RSS
 

Photo Moment is Priceless


27 Oct 2009

Assalamualaikum,

Sudah banyak kali saya diajukan soalan cam gini.. “Saya dah beli DSLR tapi gambar masih lagi tak menarik… camne yerk???”

Soalan cepu mas cam ni pon pernah saya alami dulu semasa bebaru pakai DSLR. Maklumlah.. mula-mula pakai DSLR tu semuanya ikut default.., program mode pon pakai AUTO aja… tahu main picit aja… Namun hasil gambar masih lagi tak berapa puas hati…. sampai lah sekarang ni pon sama…

Dalam 100 keping saya ambil cuma 1 atau 2 keping gambar aja yang boleh dikatakan betul-betul puas hati… mesti adalah yang tak kena… ada yang kelam, malap, pudarlah.. ada yang out of focus la… macam-macam lah….tapi semua itu boleh diperbaiki secara teknikal… yakni boleh memain dengan setting pada kamera dan boleh perbaiki hasilnya.

Ramai orang cakap “A good picture tells by itself”…. Betul tu… satu gambar yang bagus akan menceritakan apa yang nak disampaikan dengan sendirinya dalam sekeping gambar.

Pics by Kheirul : Cameron : D300 : AF-S 18-200mm f/3.5-5.6G ED DX VR: ISO200 : 1/125 : F6.3 : Sepia

Kali ni saya malas nak sentuh bab teknikal nih sebab dah terlampau banyak sentuh dah sebelum nih dan kali ni saya nak sentuh element bukan teknikal yang mempengaruhi hasil satu-satu gambar.

Saya cuma nak sentuh bab Photographic Moment kali nih…. Photographic Moment nih adalah element yang paling sukar untuk diperolehi. Ia juga susah untuk diajar dan dipelajari. Secara amnya, ia datang secara natural dan tersendiri. Kekadang tu moment tu datang tanpa disedari dan selepas ambil gambar baru kita perasan faktor moment tu ada dalam gambar kita. Ia juga satu kerugian apabila kita terlepas moment tu dan ia susah untuk diulangi dan nak bina semula moment tu.

Pics by Kheirul : Cherating : D300 : AF-S 18-200mm f/3.5-5.6G ED DX VR: ISO200 : 1/640 : F9 : Custom

So, camne kita taknak bagi terlepas moment tu?.. soalan ni susah saya nak jawab tetapi kita boleh buat persiapan untuk capture moment tu. Antara persiapan yang boleh kita buat adalah:

1. Composition.

Apabila kita bercakap tentang composition, kita perlu ambil kira element berikut seperti background, foreground, framing dan placement.

2. Lighting/pencahayaan

Keadaan pencahayaan mesti diambil kira. Antara element lighting yang perlu diketahui adalah High Noon, Sidelighting, backlighting dan sebagainya.

3. Technical Aspects

Lain-lain technical aspect yang perlu disiapsediakan adalah seperti focus, depth of field, white balance dan sebagainya.

Akhir sekali, apabila semuanya sudah kita persiapkan, ia menjadi lebih mudah untuk kita merakamkan moment-moment atau detik-detik menarik itu keatas sekeping gambar……..

Sekian…

Related Posts with Thumbnails
 
No Comments

Posted by kheirul in SawaPhoto

 

Tags: , ,

Leave a Reply