Nikkor AF-D 50mm F1.4 adalah antara lens nikkor yang palling diimpikan oleh setiap pemilik DSLR Nikon. Ianya dikatakan sebagai lens wajib bagi setiap pengguna DSLR. Sudah pasti banyak laman-laman web yang pernah buat review berkaitan lens ini tetapi saya masih lagi ingin membuat review untuk lens ini mengikut citarasa dan gaya bahasa saya yang tersendiri.
Sharpness lens merupakan antara lens yang paling sharp dalam koleksi nikon malah sharpness lens ini terserlah pada setiap bukaan aperture. Sharpnessnya mungkin ada sedikit berkurangan sekiranya bukaan aperutre pada F2 dan kebawah tetapi pada keseluruhannya sharpness dia tidak ada tolok bandingannya.

Dengan harga antara RM1000 – RM1100 lens ini adalah antara prime lens yang mampu dibeli oleh ramai pengguna DSLR. Pada mulanya, saya cuma ingin memiliki AF-D 50mm F1.8 tetapi atas nasihat kawan-kawan, mereka menyuruh(meracun) saya melaburkan(meleburkan) wang lebih sedikit untuk memeliki AF-D 50mm F1.4 ini kerana nikmat AF-D 50mm F1.4 lebih jika dibandingkan dengan F1.8 yang lebih murah diantara RM380 – RM450. Bagi saya, pelaburan yang saya buat sungguh berbaloi sekali sebab hasilnya sememangnya membuat hati saya melupakan dengan sekelip mata wang yang telah dibelanjakan untuk memiliki lens ini.
Dari segi hasilnya pula, tidak terkata, speachless kata orang kampung saya. It is totally priceless. Tengoklah sendiri:

Pics by Kheirul : D300 : AF-D 50mm F1.4: ISO400 : 1/125 : F4 : WB Auto
Hasil diatas adalah gambar pertama saya menggunakan lens AF-D 50mm F1.4. Gambar ini tidak diolah malah resized semata-mata. Tengoklah sharpness dia pada 100% crop dari gambar diatas…

Pada 100% crop ini, sharpness memang terserlah sekali. Bagi saya, sharpness lens ini adalah lebih sharp daripada lens kegemaran saya iaitu Tamron 17-50mm F2.8. AF-D 50mm F1.4 nih menang dari segi sharpness kepada semua lens yang saya miliki sekarang ini. Anda mungkin menyangka bintik-bintik itu merupakan grain distortion pada high iso, tetapi bukan… bintik-bintik itu bukan distortion ataupon noise tetapi itulah bintik-bintik sebenar pada body lens saya dimana lens AF-D 50mm F1.4 ini merakamkan kesemua details itu tanpa meninggalkan sebarang details pun.
Dari segi focusing pula, saya katakan ia adalah sangat pantas pada kamera D300 saya. Saya tidak berkesempatan untuk mencuba pada DSLR lain seperti D90 ataupon D700. Bagi saya kepantasan focusing lens ini bergantung penuh kepada body sebab lens ini tidak mempunyai internal motornya sendiri. Ketepatan autofocusnya adalah begitu jitu dimana saya hanya perlu menekan sekali sahaja untuk memfocus. Hampir kesemua percubaan focus saya adalah tepat pada sasaran tanpa perlu mengulanginya lagi.

Pics by Kheirul : D300 : AF-D 50mm F1.4: ISO200 : 1/250 : F1.4 : WB Auto
Mari kita tengok hasil pada bukaan Aperture F1.4. Tengoklah sendiri DOF (depth of field) gambar tersebut. Lens ini sememangnya menyelahkan kesan DOF dimana ianya jelas kelihatan perbezaan jarak antara ketiga-tiga object tersebut. Effect bokehnya sungguh cantik sekali dimana olahan cahayanya nampak sungguh ‘milky’ terutama pada tulisan ‘Phottix’ itu. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar lain seperti bunga, potrait dan sebagainya untuk lens ini kerana masih lagi dalam mood percubaan. Nanti bila dah banyak koleksi saya akan pamerkan disini.

Pics by Kheirul : D300 : AF-D 50mm F1.4: ISO200 : 1/60 : F7.1 : WB Auto
Pada bukaan aperture F7.1, kita sudah dapat melihat extended dof dimana kesemua kawasan gambar diatas sudah jelas kelihatan dan sungguh sharp sekali.
Dari segi tona warna, saya suka tona warna yang dihasilkan, ianya agak natural. Contrast warnanya (perbezaan warna antara dua kawasan) pula sangat terserlah tanpa perlu diolah lagi dengan perisian olahan seperti photoshop dan sebagainya.
Secara ringkasnya apa yang boleh saya katakan lens AF-D 50mm F1.4 ini merupakan lens yang sangat istimewa untuk semua keadaan. Ia merupakan the sharpest dan fastest lens yang dikeluarkan oleh Nikon. Mampu dibeli dan saya jamin… anda pasti puas hati sekiranya lens ini ada didalam simpanan anda…
Akhir sekali, compatibility, berita menyedihkan kepada pemilik DSLR Nikon D40/x, D60, D3000, D5000 dan seangkatan dengannya. Lens ini dari kategori AF-D, jadi takde build-in motor. So, tak compatible untuk DSLR tersenarai diatas. Kalau nak pakai juga boleh, cuma function autofocus harus dikorbankanlah. Untuk DSLR model D80, D90, D300/s, F700 dan D3/x.. lens ini sudah menjadi lens yang Wajib Ada bagi anda.
Sekian.
——-

Tambahan: ada orang tanya saya, saya pakai white studio ker untuk ambil gambar-gambar diatas… saya kata.. inilah ‘white studio’ hasil drp kreativiti saya sendiri….
Lighting Set:
i. Mobile softbox + SB800 + Phottix
ii. umbrella sahaja – just used as reflector
iii. 2 unit light stand
iv. White Ikea table (RM39 aja) pinjam anak punye
v. cream color wall
vii. unlimited creativity.






