Sekarang ini ramai orang suka main ngan Photoshop dan buat photo editing. Ada kalanya kita membuat kesilapan semasa mengedit gambar tanpa menyedarinya. Cantik atau lawa sesuatu gambar itu adalah sangat subjektif dimana ada orang mengatakan ianya cantik dan ada pula yang mengatakannya buruk. Baik buruk satu-satu gambar itu bergantung kepada nilaian individu yang menilaikannya.
Saya juga pernah diajukan dengan soalan yang agak sensitif dimana ada orang bertanya untuk menilai/mengkritik hasil suntingan/editing sesuatu gambar dan apabila secara jujur saya mengatakan cara editing itu tidak kena pada gambar.
Oleh itu, secara amnya saya senaraikan kesilapan-kesilapan yang biasa kita lakukan semasa mengedit gambar:
1. Resize
Saiz gambar bergantung kepada keadaan dan penggunaan gambar itu. Gambar untuk cetakkan(printing) mesti besar dan beresolusi tinggi manakala gambar untuk paparan komputer seperti gambar untuk blog mestilah menepati saiz skin. Biasanya gambar untuk blog bersaiz diantara 400-1000pixel…..
Kesalahan biasa adalah panjang dan lebar gambar terlalu kecil. Berpinor mata nak tengok gambor yang kecil itu. Manakala saiz gambar yang terlalu besar untuk blog pula akan menyebabkan gambar itu lambat untuk load dan membazirkan bandwidth…

2. Aspect Ratio
Tidak mengekalkan aspect ratio. Gambar akan menjadi lonjong,gemuk ataupun kurus.

3. Over Sharpening
jangan sharpenkan gambar sampai jadi tak realistik….

4. Over Do
Terover do nih macam-macam.. over situration lah… over contrast la.. over apa-apalah.. so jangan terover do sampai nampak gambar dah tak jadi gambar

5. Hard Vignette
Vignette yang kasar ataupun terlampau besar juga memburukkan lagi gambar.

Ada banyak lagi kesilapan yang biasa dilakukan tetapi saya cuma sertakan 5 yang biasa aja.. jika ingin bincangkan lagi, topik ini sangat menarik untuk dibincangkan kerana ia suatu yang subjektif dan memerlukan ketelitian.
Sekadar itu sahaja untuk kali ini…. sekian…