RSS
 

Sarapan orang kelantan


27 Jul 2010

Rasanya hari Sabtu lepas makan banyak sangat .Semua makanan yang sedap.Alhamdulillah Allah kasi nikmat rasa lagi.

Ni breakfast style orang kelantan kat Keramat AU5..

Nasi Putih with gulai kawah for Kheirul. And yes for breakfast ok. Menurut kata Kheirul, gulai kawah dia sedap. I try sikit je sebab takut orang tu tak cukup. Pekena plak dengan solok lada and sambal bodo. Syiook. FYI sanggup orang tu ponteng kelas Taekwon-do semata nak breakfast kat sini.

Nasi Dagang, memang best giler. die die must eat. Rasa dia macam nasi dagang kat Melor. letak pelak sambal kelapa. I pesen makan nasi dagang,  mesti kuah banjir. Next time pergi nak makan lagi tapi nak mkn dgn gulai kawah. Jangan lupa samal bodo.I up dengan paru goreng yang banyak dimakan oleh Ashraff.

Ha yang ni plak laksam. kosong jer. no kerabu sebab it’s for Afriena. Laksam dia not bad tapi I rasa my kuah lagi sedap. hahaha sila angkat bakul sendiri. Ashraff? dia tak makan, cuma dok ratah Paru goreng and minum. Diakan ala western mana makan nasi. Lepas makan kena cari roti untuk dia plak.

Hah ni map dia kalu nak ke Medan Selera AU5 tu…. senang je nak pergi… landmark dia Petronas dan Esso jer… Medan Selera tu sebelah Esso tu…. kebanyakkan stall kat situ menyediakan masakan Pantai Timur…


View Medan Selera AU5 in a larger map

Ha yang ni takde kena mengena dengan Kelantan cuma selingan jer. Fried prawn noodle yang I makan kat Pavillion on Saturday Evening. Rasa dia not bad. Sedap.

Related Posts with Thumbnails
 

Tags: ,

Leave a Reply

 
 
  1. baby102

    27 July , 2010 at 3:06 pm

    terliurnya tengok breakast kelantan ni. lama sungguh tak makan nasi dagang.

     
  2. iyouweblog

    27 July , 2010 at 4:08 pm

    haha kena panggil kawan kelatae ajak makan ni semua! hahahaha

    nanged u. I hate the new innit! WHY? read and nang this

     
  3. Thristhan

    27 July , 2010 at 7:59 pm

    Wow, Sedapnyeee. I miss Kelantan food :)

     
  4. kak ina kl

    28 July , 2010 at 11:25 am

    ooo jauhnya berjalan semata-mata nak makan masakan kelantan..nanti lehlah akak terjah tpt tu

     
    • kheirul

      28 July , 2010 at 11:41 am

      ala.. dekat je tuh….. tu pon pasal nak pi gombak hari tu.. lalu kot jln tu dan singgah makan kejap…
      memang best kak weh…. rugi tak try