Semenjak saya buat posting pasal Custom Album hari tu, almost tiap-tiap hari ada orang tanya saya macam mana untuk buat custom macam tu. Ada yang siap suruh saya buat kelas lagi… Buat masa sekarang ni saya masih lagi belum bersedia untuk kelola kelas editing sebab ilmu editing saya masih lagi ditahap newbie……
Tapi atas permintaan semua, saya kongsi bersama cara bagaimana untuk buat custom album ni. Sebelum saya cerita dengan lebih panjang… baik dulu saya ceritakan apa yang perlu ada sebelum membuat custom album ini.
Perkara yang perlu ada sebelum membuat Custom Album:
- PC/Notebook yang agak berkuasa.
- Editing Software. Saya guna Adobe Photoshop CS4 dan Corel Draw X3
- Kreativiti… yang nih saya takbleh nak tolong.. ia adalah anugerah Allah S.W.T
Secondly kita kene tahu Saiz Printout. Ada banyak saiz dan antaranya adalah:
- 8 x 10 inci *kebiasaannya orang amik yang nih ler
- 8 x12 inci
- 10 x 12 inci *saiz ni pon ramai orang suka gaks…
- 10 x 15 inci
- ….. dan banyak saiz lagi…
- 15 x 20 inci *saiz yang besor bagak……
OK! Drama bermula disini…
Soalan: Bang! Berapa keping gambar perlu disediakan untuk satu custom album?
Jawapan: Kebiasaannya saya menggunakan antara 100 – 200 keping gambar terbaik untuk mengolah satu-satu custom album yang baik.
Soalan: Berapa minima pixel untuk setiap gambar?
Jawapan: Paling minima adalah 6 Mega Pixel. Lagi tinggi pixel lagi baik…..kalau kecil drp itu saya khuatir hasil olahan akan nampak pecah dan kurang menarik.
Soalan: Custom album tu ada berapa muka surat?
Jawapan: Kebiasaannya custom album tu ada 20 muka surat dan 2 muka surat untuk muda depan dan muka belakang. In total ada 22 muka surat.
Soalan: So berapa banyak yang perlu kita design bang? Adakah perlu untuk design 22 muka surat tu??
Jawapan: eemmmm… secara umumnya YA.. anda perlu design untuk 22 muka surat tu tetapi secara praktikalnya ada hanya perlu design 11 file sahaja dimana setiap 2 muka surat akan digabungkan kedalam satu fail. Contohnya:
- File 1 – Cover-Depan-belakang.jpg
- File 2 – Muka-1-2.jpg
- File 3 – Muka-3-4.jpg
- File 4 – Muka-5-6.jpg
- File 5 – Muka-7-8.jpg
- File 6 – Muka-9-10.jpg
- File 7 – Muka-11-12.jpg
- File 8 – Muka-13-14.jpg
- File 9 – Muka-15-16.jpg
- File 10 – Muka-17-18.jpg
- File 11 – Muka-19-20.jpg
Soalan: Ok Bang!… Berapa resolution yang perlu saya guna untuk dapat hasil yang terbaik?
Jawapan: Untuk hasil yang terbaik… sila guna resolution 300 pixel/inch… tetapi sila pastikan jangan kurang drp 150 dpi.. jika tak sendiri mau ingat ler…
Soalan: Bang weh!.. saya dah pilih saiz 8 x 12 inci.. so untuk setiap file tu… berapa yang sepatutnya saya buat dalam photoshop bang?
Jawapan: Oleh sebab kita dah gabungkan 2 muka surat jadi satu file, jadi saiz lebar perlu digandakan tetapi saiz tinggi perlu dikekalkan. Contohnya 8 x 12 inci tu.. dalam photoshop kene buat 8 x 24.

So… dia akan jadi cam gini

Soalan: Untuk muka depan ngan belakang saiz dia camne plak bang?
Jawapan: Hah..!!! dah terror dah tu… Untuk muka depan ngan belakang kita tak boleh pakai saiz yang sama.. sebab untuk muka depan/belakang nih dia special skit.. kene sediakan ruangan lipatan skit.. so saiznya perlu diperbesarkan skit….
kita perlu tambah, 2 inci ditepi sisi, 1 inci pada bhg atas dan bawah dan 1 inci pada bhg tengah lipatan album

so… kalu saiz custom album 8 x 12…. muka depan dia akan jadi 10 x 29 inci ler….

Soalan: Lepas nih apa yang perlu saya buat bang??
Jawapan: Perlu design untuk 11 files tu lah… yang nih saya tak dapat nak tolong sebab 100% kene ada kreativiti sendiri.. tapi kalau nak tengok contoh… boleh cucuk kat sini lah….
Soalan: Lepas siap design + editing semua bang apa perlu buat???
Jawapan: Save file tu elok-elok dalam format jpg dan hantar kat kedai print…
Soalan: Abg selalu print kat mana?
Jawapan: Saya selalu print kat Directphoto (http://www.directphoto.com.my) kat Cheras… walaupon harganya sedikit mahal tetapi kualiti material dan printout dia memang cantik… Hasil cetakannya terutapa pada warna + tone tidak lari drp apa yang kita design dalam komputer.
Soalan: Berapa harga printing…..
Jawapan: untuk saiz 8×12 inci tu.. harganya dalam lingkungan RM350 dan keatas. Itu untuk kos printing aja…..
Soalan: kenapa saya tengok Abg charge RM750 untuk custom album bang?
Jawapan: YANAADEEYYYYYY!!!!!!…. upah printing pon dah RM350, upah kreativiti, design, editing, trasportation, masa, penat lelah, mengantuk, lapat, dahaga…. semua tu kene kira ler so jadi RM750.. itu kira murah tu.. ada yang charge RM1200 utk custom album…..
Soalan: jangan marah bang…. saya test aja tu……. so soalan terakhir saya bang….. kotak dan sarung album tu free ker kene bayar..???
Jawapan: sukar untuk dapat barang free.. kotak kosong without printing RM20.. datang sekali dengan album sleeve….. kalau nak hot stamping kene bayar asing…..
OK…. itu dia serba sedikit rahsia nak buat Custom Album nih.. so kalau ada sesapa yang nak tanya boleh ajukan kat comment or email terus kepada saya kheirul@sawanila.com… kalau nak suh design ngan editing pon boleh tapi ada syaratnye….








Azhar Abd Hamid
30 May , 2010 at 8:14 am
Salam bro.
Biasa bro print album jenis apa?
uv album elok ke untuk print bagi customer?
ada pro and cons x?
kheirul
31 May , 2010 at 12:17 pm
w’salam bro… saya buat custom uv album la tu…
pro dia.. memang cantik dan berkualiti… cons dia MAHEL…. takut customer tak sanggup nak bayar plak memahal tu
sholihin
21 June , 2010 at 8:58 am
saya try buat camnie….tapi pas siap antar print jerkan???
tapi klu sticker lebih murah kan bang??
kheirul
21 June , 2010 at 12:25 pm
yeap… lepas siap design.. save dlm jpg.. dan hantar print…
sticker or sticky album memang lebih murah.. sbb just print dlm 4R then tampal aja….
iena
29 July , 2010 at 9:30 am
nak tanya,,, macam mana nak insert image pulak? huhuh
kheirul
29 July , 2010 at 10:37 pm
nak insert image tu… itu dah masok bab image editing…
Saya menggunakan Adobe Photoshop CS4 untuk edit image tu semua…
Disini.. yang paling penting adalah kreativiti dan juga mahir dalam cara mengolah menggunakan CS4 tu….
iena
2 August , 2010 at 11:10 am
let say dah edit,crop etc..
cuma nak insert image tu je tak tau.. boleh letak sekali banyak atau kena place satu persatu?
kheirul
2 August , 2010 at 3:43 pm
untuk setiap page kene buat satu satu…
dalam satu page boleh copy/paste bebanyak