Halal Food in Bangkok:Farida Fatornee

Hahahaha.. Assalamulaikum semua. Masih adalagi citer kat Bangkok. Saja je kasi can kat Tok Nila punya entry. Dia dok bebel tak puas hati pasal rega kereta tuh. Almaklumlah orang baru balik UK kan.

Anyway, Jom dengar my coleteh plak.

Malam ketiga kiterang makan kat Farida Fatornee, walaupun hari tuh adalah penat giler. Tapi disebabkan orang dok citer sedap je kan harus kena pergi. Sampai je dari Dreamworld, masuk bilik harus semua mandi and sembahyang dulu. Then sesiap pergi makan. Semua lapar babe. Kiterang amik Tuk Tuk untuk pergi sana. Siap dengan peta kot kot orang tak tahu. Drebar tuk tuk dropkan kiterang kat depan masjid. Dia cakap ada berderet kedai makan Muslim.

nilah masjid dia…

Memang betul cakap drebar tuh. Adalah lagi dua restoran muslim kat situ. First one is Restoran Sibunga Tanjung, Restoran Makyah and yang last is Restoran Faridah Fatornee. Since kiterang dah plan nak ke Farida Fatornee, takdelah kiterang menyinggah ke Restoran lain.

Masuk je, dorang cakap, come come, tapi bila kiterang tanya boleh cakap melayu laju je cakap boleh. Dia cakap kelantan.Sukalah dok berbual sebab kiterangkan boleh cakap kelantan. Tapi kena cakap slowly takleh laju sebab dia tak baper paham.

Disebabkan lapar tahap gaban, pepehal order dulu. And first thing sampai adalah

Timun dengan sambal belacan. Appetiser hahaha sambal belacan giler sedap. Macam mana dia buat pun tak tahu. Bau belacan dia 3 hari 3 malam boleh lekat kat tangan.

Telur dadar wajib ada sebab bebudak suka.

Pastu sampai tom yam seafood. Haruslah order tom yam kalau datang siam. Tom yam ni pun ada letak santan jugak tapi dia tak muak. Rasa dia cukup masam, lemak manis and pedas. Dorang ni memang tak kedekut baranglah. Penuh udang dengan sotong. Memang sedap tapi kalau compare dgn MBK, I lagi suka MBK punya.

Yang ni plak, Ikan Kerapu 3 rasa. Memang kalau you all pergi sana patut dan mesti order. Sedap giler. Ikan dia fresh, pastu dia goreng rangup tapi still moist kat dalam. Kuah dia dia pulak ada rasa manis nenas, masam-masam sikit, pastu rasa pedas sikit. Memang sedap. Sampaikan tinggal kepala jer. Kepala ikan kerapukan keras so takleh nak geget. 5 bintang !!!!

Ni sotong celup tepung.Nampak je tak lawa, tapi rasa sotong dengan tepung yang dicelup, memang sedap. Sotong fresh lagi tak bergetah pun. I rasa I makan 3 ketul,Kheirul makan 3 ketul yang lebih nye Ashraff makan sesenyap. Afriena tak makan. Dia makan ikan je. Geram tengok sotong nih, rasa nak pergi lagi makan kat sana.

Elok je lepas makan, hujan. Masa ni baru habis azan maghrib. Boleh dengar dari Restoran nih. Tukang masak dia kariah masjid, so lepas masak dia terus ke masjid. Bini dia layan kiterang. Siap cakap, awak takpe musafir ada diskaun. heheheh. Oh ya mesti tertanya baper baht kena charge? Semua ni termasuk air minum untuk 4 orang ialah Baht750 bersamaan RM75. Murah kan?? Service dia tip top. Cepat dan sedap.  Agak-agak lepas hujan tuh, kiterang terus amik cab balik hotel. penat giler. Tapi I sempat merayap dengan Afriena dulu.

 GPS Position : N13 45.242 E100 31.805

4 thoughts on “Halal Food in Bangkok:Farida Fatornee

  1. IHSAN

    susah jugak nak cari ni,tapi jumpa gak, itu mmg ramai area muslim, saya makan disini dan restauran yana selalu, ini pon baru balik dari yana,haha,esok selamat tinggal bangkok,huhuh…..=.(

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *