halal bolehlah ke tingkat 1 deng=kat dengan gate 8. Ada satu foodcourt nama magic food. Kat situ ada dua stall jual makanan halal. Satu tempat jual nasi campur, satu lagi jual Roti Naan.

Yang ni tempat yang jual Roti tuh. Roti dia not bad la. Boleh dimakan.

Selain dari tu, kat bawah ada jugak jual Pulut Mangga. Kat kawasan jual dessert.

Satu lagi tempat makanan halal ialah kat dalam boarding area. Antara gate E and F. Nanti akan jumpa lagi satu tempat makanan halal. Namanya Canadian Pizza.

Nilah Canadian Pizza. tapi bukan jual pizza je. Ada jual tomyam, pastu Japanese food ,western food dan macam-macam lagi.

Suasana kedai dia. FYI, Rayyan tengah minum susu tuh.

Nilah pizza dia. Actually ni makan sebab bebudaklah lapar sangat. dorang tak nak makanm sangat kat bawah sebab nasik kan

Takdelah mahal sangat makan pun

Selain daripada tuh, ada gak surau kat sini. Kat level 3. Surau dia memang teramat bersih. MAsuk je memang bersihnya surau. Kalau nak compare dgn LCCT la. Kat LCCT tu rasa macam daif sangat. takde orang nak maintain ke. at least tolonglah mopkan lantai ke, letak karpet sesikit ke. Dah lah berbau. Surau kat KLIA ok sikit tapi yang kat Bangkok ni memang bersih. Ramai jugak yang pergi sembahyang . Masa tu most of them are airport staff la kot.

Ok la tu je nak share. ANW for those yang tinggal posa last year dah habis ganti ke?

 

Tags:

Rayyan @ 16 months


25 Jul 2011

Terlupa plak nak hapdet pasal Rayyan. Rayyan dah 16 bulan dah. Dah besar dah budak kecik nih. Rayyan sekarang kuat makan.Asal tengok orang masak je, dia standby amik pinggan cakap nak. Makan plak tak nak bersuap nak makan sendiri. Minum air tak nak pakai tumbler nak minum pakai cawan. Suka berlari instead of berjalan.

Pastu suka berdiri depan fridge standby kot kot ada sesapa bukak fridge nanti bolehlah dia amik barang dalam tuh. Dah paham few words. contihnya kalau nak keluar suruh amik kasut, dah sampai rumah bukak kasut,suruh simpan kasut dia simpan. Kalau nak susu dia datang mention milk.Gigi dah banyak. dah ada gigi geraham dah. Manja sangat dengan mama. Suka berebut barang esp toys dengan Afriena, sampai kekadang tak puas hati dia kejar kakak dia and digigitnya Afriena. Dengan Ashraff? macam biasalah budak laki kasar.

layan toys sengsorang

Satu lagi pasal Rayyan, Rayyan minat bola. Kalau hari ada game bola mesti dia lepak depan TV tengok. Setiap kali nak shoot, dia pun jerit sama cakap gollllllllllll. Semua orang dalam rumah ni suka tengok bola kecuali Afriena, So kalau time bola Afriena mesti lepak dalam bilik main iPad sengsorang. pastu dia buat muka sedihlah sebab katanya takde orang kawan dgn dia.

kononnya driving la tu

Tengok tak bola Singapore lawan Malaysia? perghhh Ashraff sampai merajuk tak nak makan sebab Singapore dah sumbat 4 gol tapi bila Malaysia cover lagi 2 gol baru tersengih-sengih. Yang Rayyan lagi best, masa tengah tidur pun boleh tetiba jerit GOLLL!!! mengigau pun pasal bola. tergelak-gelak kiterang dengar dia jerit goll masa tengah tidur.

 

Demam Drama Tahajjud Cinta la plak…


23 Jul 2011

Musim demam siri drama baru ler plak…. so malas nak ulas pepanjang pasal citer nih nanti korang cakap terover ler plak…

Untuk geng-geng Sawanila.com yang dok kat London, Paris, New York, dan tak lupa juga geng-geng Kampong Mengkasor Pekan Pahang tu terutama sekali kepada Tok Nila tu, kami kat Sawanila.com ni takkan kechiwakan permintaan anda yang nak mintak link untuk DOWNLOAD Siri Drama Tahajjud Cinta ni… sila cucuk kat gambar diatas ye….

 

 

Tags: , , ,

Kek Karamel


22 Jul 2011

Semalam sapa tengok bola??? mesti semua tengok. kat rumah ni semua minat bola kecuali Afriena. Orang pekik goll pun marah. Ashraff semalam masuk keter je, “mama, tonight Chelsea vs Malaysia right?” me jawab, yes. Then dia ckp, “I finished up my homework at school, so no home work tonight”. wah excited giler anak aku nih. Bola punya pasal. Siap plan balik, mandi,makan, ipad then watch football. Rayyan plak, sambil minum susu sambil tu pekik gol. Dia team Chelsea sebab bila Chelsea pegang bola je pekik gollll. Imaginela punya bising rumah kalau tengok bola.

Ok back to tajuk sebenar, hari rabu lepas I buat kek karamel. Since kek ni begitu popular dalam internetkan. Cake of the month. Buat pun senang je.Buat puding caramel and sponge cake. Rasa dia? Cake dia lembut selembut kapas, rasa yang halus . Cake dia ala ringan kena plak dengan caramel dia kat atas . Rasa karamel yang meresap masuk dalam cake tu..peghhh sedap. Semua suka makan. Rayyan lagi best tengah dok mengadun dia dah standby pinggan nak jugak. Afriena kejap-kejap pi tengokkat oven. Katanya cake tu lawa.

Nilah rupanya bila di potong. kat atas karamel, kat bawah kek. Resepinya diambil dari Dapur Kakzu. Terima kasih Kak Zu. Tapi semua dah tukar sukatanlah sebab I pakai cawan. gula jugak dikurangkan sebab nak jaga kesihatan.

RESEPI

Karamel

2 @ 4 sudu besar gula…jadikan gulakan gula hangus.ratekan pde keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas (kastard)

  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2cawan gula castor
  • 1 sudu besar vanilla (saya lebihkan sebab suka rasa vanilla)
  • 3 kuning telur
  • kacau sebati..kacau dengan perlahan. Jangan kasi bebuih

lapisan kek span (A)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan minyak

METHOD

  •  ayak tepung dgn baking powder
  • pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang
  • masukkan gula..pukul kembang lgi hingge naik skali ganda
  • masukkan tepung berselang seli dengan air
  • pukul hingga kembang

meringue (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2 (saya ganti dgn 1 sudu lemon jus)

METHOD

  • pukul hingge kembang dan tak menitis
  • campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik
  • bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
  • masukkan kastard dalam loyang yang berisi gula hangus…
  • masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
  • Masak kaedah double boiler…40 minit pertame gune api bawah..selebihnye gune api atas bawah hingge kek masak…apepun bergantung pade suhu kepanasan oven masing2.
  • Bila kek dah masak biar sejuk dalam oven,
  • Bila kek dah sejuk, dengan sendirinya dia akan nampak merekah kat tepi.
  • terbalikkan bila dah betul sejuk kalau tak nanti karamel dia pecah
  • sejukkan dan hidangkan

senangkan??? buat masa ni saya tak amik tempahan lagi, nak tunggu master dulu.

Note: anda boleh warna kek sesuka hati. masa letak adunan kedalam loyang berisi karamel (gula hangus + kastard) , jangan risau, adunan kek takkan bercampur dengan cecair itu sebab adunan kek tersangatlah rigan. dia cuma terapung-apung je.

 

 

Tags:

Mind your words


21 Jul 2011

Pernah tak you all dapat complaints dari anak-anak you all pasal kengkawan dorang yang cakap kasar? Like Ashraff semalam masa amik dia kat sekolah, masuk je kereta dia citer.

Ashraff:  Mama, just now my malay friend said padan muka and bodoh

Mama: Dia cakap kat sapa?

Ashraff: me

Mama: then Ashraff cakap apa?

Ashraff : I said not bodoh, it’s budu

Mama: budu, ? budu tu apa?

Ashraff: budu is like Iyyâka na`budu wa’iyyâka nasta`în (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ)

Mama: oh ok, next time kalau dia cakap lagi bodoh or padan muka, Ashraff cakap it’s not me, it’s you

So I terpaksa ajar dia macam tu instead of ajar dia cakap benda yang sama kat budak tu balik.Bukan apa , takut dia guna perkataan yang sama kat rumah plak.Pening gak kepala kalau ada mak bapak yang tak reti nak ajar budak berbudi bahasa.Kiterang kat rumah cuba menjaga tatasusila bahasa sebab budak bukan nye paham apa yang dorang cakap. for sure dia belajar dari orang sekeliling.

Satu lagi, apa yang you ajar kalau anak you all kena pukul? I ajar dia, pukul balik. muah muah muah. That’s what my abah told me so as MIL.

“Ashraff kalau ada orang buli Ashraff like tumbuk ke,kick ke, you taekwon-do je “… ..tapi now dengar-dengar dia dok citer dia ajar kengkawan dia Taekwon-Do kat sekolah plak.