RSS
 

Archive for January, 2011

The Reunion Dinner


27 Jan 2011

Brokoli and  Carrot steamed with oyster sauce + egg tofu

Next week dah nak CNY dah. Maybe some of my chinese friends dah ready nak for their reunion dinner kan. So as my family member kot. My brother who is married to Chinese wife pun mesti ada reunion dinner. Mungkin makan luar kot. For those yang masak maybe dok cari idea nak masak apakan. Hari tu I ada masak simple sayur tapi healthy sebab less oil . For those yang nak jaga badan pun ok kalau nak try this recipe.

INGREDIENT

  • 1 jambak brokoli – potong
  • 1 carrot – potong panjang
  • daging yang dah direbus
  • egg tofu – goreng atau steam
  • 1 tsp bawang putih cincang
  • 1 tsp minyak masak
  • 2 sudu oyster sauce + 1/2 sawan stol daging atau air

METHOD

  • panaskan minyak, tumis bawang putih
  • masukkan daging, goreng sekejap
  • lepas tu masukkan sauce, then kacau hingga mendidih
  • tuang atas sayur yang telah dikukus

Yang kat bawah ni ikan pulak, I masak ikut style Bobby Chinn from his Wild Wild East book.Sebelum masak ikan tu I cuci and rendam sekejap dengan asam limau nipis sebab nak hilangkan hanyir. Sebab bawal mas ni selalubau hanyir kuat sikit dari baal putih, tapi rasa dia sedap.Lepas cuci , I perap dengan garam for 30 minits, patu cuci balik. Ni sebab dia, bila masak ikan tu punya texture nampak firm.

Steamed Fish

Resepi: Ikan Bawal Emas kukus

INGREDIENT

  • Ikan bawal/siakap/kerapu
  • halia 3 inci – hiris nipis
  • sepokok daun ketumbar
  • sepokok daun sup
  • sepokok daun bawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 sudu kicap cair (I pakai kicap  Yuen Chun)
  • 1 sudu kecil kicap pekat (kicap cap kipas udang)
  • 1 tsp gula
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 tsp minyak masak

METHOD

  • sediakan kukusan
  • aturkan 1/2 halia atas mangkukk, letak ikan lepas tu aturkan halia atas ikan pulak
  • letak segala jenis daun atas ikan dan juga kayu manis
  • kukus selama 15 minit
  • dalam masa tu, sediakan kuah kukusan, campurkan  semua kicap dengan gula, kacau
  • panaskan minyak, goreng bawang putih hingga garing
  • bila garing masukkan kuah kicap, sikit air ( dlm 1/2 cawan)
  • lepas tu curah keatsa ikan.
  • Biar ikan dalam kukusan selama 5 minit, sedia untuk dihidangkan

Kalau you all nak tambah cendawan pun boleh tapi sbb Kheirul alergi dengan mushroom, so I tak letak. Nak pedas, tambah cili..We prefer light taste kalau ikan steam.

Selamat mencuba :)

 

Tags:

Bubur Nasi , resepi dari Bobby Chinn


26 Jan 2011

Lately, I suka sangat baca buku resepi Bobby Chinn. Dapat free hari tuh. Wild Wild East. Banyak resepi dalam ni. Most of them are healthy recipe.So last friday, I buatlah bubur nasi ayam. Mesti you all cakap, alahai buat bubur nasi pun nak ikut resepi ke? Heheheh sometimes, cara memasak boleh buat rasa masakan lagi sedap.

Resepi dia – sorryla amik gambar pakai henpon dihari yang mendung

So I follow some of his recipe… I tak masukkan fish sauce and salt je sebab, selain kiterang 4 orang yang makan, baby pun share the same menu. Lagipun kiterang ada telur asin so garam tak payahlah kan. I tambah dau ketumbar dalam bubur nasi dia. SO rasa dia sangatlah sedap takdelah hambar.

Semalam I test resepi lain plak… Steam fish. Nanti I sharekan resepi dia. Tapi I tak ikut 100% sebab I olah lain sikit. Ikut tekak melayu kite la. BTW for those yang berminat nak buku dia free, boleh check out sini. Buku resepi dia tak boring sebab dia banyak bercerita. :)

 

Tags:

Driving new car


25 Jan 2011

Hehehehe bukan nak menunjuk tau… just nak share. Today I bawak kereta baru. heheheh Thank you suamiku sebab belikan kereta kecik so senang nak drive sana -sini hantar anak-anak pi sekolah. Tadi masa mula-mula masuk kereta rasa lain jer. sebab kereta tu rendah. hehehehe OKlah tu.

Masa nak pi beli kereta,Suamiku dah tanya nak kereta apa… So I cakap kalau boleh nak kereta ini, sebab tu memang my dream car.

gambar dari SINI – thank you

atau kereta ini

Gambar dari SINI – thank you

tapi melampau la kan kalau I beriya nak kereta nih…. Kalau nak kereta ni I kenalah kerja sendiri. Lainla kalau husband kerja cop duit. ketong, ketoing (bunyi mesin cop duit)

So finally semalam dapat dah new car, Alhamdulillah everything OK, driving OK cuma rasa pelik sebab boleh main cilok pulak. feel macam bawak motor. Hahahah memang suka kereta ni sebab my first car pun kereta ni jugak.cuma kaler je lain..

gambar kereta lama I

Yang  baru nye  kaler biru. Sapa bawak kelisa memang taulah feel bawak kereta ni…Rasa macam nak terbang bawak kelisa, tekan minyak sikit jer, meluncur. :) Syukur Alhamdulillah…..rezeki.

NOTE: Tweet- tweet with us, CLICK SINI

 
 

Tags:

Hoan Kiem Lake, Vietnam


24 Jan 2011

Ada lagi citer Hanoi tak habis…. meh nak sambung kot kot mana tau boleh kasi info sesikit pada yg nak ke Hanoi. Tasik ni ada dalam itinerary, Maklum ada 1 whole day. Kat sini lawa untuk bergambar.Mengikut kata pakcik Wiki, Maksud tasik ni ialah Lake of the Returned Sword. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check wiki.Untuk ke Tasik ni, kiterang jalan kaki je dari Dong Xuan Market. Takdelah jauh lagipun hari sejuk, baik jalan kaki. Ni kira tourist spot.

Ni kat tepi tasik…. Tu jambatan tu nak ke Tokong. Actually kiterang tak tahu pun tu tokong. Nak masuk kena bayar.

ha ni kalau dok atas ni sejuk bangat

sejuk sangat…. dah lah kena posing

ni dah kat tengah tasik… budak ni rasanya budak homeless. kesian tengok dia, [akai kasut orang tua, muka macam kena pukul, baju pun sekadar nak hangatkan badan…. Dia dok main dengan Rayyan.Orang vietnam ni suka baby kot.

Cubaan mengambil gambar berdua

Kiterang kat sini dalam  setengah jam jer, pastu belah sebab Kheirul dok ngambik gambar. I lepak jelah.. sebab bukan menarik pun hihi sebab dia tokong. Cuba kalau tempat tu ada jual barang???? ye rambang mata gak jap. Lepas tu apa laei kiterang ke Nisa Restoran carik makan. Perut dah bunyik dah masa ni

 

Tags:

Memilih Bag DSLR


21 Jan 2011

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin membincangkan tentang bag DSLR. Tentu ramai dikalangan anda yang masih tertanya-tanya bag DSLR yang mana paling sesuai? Jawapannya mari kita rungkaikan satu per satu. Mari kita tengok kategori-kategori bag DSLR yang ada dipasaran sekarang…

Rollers Bags

Bag jenis Rollers atau sorong ini sesuai digunakan oleh golongan professional photographer yang ingin menyimpan banyak barang dan selalu travel jejauh. So…. sumbat jer semua barang dalam bag tu dan you are good to go. Biasanya beg jenis nih boleh menyimpan paling kurang 2 body dan 4 lens bersaiz sederhana. Kalu nak simpan lens serombong kapal pon boleh cuma kene korbankan ruangan yang lain ler. Disamping itu, gadget-gadget lain seperti flash, charger, dan lain-lain lagi dalam satu beg.

Kelemahannya cuma satu jer… Bulky. Besor ya amat dan berat pon boleh tahan gaks.. Sendiri mau ingat la kan.. semua barang sumbat dalam satu beg.. Satu lagi…ciri-ciri keselamatan pon kene jaga gaks beb… kalau ler beg tu hilang tgh jalan.. huhuhuhuh… nangis tak berlagu beb…

Shoulder Bags

Shoulder bags or saya suka guna nama “beg pion” nih selalu diorang kasi free semasa beli kamera. Beg ni oklah untuk digunakan oleh photog newbie or baru starts menembak. Barang-barang boleh disimpan dan dicapai dengan senang. Beg sandang nih pon ada banyak jenis dan bergantung kepada saiz dia… ada yang besar dan ada yang cinonet…

Kelemahan dia cuma satu jer… bahu terasa sangat sakit.. so terpaksa tukar-tukar.. kejap bahu kiri.. then bila sakit.. tukar sebelah kanan plak… Lepas tu plak.. kalu kita berjalan, beg nih bergoyang-goyang or berayun-ayun sekali… sangat tidak sesuai untuk perahu-perahu kecil yang ada kat dalam beg tu.. takut peralatan dalam beg tu raser pening dan cepat ghosakkk…. Secara peribadi saya pernah guna shoulder beg ni sehari jer.

