RSS
 

Archive for December, 2009

Bye bye 2009, welcome 2010


31 Dec 2009

new2010

Besok dah nak masuk 2010. cepatnye masa berlalu. bertambah lagi setahun umur kita kan. Yang paling merisaukan, dah cukupke amalan kita? Next year 2010, bertambah lagi sorang ahli keluarga. Alhamdulillah. Rezeki.Tak sabar rasanya. Sikembar yang lahir tahun lain aka Ashraff and Afriena pun dah besar cuma bertambah nakal. Penat tau. hari hari nak kena marah. Kalau dah melampau kenakalan tuh ada gak lah kena pukul sesikit.

Tahun 2009, kami sekeluarga banyak travel samada dalam atau luar negeri. Tahun 2009 lah jugak saya disahkan pregnant, tahun 2009 gaklah dapat bela sekor kucing.Tahun 2009 jugaklah I mendecidekan diri untuk jadi surirumah tangga.Satu keputusan yang berat bila memikirkan gaji bulanan yang lumayan. Tapi agak berpuas hati bila dapat spend whole time with kids and off course husband.

Tahun 2010??? Resolution??? hihi.. Saya ingin menjadi seorang ibu yang baik, isteri yang solehah,anak yang baik bla bla….Dan my doa for 2010, semoga kami sekeluarga sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat sejahtera.

January 2010, ada 2-3 plan nak dibuat insya’ allah….

Untuk semua kengkawan, Selamat menyambut tahun baru… look for better and healthy life.Jadilah orang yang berguna demi agama,bangsa dan negara.

Sekian.

Selamat tahun baru…

 
No Comments

Posted in My Notes

 

Mari belajar menjahit


30 Dec 2009

Baru jer siap jahit colar dress for Afriena. Tu pun kalau dia sudi pakai la kan… just buat experiment jer.Tak berapa puas hati sebab colar cam senget tapi takpe belajar dari kesilapan….

dec3002

Lepas ni ni try lagi jahit dress. Sebab dah tahu silap kat mana.

Rasa terujaa sikit menjahit sebab nampak hasilnye ada rupa baju.hehee

 

Tags:

Tips Photo: Adobe Lightroom Presets


30 Dec 2009

Tentu ramai antara kita yang suka buat post image editing kan. Biasanya gambar akan bertambah cantik lagi kalau kita buat post editing pada gambar itu… tetapi masalah utama adalah ramai antara kita yang tidak mahir atau tidak tahu cara melakukan process mengedit gambar dan kadang kala gambar akan menjadi bertambah buruk selepas post editing.

Perisian (software) seperti Adobe Photoshop dan Coreldraw contohnya adalah terlalu sukar dan sangat kompleks untuk pengguna yang kurang mahir menggunakannya. Bagi orang yang malas macam saya ni saya menggunakan Adobe Lightroom 2.0 aja dan menggunakan PRESET yang dah build-in dalam perisian tersebut. Selain daripada itu saya juga download custom preset dari internet dan ini banyak mempermudahkan kerja post editing.

Dengan menggunakan preset ini, anda tidak perlu lagi untuk memeningkan kepala anda dan hanya perlu pilih preset yang telah disediakan dan terus mendapat hasilnya dengan serta merta……

Jadi, hari nih saya nak kongsi Collection Preset Adobe Lightroom yang saya ada… (tapi bukan semua lahh…)

Baca seterusnya jika anda ingin download presets ini……(tekan read more lah)

CONTOH HASIL


DOWNLOAD

LightroomPreset.Zip : 69Kb

Sebelum install:

- Pastikan anda dah install Adobe Lightroom 2.0

Cara Nak Installnya:

1. Download dan extract file

2. Copy kat dalam working folder anda (boleh copy kat mana mana… c:\…pictures\lightroompreset cthnye)

3. Right-Click kat User-Preset dan click New Folder isikan nama folder… IMPORT cthnye

lr-1

4. Right-click kat IMPORT dan click Import…. pastu locate folder lightroompreset (dlm step 2)

lr-2

 
 

Tags:

Her name is Elly


29 Dec 2009

Her name is Elly… no no not the new baby. it’s another baby.Afriena ‘s doll. Mana pergi mesti nak bawak. Rimas betul sebab doll dia pun nak kena duduk kat kerusi teman dia makan, ikut masuk toilet, ikut gi shopping. Pastu agak-agak dia rasa penat dokong, dia suruh mama dia yang pegang.Buek malu jer, nak kena kendong doll kat shopping complex.

dec2902

Inilah sesatunya… doll yang dibeli oleh mama and papa . Yang lain semua present. Adalah banyak gak. cuma yang tak tahan bila time tidur, dia angkut semua doll and bears to sleep with her siap ngan selimut…. tensen nak kemas balik. Now she eyeing for doll yang boleh nangis , berak minum susu tuh. Me? no way .. kang tak pasal kang memalam terbayang benda lain.

 
 

Tags:

Nasi Lemak Sambal Sotong


27 Dec 2009

nasilemak2 nasilemak1

Hari ini memang cukop special skit sebab Yatie masak nasi lemak sambal sotong fresh from dapur sendiri. Maklom ler dah 2 minggu cari nasi lemak yang sedap tak jumpa. Ada yang nasinya sedap tapi sambalnya plak yang pedas macam nak membunuh orang dan ada plak sambalnya yang sedap tapi nasinya plak yang berantah.

So, apa lagi… bikin sendiri la nasi lemak tu baru dapat selera sendiri pas tu plak dijamin bersih dan yang pasti SEDAP…..

So korang tengok jer gambar nih ye saya nak menjamu nasi lemak sambal sotong yang istimewa ni…….

 
 

Tags: ,

Majlis Berkhatan Haiqal dan Haqeem.


23 Dec 2009

Potong!!!… Potong potong poooooottttooonnggg…!!! Potong sajer lah…!!!

Hah tu dia majlis berkhatan dua orang anak saudara kami yang hensem nih Amirul Haiqal & Amirul Haqeem.

hh3hh2

Hensem tuh.. macam pahlawan melayu….

Biasalahkan.. musim cuti sekolah yang panjang ni dipenuhi dengan bermacam-macam jenis majlis… ada majlis nikah kawin dan yang paling famous adalah majlis berkhatan…Kalau dulu-dulu, berkhatan juga dinamakan sebagai berjawi… bersunat…. potong dan sebagainya. Namum apa juga perkataannya.. berkhatan berasal dari perkataan Arab ‘Khittan’ yang membawa maksud ‘potong’.

hh4

Sedikit info tentang berkhatan:

Berkhatan nih adalah satu tuntutan yang sangat dititikberatkan oleh budaya Melayu dan yang paling utama dituntut oleh Agama Islam. Berkhataan adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan namun ada sesetengah ulama’ berkhilaf, berkhatan untuk perempuan adalah sunat.

Pada pendapat yang muktamad disisi mazhab Syafi’e, Berkhitan bagi anak perempuan adalah wajib sebagaimana diwajibkan ke atas kanak-kanak lelaki. Meninggalkan yang wajib maka hukumnya adalah haram.

*Rujukan Kitab Fatwa Syeikhul Azhar As-Syarif juzuk 1 m.s. 50-53

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk bersolat dimana sekiranya tidak berkhatan, najis masih lagi terlekat didalam kulit pada hujung kepala zakar dan solat tidak sah sekiranya tidak suci dari najis. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apabila seseorang mencapai umur akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang ‘foreskin’ , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di ‘daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing’ (yakni klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya berkhatan bagi lelaki dilakukan semasa peringkat umur mumayiz dan bagi perempuan semasa bayi dilahirkan.

hh5

Majlis berkhatan ini juga diselitkan dengan upacara berzanji oleh kaum ibu dan disusuli pula dengan majlis tahlil dan doa selamat oleh kaum bapa pula selepas itu.

hh7

Upacara menepung tawar kedua-dua beradik nih…… dah naik pelamin tu lepas berkhatan ni sudah kira selamat menempuh alam dewasa….

hh6

Selepas semua upacara selesai.. masa yang paling ditunggu-tunggu… makan time… menu sungguh menyelerakan… saya makan sampai tiga round tuh.. sedap betul.. nak nak masakan kambing special tu… apa nama masakan tu pon tak tahu.. janji belasah jer….

hh1

Hah yang ni plak masa untuk bersalam-salaman kepada para tetamu… raser-rasernye penuh semua poket yang ada pada baju melayu dua beradik nih.. senyummm lebar nampak…

Last sekali, kepada Haiqal dan Haqeem.. pesanan dari Ayah Chik sekeluarga, selamat menempuh alam dewasa dan jangan tinggal solat, mengaji Al-Quran sampai khatam dan jadilah anak yang soleh supaya disayangi oleh keluarga dan diberkati oleh Allah SWT……..

ps: Terima Kasih kepada Pak Cik Zainal untuk gambar-gambar diatas… saya songlap dari Facebook pakcik…

 
No Comments

Posted in My Notes

 

Tags:

Mentang-mentanglah tak sekolah


23 Dec 2009

Mentang-mentanglah tak sekolah…. dah nak pukul 11am pun belum bangun. Tunggulah lagi 2 minggu nak bukak sekolah sure liat dorang nak bangun.mesti nangis.

dec2301

Macam biasalah aktiviti dorang musim cuti sekolah.. bangun tidur, makan, main game , tengok TV then swimming. Dah gelap dah kulit dorang pergi swimming.Weekend jer baru keluar.

Time dorang tak bangun lagi yang best nih, boleh kemas rumah, mop rumah tanpa gangguan. Abu pun aman.

 
 

Tags: ,

Universal Studios Singapore Resort World


21 Dec 2009

Got this news via email… jadi sajer jer post kat sini..

Best nih.. lepas nih takyahlah nak pi jejauh.. kat seberang selat jer dah ada….

best nih…. bukan untuk bebudak aja.. mak bapak budak pon teringin gaks nak pi sana…..

 
 

Tags:

26th weeks and Braxton Hicks.


20 Dec 2009

Dah 26 weeks dah…. My perut pun dah membesar. Nak bangun and duduk pun dah macam susah. Kalau dah duduk nak bangun cukupnye susah. Rasa cam berat jer badan.Kalau tidur, lagilah.. sebab I have back pain since a year ago, so sedikit sebanyak belakang ada rasa sakit. nasib baik ada special tilam kat rumah.Lately,I dah rasa dah Braxton Hiks. For those yang tak tak tau apa benda tuh, Braxton Hicks tu kira cam false alarm. Ni semua berlaku sebab badan kita mula buat persediaan untuk proses bersalin. Lambat lagi pun nak bersalin. Baby pulak dah makin aktif. Selalu dia aktif, time mama dia tengah lepak-lepak, tengok TV and bising. I like the baby movement. Rasa macam, he’s getting closer to me.

Yang kelakarnye, bila suruh abang and kakak dia pegang tak nak pulak dia gerak. Only me and Papa dia jer dia respond. Sekarang dalam sehari adalah 5-6 kali rasa Braxton hicks. Rasa cam period pain yang sekejap. So kalau nak hilangkan dia, I just try buat gerakan sedikit.Sebab dah lama tak pregnant cam pelik jer rasa dia. Time tidur pun ada gak rasa sesikit, so normally I tidur mengiring ke kiri… lega. kalau mengiring ke kanan, baby asyik bergerak jer tak selesa.Another 3 months to go.Lately, exercise dah kurang sebab jarang ke swimming pool maklumlah hujan sempat pun seminggu sekali.So kalau rajin kat rumah, I exercise kayuh basikal slowly. Bersenam bagus masa pregnant but not too much nanti lain plak jadinye. Normally, I prefer swimming and walking.

Cerita pasal walking, I still can walk pusing shopping complex tapi kena pakai snikers or my fav slipper – Adidas. no more high heel but kalau kena pakai gak I pakai crocs….

 
 

Anak sepupu….


17 Dec 2009

singaporetrip042

Saja jer.. letak gambar si Ariqa. ni my cousin nye daughter. Punyalahh active. kalau bukak chanel Playhouse disney tersengih-sengih dia.

Actually , Afriena yang suka tengok gambar nih. Dia berkenan ngan walker. Maklumlah dorang tak pernah tengok walker.Yang sikecik ni plak suka na kejar Afriena especially kalau tengok Afriena pegang roti.

Macam manalah bila baby keluar nanti.. adakah riuh rendah rumahku???

 
No Comments

Posted in My Notes

 

Tags: