RSS
 

Archive for January, 2011

Sembang Tok Nila tentang Timur Tengah


31 Jan 2011

Tok Nila tengok tibi dan pelik tengok apa yang dok tengoh jadi kat timur tengoh sekarang nih…  Alik -alik rusuhan sana rusuhan sini… Mintok jauh ler dari jadi kat Malaysia nih…

Google pics

Mula -mula tengok terjadi kat Tunisia… lepas tu pulok merebok kat Yamen dan Mesir.. peh  tu Jordan dan Algeria pulok ada bau bau nok start doh.. Bukan aper,, Tok Nila kesian tengok ader orang hok mati masa rusuhan tu.. bukan sikit orang hok mati.. doh cecoh ratusan orang rasernye….

Google Pics

Tok Nila raser rakyat kat sana doh tokleh tahan doh dengan pemimpin mereka yang tidok jager rakyat , tu pasei rakyat diorang memberontok. Perbezaan antara puok-puok yang kayer dengan puok-puok hok miskin teralu ketara…. peh tu pulok banyak faktor-faktor lain jugok hok menyumbang keadaan tu berlaku…

Kesian nengok mok bapok hok ader anok sedara mare hok duduk kat saner tu…. Dengor citer tepon tokleh, internet pon tokleh.. susoh bebenor nok kontek anok beranok kat sana…. tok lalu makan nasi nampoknye diorang dok memikirkan nasib anok beranok diorang kat sana tu

Apa-apa pon Tok Nila doakan supayer keadaan ni dapat dipulihkan segera dan keamanan dapat dikembalikan dengan segere….

 

Tags:

Sembang Tok Nila pasal Tempayan


31 Jan 2011
Image

Hari ni Tok Nila nok bersyembang pasei Tempayan. Hehehe… Kalu ikot definasi, Tempayan merujuk kepader tempat or bekeh mengisi air hok dibuat daripader tembikar. Biasernye bekeh tempayan ni macam-macam saiz ader… ader hok besor, hok kecik pon ader.. hok sedang-sedang pon ader… so mulot tempayan nih pon bergantung kepada besor bekeh tempayan ni ler…

Peh tu pulok, rekabentok tempayan nih macam-macam ada, dia ikut tempat dan budaya setempat. Ada yang berukir-ukir, ada hok berlukis-lukis, ada hok bubuh tulisan khat dan sebagainye… kalu kita kaji nilai dia pulok, ada hok muroh dan ada gok tempayan nih nilai dia sampai jutaan ringgit sebekeh.

Kalu dulu-dulu masa Tok Nila budok-budok lagi,  tempayan ni banyok diletokkan depan muker tangger rumoh dengan pencedoknye sekali. Tujuannye adalah untuk basok kaki hok cemar tu.. tapi sekarang ni payoh kita nok nengok rumoh yang ader simpan tempayan kat depan rumoh. Peh tu pulok, budok-budok sekarang nih ader gok yang tok kenal tempayan tu aper….

Sebenornye, tempayan nih berasal dari China peh tu tak tahu ler camne buleh sampai ke tempat kiter nih. Ader pulok tempayan nih digunakan bukan untuk simpan air jer.. ader gok yang guner untuk simpan makanan, barang-barangan dan juga ader gok yang guna untuk buat ikan pekasam, tapai dan memasak. Senang citer, tempayan ni banyok kegunaan ler.

Oleh kerana tempayan ni pelbagai guner, Tok Nila cukop tertarik pader peribahaser orang tua-tua… antara peribahaser berkaitan dengan tempayan adalah  Mulot tempayan, Telinga Tempayan, Dengar guruh dilangit, air ditempayan dibuang, dan macam-macam lagi. Ada sesetengoh orang tu suka sangat jadi telinga tempayan peh tu pulok mulot dia pulok  jadi macam mulot tempayan hok dok mengata orang… tak baik buat gitu… berdoser…

Citer pasal makan pulok. Tok Nila suker sangat makan roti nan hok diorang masak pakai tempayan tu.. huhuhuhh… nok nok roti nan hok bubuh bawang putih tu.. cicoh pulok ngan kari kambing dengan ayam tandori bakor dalam tempayan jugok.. huhuhuhuhuh… abih ler Tok Wan Nila kamu pulok bebel tiga hari tiga malam tok abih abih….