Bagpacks Bags

Hah!…. Bagpacks or beg galas nih yang paling famous sekali dan paling banyak digunakan. Saya sangat syorkan untuk simpan satu bag yang ni jika anda seorang photographer.. tak kiralah photog sekadar hobi or cari makan.. Mesti simpan satu.

Bag jenis ni sangat sesuai untuk simpan banyak barang dan peralatan. Senang untuk dibawa kemana-mana… galas jer letak kat belakang n you’re good to go. Lepas tu plak.. ada jenis begpack yang tersedia slot notebook.. so boleh sumbat notebook terus dlm bagpack nih. takyah ada beg lain untuk notebook.

Kelemahan beg jenis ni cuma satu jer.. mengganggu perahu-perahu lain semasa menjalankan tugas.. Maksud saya… contohnye semasa menembak kalu pakai beg nih kat belakang.. ia sangat mengganggu orang lain dan persekitaran.. kekadang tu kawasan menembak tu sempit… sure eksiden punye terlanggar tu la terseret ni la kalu pakai begpack ni kat belakang… so ada skit menyusahkan ler semasa buat kerja….

Sling Bags

Sling bag nih seakan-akan backpacks cuma sling bag nih ada satu tali galas aja berbanding dua untuk bagpacks. Tujuan diorang design satu tali galas tu sebabnya untuk memudahkan mencapai barang dalam bag dengan meletakkan beg kat tepi. Saya pernah pakai beg jenis ni… memang senang nak capai barang dan boleh simpan banyak barang dalam satu beg… Beg ini saya katakan memang sesuai sangat untuk menembak di kawasan outdoor.

Cuma kelemahannya, bahu terasa sakit bila bawak kehulu dan kehilir. Selain drp tu… memang mengganggu perahu-perahu lain semasa menembak dikawasan yang sempit dan sibuk… so masa menembak tu.. terpaksa berhati-hati la…

Belt Packs

Kepada yang suka travel dan tak perlu bawa banyak barang.. beg pingggang si tersangat-sangat-sangat sesuai. Macam saya yang selalu travel nih.. kejap terbang sana.. kejap terbang sini… saya gunakan belt packs aja.. apa yang saya perlukan hanyalah satu body, satu lens malas (18-200mm), satu lens wajib (50mm) dan charger.. so beg ni sangat sesuai digunakan. Pas tu plak.. tak risau dan tidak membahayakan perahu-perahu lain… ikat jer kat pinggang then terus jalan… kerja menembak pon senang sbb tiada halangan untuk bergerak…. Capaian barang-barang sangat-sangat senang…. tak perlu letak beg… tengah berjalan pon boleh amik dan simpan barang

kelemahan dia ada gaks… Takbleh nak simpan banyak barang… dan kalau ada lens serombong kapal tu.. takbleh dah nak simpan……

Modular

The ultimate bag adalam jenis modular… Tanya lah semua photog otai semua… beg apa yang paling sesuai.. dorang mesti cakap ko pi cari Modular Harness seketul pas tu Modular belt satu… then cari modular packs untuk barang-barang lain.

Tujuan utama adalah ianya sangat-sangat 1000 kali sangat senang nak capai barang-barang. Pas tu plak.. modular tu memang sesuai untuk peralatan.. contohnye… untuk flash.. cari modular untuk flash.. ikat modular tu pada harness or belt.. selesai… Nak bawa apa barang pon ada.. just sangkut jer kat mana-mana… sekali saya pakai modular nih.. rasernye taknak lagi pakai beg lain ler masa menembak…… Kalu pakai benda nih.. memang tak raser sakit langsung… selesa jer.. raser sengal bahu pon takde walaupon dan menembak 8-10 jam… stedi jer…

Kelemahannye ada gaks… sapa kata takde… modular nih hanya sesuai digunakan semasa menembak.. tapi kalu nak travel naik kapal torbang ko.. orang cakap ko orang gila… sbb barang bergantung macam Din Beramboi dlm majalah Ujang tu…. So kene bawak gaks la beg sampingan kalu nak travel……..

Kesimpulan

Memang ada macam-macam jenis bag untuk DSLR terchinta tu dipasaran.. apa yang kita perlu tahu adalah…

  1. kegunaan beg tu
  2. barang yang kita ada
  3. keselesaan kita

dan yang lain-lain tu….. tepuk dada tanya selera………

Sekian….

 

Tags: , ,