Sebagai penggemar dunia photo, saya tidak terlepas daripada ancaman racun dan toksik serta hasutan daripada setiap penjuru pada setiap masa, dimana sahaja, berseorangan mahupun dengan rakan-rakan. Memang tidak dinafikan, photografi merupakan satu hobi yang agak mahal dan ekslusif tetapi itulah saya hobi yang saya minat sekarang ini dan dapat memberi ketenangan jiwa dan raga apabila melihat hasil-hasil gambar yang dirakamkan.

Oleh kerana tidak tertahan dengan dugaan racun dan toksik yang telah diberi oleh rakan-rakan photo selama lebih drp 2 tahun lepas, hari ini saya mengumumkan saya menambah lagi koleksi gadjet photo saya. Ini dia, prime lens pemecah hikmat kebal racun emas, Nikkor AF-D 50mm F1.4 yang menjadi idaman setiap penggemar kamera DSLR.

Selain daripada itu gaks, saya juga telah menambah sebelum ini :
- Photix Remote Trigger dengan 2 reciever
- Mobile Softbox
- Mobile Umbrella,
- Mobile light stand (2x)

So, sekarang nih saya punye toys collections nih ditambah satu kategori lagi iaitu mobile lighting set. Saya sajer jer pilih mobile lighting set sebab senang nak bawak kesana kesini lagipon peralatan tu dilengkapi dengan beg sekali.
Kalau orang mintak untuk amik gambor nikah kawin tu.. lagi confident ler nak amik job tu.. hehehhehehe….
Sebenarnye, set nih memang disediakan untuk satu job tahun depan… so I’m ready for it….