OKlah, Tok Nila berangsur dulu ler.. nak pergi jumper Tok Chik Budin hok duduk belakang kedei Poklang Husin nuh..

gi dulu….

Nota: Bekeh = bekas, hok = yang/untuk, muker = muka, tangger=tangga, cemar=kotor, payoh=susah, nengok=tengok, rumoh=rumah
 

Tags:

Tok Nila , Kolumnis Tetap Sawanila.com


30 Jan 2011

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah, untuk tahun 2011 ni, kami akan memperkenalkan suatu pembaruan bagi Sawanila.com dimana kami telah  menyediakan satu ruangan kolumnis tetap dalam blog kami. Untuk permulaan, kami telah medapat persetujuan daripada seorang kolumnis yang bernama pena “Tok Nila”.

Sebagai tanda penghormatan kami keatas beliau, kami akan memperkenalkan sedikit latarbelakang beliau kepada semua. Tok Nila ini berasal dari Pahang dan kebanyakkan tulisan beliau dalam loghat Pahang. Umur beliau dirahsiakan dan juga identiti beliau juga kami terpaksa rahsiakan atas permintaan beliau sendiri.

Beliau ni nampak je serious tetapi baik hati dan kelakar. Jangan marah ye jika hasil tulisan beliau ini agak laser dan menyentuh perasaan. Beliau akan berbicara tentang apa saja yang beliau fikirkan perlu dan antara topik-topik yang akan beliau keutarakan adalah berkaitan tentang isu semasa, lawak jenaka, permasalahan dan apa saya yang beliau fikirkan perlu.

Sekian…

Kheirul….

ps: Tok…keyboard saya dah serahkan kat tok.. so pepandai ler picit butang apa yang perlu ye….

 

Tags:

Looking for Bread maker


28 Jan 2011

Dah lama dah I dok mencari breadmaker… any idea apa brand yang ok? Harga yang berpatutan, tahan lama and tak besar sangat.

I’m looking for BM450 kenwood, tapi tak tau ok tak kot kot you all ada pakai ker kan… kalau you all pakai, nak taulah ok ke tak? Reason kenapa nak beli sebab rumah I ni semua suka makan roti, tapi kat sini limited choise. Kalau nak beli roti wholemeal or roti pelik, we have to drive ke Bangsar nak beli roti saja. And we all tak suka roti dihiris nipis.. suka tebal-tebal.

Kalau you all ada yang pakai Bread maker boleh tak sharekan dengan I?

 
7 Comments

Posted by Yatie in SawaBlog

 

Tags:

Rayyan @ 10months


28 Jan 2011

Lupa plak nak hapdet pasal Rayyan. Dah 10 bulan last 21 Jan. Dah besar dah budak kecik nih. Aktif tak terkira. Panjat sana sini. Kalau dia tak reti dok diam, senang jer I bukak tv suruh dia dengar azan. memenag akan duduk je situ. Kena cari you tube suruh dengar azan jer. Memang tak bergerak dia. Boleh buat kerja. Selain suka dengar azan dia suka tengok ramalan cuaca, and montaj TV3.

Sekarang Rayyan dah menunjukkan semangat untuk berjalan. Boleh jalan 4 langkah baru. Gigi? ada 4 batang, 1 batang tengah bertungkus lumus nak keluar. Sebab tu sekarang suka gigit mama dia. Nasib baik tak gigit masa menyusu. gigitlah nak kena cubit. Pandai berkawan, rebut mainan and kuat merajuk. Bab merajuk yang tak tahan sebab bila merajuk dia suka buat terlentang so kkena standby sambut takut terhantuk kepala kat lantai. Nak melekat dengan mama dia jer.Asal mama dia hilang dari pandangan mula mula, ma ma ma ma.  Boleh cakap nak mek mek or nen nen (susu) or mam mam (makan) . Agaknya mam mam ni satu dunia kot budak kecik pakai. Kuat makan, sekarang dia dah mula suka dengan bubur nasi tapi kena ada variety dalam tu, sayur n shredded meat, tak suka dah makan cereal. Suka makan bottle food esp Ratatouille.

Suka kawan dengan AShraff and Afriena cuma Afriena kedekut sikit bab adik dia amik mainan dia. biasalah tuh

Catatan ni saja I buat sebab nanti senang bila dia dah besar dia akan baca… hihi tak payah mama dia nak ulang citer dah. :)

 

Tags: