RSS
 

Archive for April, 2010

Aku dengan caraku


29 Apr 2010

Ye.. aku dengan caraku. Ginilah rupa my encem boy tidur. buat lah kuak lentang.. 5 minit later mesti dia nak gak position camni. Dia ada 3 favorite spot untuk tidur. Pagi tidur dalam cot, tengah hari tidur atas katil mama and papa, petang dalam carrier / Cot and malam atas katil with us. As of now, belum lagi nak letak dalam cot (tak macam abang and kakak dia dulu) sebab mama dia malas nak bangun  amik 2 3 kali.

Rayyan, kira kurang bangun malam… cuma 2-3 kali je for nappy changing and feeding. yang lain dia tidur sambil peluk mama dia or mama dia dia peluk…

Ha ni sempat capture gambar masa tidur petang dalam Cot.geramnye nak cubit pipi dia

Ha ni kakak dia yang kuat tidur. Kalau dia cakap nak tidur time tu jugak dia boleh tidur.sambil jalan pun boleh tidur. memang kuat tidur since baby.

Abang dia pulak susah nak suruh tidur. Tapi kalau dah tidur jangan dikacau. Bangun pagi no problemo. Bab makan? Asal nama pasta tak kira apa shape mesti 3 pinggan makan. Sambil makan sambil main…Telatah anak-anak yang menceriakan hidup kita.Tapi kekadang pening kepala

 
 

Tags:

Custom Album – Kak Eda Wedding


28 Apr 2010

Ada orang msg saya nak sample design custom album yang kat bawah tu.. mula-mula raser macam malas nak bagi.. tapi atas permintaan ramai.. saya bagi la gaks….

Album Cover

Read the rest of this entry »

 

Tags: ,

Custom Album by Sawanila


28 Apr 2010

Inilah custom album yang terbaru dari kami…….

Custom Album nih siap datang ngan kotak dan sleeve yang nampak sungguh eksklusif sekali

mari kita tengok apa yang ada kat dalam kotak plak….

Supreme finishing… dengan custom design cover yang dicetak dengan kertas berkualiti tinggi…

Siap ada dengan metal edge guard untuk kekemasan dan protection….

setiap tepi helaian halaman ditambah dengan corak-corak metalik (lace stamping) yang sungguh menawan….

Tiada sempadan atau keratan didalam halaman….

Kekemasan didalam juga tiada tolok bandingannya…

Yang pasti dapat menyimpan kenangan abadi yang tidak ternilai harganya…

Yang pasti….. diolah oleh Kheirul…….

Sila rujuk pada SawaPhoto Package untuk maklumat lanjut…….

Kami juga menerima tempahan untuk printing custom album dan custom albun design…..

 

Tags: ,

Kenapa saya tulis blog


28 Apr 2010

Kenapa saya tulis blog?

Saya menulis blog kerana:

  • Bloglah tempat saya membuat catatan mengenai anak-anak saya
  • saya boleh berkongsi resepi masakan saya dengan orang lain
  • dapat berkongsi idea tentang hobi saya yang suka menjahit
  • saya dapat ramai kawan tak kira dalam Malaysia atau luar Malaysia
  • berkongsi tempat-tempat menarik yang saya pergi yang tak berapa banyak
  • berkongsi tentang tempat makan yang menarik
  • dan blog antara perkara yang saya dapat lakukan saya berkongsi dengan suami

p/s: nampak sangat macam takde idea nak buat posting. I tengah sakit belakang. Mungkin kena pergi buat check up lagi or kena buat phisiotherapy lagi kot. Apa-apa pun kena tunggu lepas 100 hari

 
 

Cukup sebulan, kena inject


27 Apr 2010

Last Saturday, lepas Zohor kiterang pergilah ke klinik. Klinik panel yang selalu pergi untuk inject Hepatitis B 2nd booster kat Rayyan. Budak kecik ni, asal naik kereta sukalah dia, kena pulak ngan aircond tidur je la dia.

Sampai Klinik, dia dah sear dah , apa lagi nak susu .Nasib baik takde orang kat klinik .Tunggu dalam 10 minit Nurse panggil masuk. Yang kelakar berbelit gak lidah nurse nak panggil nama Afique Arrayyan.

Masuk-masuk, doctor check, soal siasat Rayyan tanya sihat ke apa. Siap semua kena get ready inject budak kecik tuh. Mula-mula suruh KHeirul pegang sebab selalu dia yang pegang tapi kali ni I yang kena pegang. Hish bukan yang nak kena inject seram sejuk, mak dia yang gelabah. Maklumlah mak dia adalah orang yang paling takut kena injection. Dengan senangnya doctor inject, tapi suara Rayyan, masaya’ Allah pumyalah kuat. Doctor punterperanjat , dia cakap macam budak 2 bulan punya suara. TApi disebabkan Rayyan ni ala-ala hero yang macho, dia nangis kejap jer. Pastu dia peluk-peluk mama dia, while abang and kakak dia nangis sebab tengok adik dorang kena inject. hahaha

Pastu bawak Rayyan pi timbang. Berat dia sekarang (lepas tolak dgn berat nappy) ialah 4.6kg. Semangat betul kan. Apa taknya minum susu punyalah kuat.

Ha ni gambar latest , hari ni punya. Lena tidur dengar orang mengaji.