RSS
 

Pati Ikan Haruan masa pantang


07 Apr 2010

Bila sebut pati ikan haruan mesti you all rasa loya. Naik juling kalau dok hidu bau dia. Bau macam longkang lah.. tapi itulah ubat terbaik. I minum pati ikan haruan setiap kali lepas bersalin.

Kenapa? sebab

  • nak kasi luka dalam dan luar cepat sembuh
  • kasi kuatkan otot-otot dalaman
  • tambahkan tenaga
  • senagkan tidurku

Dulu cukup tak suka pati ikan haruan, tapi bila dah selalu minum dah jadi biasa jer. Macam minum ubat batuk plak. Bukan ubat gastrik ok, kalau ubat gastrik banyak yang keluar dari yang masuk.

Bagi yang baru belajar nak minum, cara nak elakkan muntah minum pati ikan haruan ialah:

  • tahan nafas, jangan hidu bau pati ikan haruan
  • sediakan air secukupnye, contoh air yang boleh hilangkan rasa hanyir
  • atau lepas telan pati ikan haruan tu, cepat-cepat makan benda lain, contohnye buah kurma ke, jelly ke or roti manis
  • tapi my fav is, lepas telan pati ikan tuh , I terus minum air suam.
Related Posts with Thumbnails
 
9 Comments

Posted by Yatie in Postnatal, SawaBlog

 

Tags:

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?
 
  1. she

    7 April , 2010 at 9:07 pm

    elok untuk hilang kan parut kan?

     
    • yatie

      8 April , 2010 at 8:09 am

      ye…. nanti dia cantikkan kulit kiter…

       
  2. lina

    9 April , 2010 at 8:39 pm

    Masa I pantang dulu, lendir ikan haruan tu I sapu kat parut operate. :)

    Pati ikan haruan, elok je I teguk. Ingatkan tak sanggup, tapi tak sangka I OK je… cuma rasa dia payau sikit for me. :D

    Yatie, ada tag for you here

     
    • yatie

      10 April , 2010 at 11:02 am

      hahaha memenag pun… kalau cium bau mmg tak sanggup tapi bila pk pasal nak cepat sembuh acik tolan yo

       
  3. Reny

    26 August , 2010 at 10:50 pm

    Pati Ikan Haruan Polleney sememangnyer baik untuk wanita selepas bersalin. Pengalaman beranak no3, baru mencuba pati ikan haruan polleney ini, dalam masa 5 hari, peranakkan saya mengecut dengan cepat. Ini telah disahkan oleh ‘misi’ kerajaan yang datang merawat saya. Tapi saya tidak berhenti meminum pati ikan haruan ini, saya terus mengamalkannyer sehingga hari ke 18 pantang sebab suami sudah membeli 3 kotak (1kotak=6 botol). Selain itu, bukan sekadar merawat luka dalaman malah mencuci kekotoran dan lendir ketika beranak. Alhamdulillah, saya kini sihat. Sebenarnya, takder bau ‘longkang’ pun. biasalah, yang tak biasala itu adalah ubat(terbukti). Cara saya mengelak mual ketika minum dgn menambah secubit garam ke dalam pati ikan haruan itu dan botolnya direndam di dlm air panas dan terus minum, selepas itu barula saya susulkan dgn air suam.

     
  4. budk lutut

    3 September , 2010 at 5:10 pm

    halal ke status permakanan kesihatan ini,. ada pengiktirafan dari jabatan ugama ke,,boleh jelaskan,,,saya pun nk guna

     
    • budk lutut

      3 September , 2010 at 5:12 pm

      ada yang mengatakan produk dari china kena berhati-hati dari segi bahan dalam dah status halal..

       
  5. Nadia Nazaruddin

    26 February , 2011 at 3:04 pm

    Saya baru lepas menjalani pembedahan Appendix. Pakcik saya suruh saya belikan Pati Ikan Haruan dan suruh saya minum. Katanya elok untuk penyembuhan luka-luka dalaman. Tapi,rasanya…mak oii….sangatlah tak sedap dan busuk! Setiap kali nak minum,saya akan sediakan air kopi dan sapukan minyak cap kapak di hidung saya.

    Persoalannya,bolehkah saya minum dengan kopi? Yelah,nak hilangkan bau pati tu…

     
    • Yatie

      26 February , 2011 at 6:52 pm

      tak dapat nak dipastikan…. memang betul bau dia mak aih… selalu saya standby dengan dengan air yang ada rasa gak…

      cuba standby dengan jus…