RSS
 

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


06 Dec 2010

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 1433. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:

Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009
Related Posts with Thumbnails
 
11 Comments

Posted by Kheirul Mohamed in My Notes

 

Tags: ,

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?
 
  1. attyfir

    6 December , 2010 at 2:13 pm

    salam maal hijrah utk sawanila.com

     
    • kheirul

      6 December , 2010 at 2:18 pm

      sama sama… selamat menyambut tahun baru hijrah

       
  2. fiqsan

    6 December , 2010 at 6:09 pm

    berdoa suatu amalan yang baik.. tapi berhati-hati agar tidak mengiktikadkan sekiranya aku baca doa ni segala dosa aku sebelum ni akan terhapus dll seperti mana dakwaan yang disandarkan dari hadith ibn abas. mudah2an kita sama2 mendapat petunjuknya.

     
    • kheirul

      6 December , 2010 at 7:38 pm

      Kuasa mengampun dosa terletak kepada Allah SWT. Kita cuma memohon aja dan segala ketentuan terserah kepada Allah SWT…

       
  3. StopIla

    26 November , 2011 at 3:52 pm

    Terimankasih ya hamba Allah, semoga kebaikan anda diberkati dan dredhai oleh Allah swt…amin.

     
  4. ahmad

    26 November , 2011 at 4:29 pm

    mohon saav gambar doa2 ini..terima kasih

     
  5. Itminaan

    26 November , 2011 at 5:36 pm

    Assalamualaikum,
    saya mohon izin untuk copy dan share di blog saya ya?
    Syukran jazeel…
    http://almauizah.blogspot.com/

     
  6. farhain

    26 November , 2011 at 5:46 pm

    Assalamualaikum, mohon share :) Semoga Allah merahmati kamu, InsyaAllah.

     
  7. Mohamad Ramzi

    26 November , 2011 at 7:32 pm

    Salam Maal Hijrah 1433 utk sawanila.com dan semua pengunjung laman ini..

     
  8. ariff musa

    26 November , 2011 at 7:47 pm

    salam maal hijrah…

     
  9. Hafidzah Hafidz

    27 November , 2011 at 3:29 am

    mohon share ye..salam maal hijrah (: