RSS
 

Archive for September, 2010

21 Ramadan : Ikan Siakap 3 rasa dengan kismis


02 Sep 2010

Ni masak hari senin lepas. I masak siakap 3 rasa, campur buah ceri and kismis. Saja masak pesen lain .Nanti I sharekan resepi dia ok

Gandingkan pulak dengan sawi goreng kicap. Masak sempoi habis licin cuma nasi jer tak habis.

 
 

Tags:

Madames Foul dan buah keras


02 Sep 2010

Ramai dok email kat I tanya mana nak  beli kacang pool.

Some of Jusco supermarket ada jual . Nama dia Madames Foul cap kimball. Kat Tesco pun ada tapi bukan semua tesco. Kalau you nak cari pergi ke section makanan dalam tin, cari kawasan jual baked bean, kidney bean chick pea dan segala jenis kacang lah.

Ha siap dengan tanda harga lagi

Ha yang ni pulak rupa buah keras kot kot la nak masak kuah sapa tak tau rupa buah keras ke kan. Buah keras sedap letak kalau nak buat sambal tumis, kuah kari sebab dia menambah rasa lemak.

Oh ye kalau you all nak resepi Kacang pool, click here

 
1 Comment

Posted by Yatie in Shop & Dine

 

Tags:

Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi dengan Berpuasa


01 Sep 2010

Alhamdulillah. Hari ini sudah genap 22 hari kita berpuasa dan cuma tinggal 8 hari aja lagi untuk menyambut Syawal. Diam tak diam, perasan tak perasan, berpuasa sebenarnya kaedah yang paling efektif untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Tak payah makan ubat-ubatan, bersenam bersusah payah dan sebagainya.

Untuk dikongsi bersama, berat badan saya sebelum Ramadhan adalah 85kg dan sepanjang 22 hari berpuasa ini berat badan saya sekarang adalah 75kg sahaja… itu menunjukkan penurunan sebanyak 10kg…  Yatie pon dia cakap berat badan dia turun.. sekarang ni h berat badan dia 45kg aja……

Apa yang saya lakukan hanyalah berpuasa dan tiap-tiap malam tanpa gagal saya menunaikan Solat Tarawih berjamaah di surau… itu aja…  Nak kata saya jaga makan.. takde ler sangat.. semua jenis makanan saya belasah… kambing, ayam, daging.. semua belasah… seafood pon belasah gaks…

Bukan itu sahaja, kadar kelesterol dan gula dalam badan pun menuruh secara semulajadi semasa berpuasa. Ini menunjukkan berpuasa mempunyai banyak kelebihannya bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi ia dijamin oleh Allah SWT akan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

So… kepada yang ponteng berpuasa tu.. satu pesanan… rajin-rajinlah berpuasa, kalau ada yang tertinggal tu.. ganti cecepat… ingat jika tidak ganti sebelum tiba Ramadhan seterusnya.. diwajibkan membayar Fidyah dan fidyah akan berganda setiap tahun sebelum selesai mengganti puasa tersebut.

 

Tags:

Resepi: Laksa Nyonya


01 Sep 2010

Last Saturday, Kheirul  request nak makan Mi Kari. Siap request nak mi kari macam kat Lot 10. Demand tak? So puas lah dok kena ingat mana nak cari resepi sebab I ingat lagi mi kari dia tak masak pakai rempah kari. So searchlah kat internet cari resepi tapi most of the recipe letak rempah kari. So I follow some resepi tapi tak letak kari. Nak rasa kari dia, I buatlah kari ayam kering tanpa santan as a garnishing. Makan plak dengan sambal tumis dan bahan lain dan jangan lupa daun pudina memang sedap. Kuah dia tak pedas langsung sebab nanti nak mkn dengan sambal tumis dia, so budak-budak pun boleh makan. Bila tengok gambar ni, rasa nak buat lagi tapi dah plan dah raya ni, insya’ allah I masak Laksa kari. Kena masak 1 periuk besar nih…….

INGREDIENT

  • 1Paket Loh See Fun – boleh pakai Mi kuning, mihun atau laksa – celur sekejap
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 4 inci lengkuas kisar
  • 1 mangkuk udang kering – dikisar
  • 3 batang serai – 2 btg kisar, 1 btg ketuk
  • 2 sudu cili kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 2 biji bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 1 1/2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 1 bunga kantan
  • garam dan gula secukupnya
  • Tauhu puk
  • 20 biji fish ball
  • 250g kerang rebus

Garnishing

  • 250g udang – di selur
  • 500g kerang – di rebus ambil isi
  • daun pudina
  • kacang panjang, sawi dan tauge – di celur
  • kari ayam kering
  • sambal tumis kosong

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumis bahan kisar bersama serai yag diketuk sehingga pecah minyak
  • Bila pecah minyak, masukkan santan, air
  • Kacau hingga mendidih
  • bila mendidih, masukkan bunga kantan, asam keping garam dan gula
  • kemudian masukkan fishball dan kerang
  • Bila fishball dah masak, masukkan tau puk dan matikan api
  • Hidangkan dengan mi kegemaran bersama sayur, daun pudina.
  • Lebih sedap jika makan dengan kari ayam yang dimasak kering dan juga sambal tumis kosong

Selamat Mencuba