RSS
 

Archive for May, 2010

Tukang Urut


16 May 2010

Segar rasanya badan bila dapat kena urut. A bit late for me pergi mengurut kalau nak banding first baby and second baby. Bukan apa, this time, I kena concern about my back.

Belakand sakit sikit so kenalah delay bab urut mengurut.So finally yesterday dah pergi mengurut. I pergiall the ke rumah tukang urut sbb malas nak amik dia datang rumah.The tukang bagus sebab dia urut lembut, tak sakit and peramah off course.

Kepada sesapa yang nak urut ngan tukang urut ni bolehlah contact dia seperti di bawah:

Cik Ita -0133254384

Cik Ita ni dia ada buat pakej gak. Kot -kot ada sesapa yang nak amik dia jaga masa pantang

3 day pakej

include  mandi baby and ibu,  urut dan bertungku.

2 weeks pakej -  RM1400

include masak lauk pantang, mandi baby and ibu, cuci baju baby and ibu, urut dan bertungku.

1 month pakej – RM2000

include masak lauk pantang, mandi baby and ibu, cuci baju baby and ibu, urut dan bertungku.

Cik Ita pun ada gak urut orang yang susah nak pregnant…kot kot lah nak try. Usaha tangga kejayaan kan.

Ada gak tukang urut lain kalau nak.

Mak Teh -0379602180 – urut dan bertungku. Mak Teh ni kena jemput and hantar. Mak Teh pun ok and famous kat Kerinchi. Dulu mengurut dengan dia masa 1st and 2nd baby.

 
 

Malacca Edition with MyIris Creation & Sawanila.com


14 May 2010

Wahai sekelian orang kampung, saya nak buat pengumuman ni.

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MyIris Creations kerana sudi menjemput saya sebagai fasilitator untuk Kursus Asas Fotografi Digital pertama anjuran mereka yang akan dilangsungkan pada 5 dan 6 Jun akan datang bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kepada semua, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, bloggers-bloggers semua dijemput untuk meyertai kursus tersebut. Mungkin ramai diantara kita mempunyai kamera digital DSLR, tetapi masih belum mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan DSLR tersebut, atau mungkin anda mempunyai DSLR tetapi masih belum berpuas hati dengan hasil gambar daripada kamera DSLR tersebut…

Kepada orang jauh dan tidak menetap di Melaka, jangan risau pasal penginapan. Penginapan boleh diatur. So boleh lah bawa satu famili turun bersama dan banyak aktiviti lain seperti aktiviti berkeluarga dan makan malam BBQ.. gerenti sedap!!!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Kursus Asas dari MyIris Creations.

Antara topik-topik yang akan disentuh:

  • Pengenalan Kepada Fotografi
  • Asas Pengendalian Kamera DSLR
  • Lensa
  • Pendedahan (Exposure)
  • Mod-mod Dedahan (Exposure Mode)
  • Depth Of Field Dan Bokeh
  • Suhu Warna (Colour Temperature) dan White Balance
  • Asas Komposisi
  • dan banyak lagi..

PERCUMA

  • Sessi Asas Pencahayaan / CLS (creative lighting system)
  • Phtotoshop templates dan actions sets
  • Nota yang mudah difahami disediakan

Kelengkapan yang perlu dibawa:

  • Kamera DSLR (Sekiranya ada) tidak wajib
  • Flash (sekiranya ada)
  • notebook/laptop (Sekiranya ada)

Kepada yang berminat sila hubingi:

YUSMADI – 0196096094 | Email:myiriscreations@yahoo.com

Asas Fotografi

Bandararaya Melaka

5 -6 June 2010

Yuran : RM250

Dengan Sokongan dari: Kejuma (Kelab Jurufoto Melaka), FT Studio, MyIris Creations & Sawanila.com

sila lawati laman Facebook MyIris Creations untuk keterangan lanjut

psssttt: rugi tak pergi oooo..

 

Tags:

Pembuli Kucing


14 May 2010

Alahai baru nak buat posting si kecik dah bangun…

just nak share pembuli kucing.

and kat bawah is gambar afriena masa umur 11 bulan kot. first time dapat berdiri. besar gigi dia masa nih. gigit orang no.1

 

Telatah Rayyan yang cute miut


12 May 2010

Since this week, the cute boy dah pandai dah senyum. Kalau mama and papa dia cakap dengan dia mulalah senyum temewek bak kata orang kelantan. Tapi kalau abang and kakak dia.. dia buat dek jer.

masa ni baru lepas senyum tak sempat nak snap

senyum dia sebijik senyum papa dia

ni dok cakap apa tah. tak paham

ni pun dok senyum lagi… cute tak???

 

Tags:

Rayyan Demam


12 May 2010

Hari ni dah masuk 4 hari Rayyan demam. Kejap panas , kejap tak panas.Dah 2 kali jumpa doctor. Semalam pergi check doctor, doctor cakap takde tanda-tanda denggi or demam lain. Demam biasa jer. Cuma sebab dia budak tu yang susah nak kebah demamnye.

Nasihat doctor, breastfeed dia bebanyak. Doctor tak boleh kasi antibiotik so kena lah depend dengan ubat demam and susu ibu jer. NAsib baik Rayyan ni budak baik takde nak nangis jer. Senyum adalah. Malam pun tak merengek cuma dia kuat minum susu.

Agaknye nilah perasaan setiap ibu bila anak tak sihat. Risau sepanjang masa. Semoga Rayyan cepat sembuh ye.

 

Tags: